13 di pulau perhentian - Google Blog Search |
Dari Kaca Mata Ku: Cuti <b>Di Pulau Perhentian</b> Posted: 13 Feb 2013 08:46 PM PST Pada 09.02.2013 menghadiri walimatulurus perkahwinan kakak Tarmimie di Kampung Benting Lintang, Besut, Terengganu. Kami sekeluarga bertolak dari Kuala Lumpur pada 8hb sekitar jam 4.00 petang. Agak bernasib baik kerana perjalanan pada petang ini tidaklah sesak mana, cuma malalui MRR2 untuk sampai ke tol Gombak yang agak perlahan, mungkin kerana pada waktu yang sama warga kota pulang ke rumah selepas seharian ditempat kerja. Lepas dari tol Gombak perjalanan begitu lancar sekali, sesekali hujan membasahi perjalanan kami, namun begitu perjalanan tetap lancar. Hampir jam 3.00 pagi baru kami sampai di Besut dan terus ke tempat penginapan yang telah ditempah awal oleh saudara Tarmimie. Perjalanan yang agak panjang adalah disebabkan banyaknya kami berhenti berehat dan bersantai-santai di perjalanan. Keesokan harinya selepas menghadiri jamuan walimatulurus, kami sekeluarga meneruskan perjalanan ke Pulau Perhentian. Rasanya ini adalah kali pertama menjejakkan kaki ke Pulau Perhentian ini walaupun sudah banyak kali ke Terengganu. Ada pengalaman yang tidak dapat dilupakan semasa perjalanan ke Pulau Besar. Perjalanannya memakan sekitar 45 minit, perjalanan menggunakan bot laju. Lambungan ombak ketika bot tersebut menyusuri lautan menyebabkan pinggang terasa sakit. Setiap kali bot dilambung dan terhentak, terasa dah tak pergi lagi ke Pulau Perhentian ini. Agak-agaknya kalaulah ada ibu yang mengandung terus bersalin ketika itu...... Floral Bay Resort (Pulau Besar), disinilah tempat kami sekeluarga menginap. Agak selesa juga, tempatnya besih, teratur dan damai sekali untuk percutian. Menyediakan pelbagai kemudahan penginapan mengikut kesesuaian yang diperlukan. Terdapat juga kemudahan serta kelengkapan untuk beriadah seperti snorkling, boating untuk ketempat-tempat peranginan dan pelbagai lagi kemudahan ada disediakan. Gambar-gambar sekitar percutian Keseronokan ketika beriadah di Pulau Perhentian ini adalah suatu pengalaman yang menyeronokan. Tidak hairanlah Pulau ini tidak akan terus dikunjungi oleh pelancung-pelancung dalam dan luar negara. Jika keindahan pulau ini terus dijaga dan disusun rapi ianya akan terus menjadi tarikan dan menjadikan pengalaman yang tidak akan dilupakan setelah mengunjunginya. Bagi penduduk Pulau Perhentian teruskan usaha untuk menjaga keindahan dan kebersihan pulau ini dan khususnya kerajaan Terengganu harus juga menyediakan lebih infrastruktur yang lebih menarik bagi terus menggamit penggunjung ke pulau ini........ |
You are subscribed to email updates from di pulau perhentian - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan