13 di kuala berang - Google Blog Search |
- Novel Fifty%: Sebongkah Batu <b>di Kuala Berang</b> - Faisal Tehrani
- HANNA RAZ: Hari-hari <b>di Kuala Berang</b> 6
- SEKOLAH KEBANGSAAN <b>KUALA BERANG</b>: Pertukaran Guru <b>...</b>
Novel Fifty%: Sebongkah Batu <b>di Kuala Berang</b> - Faisal Tehrani Posted: 18 Jan 2013 10:19 PM PST Tajuk: Sebongkah Batu di Kuala Berang Penerbit: PTS Litera Utama Sdn. Bhd. Harga Jual: RM15(SM) @ RM16(SS) [Termasuk Pos] Catatan: Tiada nama pemilik |
HANNA RAZ: Hari-hari <b>di Kuala Berang</b> 6 Posted: 15 Jan 2013 06:49 AM PST Jumaat, 23 Mac 2012 : 8.30 pagi, Pah sudah siap membasuh, menyidai pakaian. Siap basuh Mike kesayangan dia lagi. Aku masih diam membatu. Handset dicapai, nombor abah aku dail. Abah tenang dengar aku mengadu. Senyap seketika. " baca pendinding, ayat kursi dengan 4 Qul sebelum tidor." Lega. Pah curi dengar, tapi aku buat derk. Hanya selepas itu aku cerita pada Pah. " ye ke?." Pah cuak. Dia terdiam. Aku ambil nombor Rosa daripada Pah, nak merisik khabar pasal rumah diorang. Rosa dan Syafiq sedang berkhemah anjuran sekolah diorang. Beria aku cerita kat Rosa. Tapi hampa pulak bila dapat tahu drpd byk2 rumah kwsn sini, hanya rumah kami jadi 'sasaran permainan' benda x nampak ni (jahat pulak aku ni! hehe). Bukan apa, kalau org lain pun alami, kami x adalah rasa terkejut sangat. Mungkin ada hikmahnya. Mungkin TUHAN nak tambahkan iman kami. Mudah-mudahan ... Tengah hari – petang, x ada apa2 benda jadi. Lega la sikit hati kami dua perantau ini. Malam : sepakat dengan Pah nak try tidur kat ruang tamu. Konon nak test ye dop rumah ni ada 'game'. Bongok, kan. Tapi kami teruskan jugak rancangan x cerdik ni. Hasilnya ... kami sama-sama 'dibawa' ke 'pengenalan' sejarah tapak rumah ini. Betul ke tidak x tahu la, nama pun alam mimpi. Mimpi Pah : sekeliling ruang tamu gelap-gelita. Padahal sebelum tidur lampu bilik dipasang. Pintu dapur terbuka. Pah bagai ditarik-tarik untuk ke dapur. Susuk tubuh seorang lelaki kelihatan, tegak berdiri disirami oleh biasan malap sang rembulan. Raut wajahnya tidak jelas pada penglihatan. Sekelilingnya belukar. Gelap, bagai buana yang belum diteroka. "Siapa kau?" Entah macam mana, Pah dengan spontan beraninya melontarkan pertanyaan. Lelaki itu berpaling. Memandang dengan pandangan yang menggerunkan. Pah kaget .. pastu dia x ingat dah apa yang jadi .. Mimpi aku : 3 orang tentera sedang getir berperang. Pertahanan pihak yang di sebelah aku (aku x nampak pulak aku dalam ni. Hanya askar3 tu je yg nampak) sudah goyah. Maka 2 org tentera yg masih bertahan terpaksa berundur. Pihak lawan masih melancarkan serangan bertubi-tubi. Saat 2 org askar ini berundur ke belakang untuk mencari perlindungan, tiba-tiba muncul salah seorg drp rakan mereka. Pantas, tentera itu melaraskan senapang di tangan, memuntahkan belasan peluru tanpa henti. Tubuh tentera yg berlubang dimakan tembakan itu rebah ke ats rakan di belakangnya itu. Bau hanyir menerobosi hidung. Dia yang masih memegang kemas senapang melakar senyum sinis. Barangkali seronok melihat bulatnya mata rakan yang menyaksikan pembunuhan ahli pasukan sendiri. Dia berlalu, meninggalkan lantai hutan yang sudah digenangi merahnya darah rakannya. Aku terjaga. Serta-merta bunyi pili air di sinki dapur dibuka mengetuk gegendang telinga. Aku cuba berbalik ke sebelah kanan, tapi x berjaya. Tubuh aku kejang. X boleh bergerak walau seinci. Sabtu, 24 Mac 2012 : Abang aku yang di Sarawak call. Mungkin 'kisah-kisah menarik' yang aku lalui sudah sampai ke telinganya. Katanya "sambutan untuk orang baru la tu. Nak bergurau". Dia suruh aku abaikan aje. Yang penting, smayang, baca quran dan ayat pendinding jgn lupa. 1 lg, amik air smayang sblm tidur. Pengajaran : bilik ada, jgn gatal nk 'test' ruang tamu. Kuangkuangkuang.. Minggu 2, Minggu 3, 25 Mac – 7 April 2012 : Kami teruskan hidup macam biasa. Sibuk dengan latihan bola jaring. Tapi malam-malam memang jadi guard. Sorang pegang penyapu, sorang lagi pegang pisau, mengendap pintu dapur dari balik dinding. Bila sudah geram sangat, kitorg pergi je dekat pintu tu. Betulkan tikar penutup bawahnya. Bila nak tidur, tolak barang-barang berat sandar pada pintu. Bila nak makan, nak beli barang, keluar ke Kuala Berang. Barang yg byk2 sangkut penuh pada handle. Kalau x cukup lg, aku pegang kat belakang. Syukurlah Pah cekap bawak motor. Brg byk2 sampai handle susah nak pusing pun, x pernh lg kami terjatuh. Huhu.. Hari-hari abah dan ming telefon. Ada masanya sampai 3, 4 kali sehari. Tanya khabar, bagi nasihat, bagitahu apa kena buat. Kalau di rumah, mmg aku x suka sgt ckp psl ni. Time kat luar la baru aku beria mengadu. Kadang-kadang sampai menangis2. Pesan abah, biar sntiasa dlm keadaan berwuduk, baru syaitan susah nak dekat, nak kacau. Abah siap rujuk pada Tok Guru lagi. Tok Guru jwb, berbalik kpd perkara paling asas – IMAN! Tingkatkan iman, minta pd ALLAH peliharakan, baru boleh selamat. Hari-hari di Kuala Berang 6. Sekian. |
SEKOLAH KEBANGSAAN <b>KUALA BERANG</b>: Pertukaran Guru <b>...</b> Posted: 20 Nov 2012 02:36 AM PST Puan Aminah binti Ismail, memulakan perkhidmatan beliau sebagai Guru Penolong Kanan 1 di Sekolah Kebangsaan Kuala Berang pada tahun 2009. Sepanjang berada di SK Kuala Berang, pelbagai aktiviti telah dirancang dan direncanakan oleh beliau demi memajukan SK Kuala Berang dan demi menaikkan nama SK Kuala Berang di mata semua. Dikenali sebagai seorang yang agak tegas dan serius sewaktu melaksanakan tugas, beliau tetap seorang yang mudah didekati. Beliau adalah seorang GPK yang mudah dibawa berbincang dan seorang yang sangat tidak berkira dari segala segi. Beliau disenangi oleh semua guru dan kakitangan kerana beliau merupakan seorang yang tegas tetapi bertempat. Kerja menjadi mudah dengan pendekatan yang beliau gunakan. SK Kuala Berang merasa satu kehilangan apabila pada tanggal 16 September 2012, beliau diarahkan untuk memulakan tugas beliau sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Kuala Jenderis. Pada mulanya, pertukaran beliau adalah sesuatu yang sukar diterima oleh semua warga SK Kuala Berang, namun demi masa depan beliau, pertukaran itu direlakan. Buat Puan Aminah binti Ismail, selamat menjalankan tugas baru dan semoga terus cemerlang dengan amanah baru. Di bawah adalah gambar-gambar yang telah dirakamkan pada hari terakhir Puan Aminah binti Ismail berada di SK Kuala Berang. Sesi bersalaman bersama semua murid dan semua guru mengakhiri tugas beliau di SK Kuala Berang. Terima kasih sekalung budi..jasamu tetap di hati.. Menggantikan tempat beliau adalah Puan Norizan binti Daud yang dinaikkan daripada GPK Ko Kurikulum kepada GPK 1 dan SK Kuala Berang menerima GPK Ko Kurikulum baru iaitu Encik Mohd Norman bin Ibrahim dari SK Kua. Kedua-duanya diterima dengan hati terbuka dan selamat bekerjasama... En. Mohd Norman bin Ibrahim |
You are subscribed to email updates from di kuala berang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan