Jumaat, 14 Disember 2012

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


First Day Praktikum <b>di</b> SK Kuala Ping, <b>Kuala Berang</b>. | Atiqah Aiza

Posted: 07 Sep 2012 08:44 AM PDT


Assalamualaikum..

Hari ni hari pertama aku dan Pyza memulakan praktikum kami di SK Kuala Ping di Kuala Berang, Hulu Terengganu. Tak sangka, drpd cabutan undi, kami antara manusia yang kena prktikum jauh dari maktab kat Batu Rakit tu huk2.

Ingat lagi aku pada hari kitorang cabut undi. Masa mula-mula dapat tau sekolah ni yang kitorang dapat, MasyaAllah, buntunya kepala otak. Nak sewa rumah kat mana, nak pergi sekolah macam, nak makan minum kat mana. Yela, sekolah tu agak jauh dari bandar Kuala Berang, ambil masa 30 minit la jugak. Apatah lagi sekolah tu agak jauh ke dalam.

Nak tak nak, aku pujukkan hati, kuatkan semangat. Alhamdulillah, mujur ada ex-schoolmate aku masa sekolah rendah dulu, Atie yang belajar di Politeknik Kuala Berang ni. Dapatlah aku berteduh menumpang sewa kat rumah dia. Kat sini makan n sewa rumah pun agak mahal. Apatah lagi kalau nak sewa sebulan je, susah orang nak bagi.

Akhirnya hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Hari ni first day kitorang pergi sekolah. Maka, bermulalah hidup kami sebagai seorang guru praktikum di SK Kuala Ping. First time ke sana, agak terkejut jugak jalan dia. Jalannya banyak rosak, bengkang-bengkok, paling dasyat ada satu jalan tu turun bukit terus jumpe selekoh sgtla tajam. Kalo tak teror kat situ tu, nahasla. Pagi ni kitorang bertolak awal, dalam 6.40 pagi kalo tak silap. Maklumlah hari first x maula tunjuk imej yg negatif kan hehe..



Gambar-gambar jalan kat atas ni kitorang amik masa on the way balik. Nak amik pic pagi2 tapi gelap lagi waktu, maklumla bertolak awal! hehe

Kami sampai awal kat sekolah, dalam 7.10pagi. Masa tu, baru seorang dua cikgu yang baru datang. Yela, awal gila kot sampai, hehe. Tempat first pergi of coz la pejabat untuk daftar diri. Pastu, join perhimpunan kenalkan diri kat semua guru dan murid.

First impression aku bila tengok murid beratur, Ya Allah sikitnya murid. Dalam 100 orang murid je tak silap aku. Kecik-kecik je budaknya. Hehe.. comel. Cikgu-cikgu dia pun cuma 16 orang je. Kat sini, murid sangat sikit, 1 tahun, 1 kelas. Itupun tak ramai, paling ramai dalam 25 orang je sekelas.

Kami diperkenalkan dengan cikgu-cikgu, terutama cikgu pembimbing, Kak Na. Hari first ni tak banyak benda nak wat, just ronda-ronda dan kenal-kenal kawasan sekolah dulu. Aku duduk di sebelah Kak Sal dan pyza, berdepan dengan Kak Ti. Segan  nak berbual, kelu lidah la gak. Tapi berusaha untuk senyum, maniskan muka, ringankan mulut bertegur sapa. Seronok sebab cikgu-cikgu dan staf2 kat sini mesra-mesra.

Belum pape, hari first lagi aku dah diberi jadual oleh GPK1, Cikgu Mazlan. Waah wah, memang berkakilebar la GPK1 aku ni. Kiranya, inilah hari pertama aku masuk ke kelas, Tahun 4, masa akhir. Apa lagi hari first, kenalkan diri n kenal dengan murid-murid jela..

Alamak, dengar citer cikgu-cikgu ni minggu ni sibuk dengan macam-macam program dan pertandingan. Apa dia ye? Hurmmm~~~

Bersambung....

katakan like jika best ya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads