Jumaat, 1 Februari 2013

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: RM900 juta bina loji air <b>di Kemaman</b> dan Kuala <b>...</b>

Posted: 17 Jan 2013 12:19 AM PST

Oleh; Esah Abdullah

Kerajaan negeri merancang membina dua loji rawatan air baru di daerah Kemaman dan Kuala Terengganu Utara bagi menampung permintaan yang semakin meningkat dari pengguna industri dan domestik.

Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata, kerajaan sedar isu-isu bekalan air yang paling kritikal dihadapi penduduk di daerah Kemaman dan Kuala Terengganu Utara dan memerlukan tindakan segera kerajaan.

"Peruntukan keseluruhan bagi pembinaan dua loji berkenaan berjumlah RM900 juta," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Kualiti Syarikat Air Terenganu Sdn Bhd (SATU) di Wisma Darul Iman hari ini.


Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Dato Haji Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Haji Za'abar Mohd Adib; Ahli lembaga Pengarah SATU YB Haji Alias Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Haji Husain Embong.

"Kemaman merupakan kawasan perindustrian dan pertumbuhan yang pesat selain loji baru juga memerlukan satu kawasan tangkungan air bagi menampung keperluan pengguna di daerah itu dengan kos RM500 juta.

"RM400 juta bagi pembinaan loji di Kuala Terengganu Utara yang turut mengalami limpahan pembangunan kerana akan diisytiharkan sebagai daerah baru tidak lama lagi," katanya.

Menurut Menteri Besar, setakat ini kerajaan telah melantik perunding bagi menyediakan rekabentuk terperinci dan penyediaan kontrak bagi emmpercepatkan pelaksanaannya yang dijangka siap pada 2017.

"Kita juga sedang membuat perundingan dengan pihak Permodalan Aset Air Berhad (PAAB) bagi menentukan pembiayaan modal bagi projek-projek infrastruktur bekalan air ," katanya.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads