13 di ketengah jaya - Google Blog Search |
saya rasa tertipu, tanah tak dapat, duit lesap - teganuki ta Posted: 25 Feb 2013 01:24 AM PST "Saya rasa tertipu, tunggu dan tunggu tanah yang dijanjikan tak dapat pun, tapi duit mereka dah ambil," demikian rintih RuzilawatiChe Seman, seorang mangsa penipuan tanah di zaman kerajaan Pas Terengganu. Ruzilawati surirumah sepenuh masa itu melahirkan rasa kesal dan rasa tertipu setelah wang yang dibayarnya sebanyak permulaan RM980 dan tambahan sebanyak RM320 setelah diberitahu jika membayarnya barulah diberikan tanah. Beliau masih ingatkan kata-kata Menteri Besar ketika itu, Haji Hadi bahawa itu adalah tanah untuk generasi kedua. "Saya nak balik duit saya tu, dapat balik semula duit tak apa dah, walaupun tak dapat tanah," katanya dengan nada sedih. Katanya, beliau orang susah, suami bekerja sendiri dengan pendapatan tidak seberapa, terpaksa pinjam duit orang untuk jelaskan bayaran itu dengan harapan mendapat tanah. Seorang lagi surirumah, Puan Zuraini berkata, beliau amat berharap duit itu dapat dipulangkan semua. "Saya datang ke sini, ke balai polis ini untuk meminta siasatan dibuat ke atas duit kami yang hilang begitu sahaja," katanya yang sewaktu memohon dulu baru berusia 25 tahun. Kedua-dua mereka antara 1,080 yang ditipu untuk mendapatkan tanah dan wang yang mereka bayar kepada sebuah syarikat yang diarahkan dimaskukkan secara 'bank in" oleh Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) dan wakil rakyat Dun Paka waktu itu. Ditemui di Balai Polis Ketengah Jumaat lalu (22 Feb 2013) bersama-sama beberapa orang yang membuat laporan polis bagi kes penipuan yang membabitkan Kerajaan Pas Terengganu (Feb 2004). Wang bayaran pendahuluan untuk mendapatkan tanah telah dibuat oleh seramai 1,080 orang terbabit dalam Rancangan Tanah Berkelompok kira-kira 9 tahun lalu. Dalam laporan polis yang dibuat oleh salah seorang mangsa, Mohamad Rosdi Fauzi pada 22 Februari 2013 di Balai Polis Ketengah Jaya mencatatkan, majlis undi lot peserta RTB Bandar Ketengah Jaya, Mukim Rasau, diadakan pada 17 Februari 2004 di Padang Astaka Ketengah Jaya. Setiap peserta telah diminta untuk membayar sebanyak RM1,300 kepada akaun bank syarikat tertentu yang dilantik di nombor akaun 13020017601056 sebelum 1 Mac 2004. Penduduk mendakwa, bayaran itu diminta Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) dan Pejabat ADUN Paka pada waktu itu. Menurut Seksyen 67 dan 68 Kanun Tanah Negara, bayaran Lesen Menduduki Sementara (LMS) untuk RTB hanya RM10 setahun dan RM5 untuk pendaftaran. "Bukan seorang atau dua orang yang tertipu, jumlahnya 1,080 peserta, melibatkan jutaan ringgit. Selepas pilihanraya umum pada 2004, Pengerusi JSR juga tidak dapat dikesan," dakwa mereka. "Kembalikan Duit Kami ! itulah laungan mereka bersama spanduk yang menuntut keadilan. Turut menjadi mangsa peserta RTB Kawasan Beril, Mukim Kuala Paka dimana temuduga untuk peserta RTB berkenaan diadakan di Pejabat ADUN Paka, pada 1 Julai 2002. Majlis penyampaian surat kelulusan dan undi lot RTB itu diadakan pada 11 Mac 2004 di Tebing Tembah, Paka. Mangsa memberitahu, nombor lot tanah ada dilampirkan. |
You are subscribed to email updates from di ketengah jaya - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan