13 di dungun - Google Blog Search |
Hospital baru bakal ganti yang lama <b>di Dungun</b> Posted: 12 Dec 2012 02:23 PM PST KUALA TERENGGANU – Sebuah hospital baru bernilai kira-kira RM150 juta bakal dibina tidak lama lagi menggantikan hospital sedia ada di Dungun. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna, Dr. A. Rahman Mokhtar berkata hospital itu dibina menerusi peruntukan khas Kementerian Kewangan Malaysia secara 'Private Financing Initiative' (PFI). Katanya fasa pertama pembinaan hospital itu akan bermula pada pertengahan tahun depan dan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan seluruhnya. "Bagi peringkat permulaan kita akan menempatkan sebanyak 108 katil sebaik sahaja hospital itu siap," katanya selepas sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini. Sebelum itu, semasa sesi penggulungan, Dr. A. Rahman (BN-Kuala Besut) berkata, biarpun hospital baru akan dibina di Dungun, kerajaan negeri masih bercadang untuk mengekalkan hospital asal yang terletak di tengah-tengah bandar Dungun. "Hospital sedia ada itu kita mungkin guna untuk tujuan lain termasuk pemeriksaan kesihatan dan sebagainya. Bagaimanapun, ia belum diputuskan lagi buat masa ini," katanya. Sementara itu Dr. A. Rahman memberi jaminan masalah kesesakan pesakit terutama yang melibatkan kes bersalin di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akan diselesaikan apabila Kompleks Pakar Materniti siap pada Mac tahun depan. Kompleks enam tingkat itu dibina bersebelahan HSNZ mempunyai 210 katil di wad, selain 24 unit katil bersalin. Beliau menjawab Dr Alias Razak (PAS-Bukit Tunggal) semalam, yang menyatakan keadaan wad bersalin HSNZ yang mengaibkan berikutan tidak mempunyai kemudahan dan ruang yang selesa untuk menempatkan ramai pesakit wanita khususnya bagi kes bersalin. Dr A Rahman berkata, pembinaan kompleks itu juga dapat menyelesaikan masalah parkir di HSNZ apabila sebanyak 385 tempat letak kereta dibina. – Bernama Apa Komen Anda Mengenai Berita Ini?? Mari Kongsikan Bersama Kami Dengan Meninggalkan Pendapat & Kritikal Bernas Anda Di Ruangan Komen. |
Jenazah Hanisah selamat dikebumikan <b>di Dungun</b> pagi tadi | Mai <b>...</b> Posted: 07 Sep 2012 10:09 PM PDT DUNGUN – Jenazah Hanisah Muhd Shah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Vladimirskaya, Rusia Ahad lepas, selamat dikebumikan pada 7.55 pagi tadi di tanah perkuburan Islam Syed Yahya di Kampung Molek di sini hari ini. Suasana pilu menyelubungi anggota keluarga dan jiran serta kenalan yang mula berkumpul sebelum subuh lagi di Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah di kampung tersebut. Jenazah Hanisah, 22, pelajar tajaan Mara tiba di sini pada 6.53 pagi terus dibawa ke masjid tersebut untuk disembahyangkan selepas solat subuh sebelum terus dikebumikan dengan dihadiri lebih 100 kenalan. Jenazah sebelum itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) 10.05 malam tadi dengan pesawat Emirates Airlines dari Dubai bersama jenazah seorang lagi pelajar Malaysia yang juga mangsa kemalangan sama, Adzreen Dimyati. Manakala jenazah Adzreen, 22, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) disemadikan di tanah perkuburan Islam Presint 20 di Putrajaya 12.40 tengah malam tadi. Dalam kejadian tersebut, Hanisah dan Adzreen maut manakala lima lagi rakannya yang juga pelajar cedera apabila van yang mereka naiki bertembung dengan sebuah van selepas mereka baru kembali ke negara itu memulakan pelajaran Kesemua mereka adalah pelajar tahun 5 Akademi Perubatan Negeri Nizhny Novgorod dan sedang dalam perjalanan dari Moscow ke Nizhny selepas pulang bercuti di Malaysia ketika kemalangan maut itu berlaku. Sementara itu, bapa Allahyarham Hanisah, Mohd Shah Salleh, 62, berkata mereka redha dengan kehilangan anak bongsu daripada empat beradik itu. Menurut Muhd Shah pemergian selama-lamanya anak itu ibarat pengorbanan murni kerana menuntut ilmu bagi menabur bakti kepada negara meskipun hasrat anaknya itu tidak kesampaian. "Sedih memang sedih, namun kami redha dengan ketentuan ini. Saya harap anak bangsa yang lain dapat meneruskan impian Allahyarham untuk berbakti pada negara," katanya kepada pemberita selepas pengebumian jenazah di tanah Muhd Shah dan isterinya Rokayah Mohd, 61, yang sebelum itu memberitahu hatinya sangat sedih dan tidak sanggup menatap wajah arwah anaknya Hanisah akhirya berubah fikiran dengan mencium jenazah anaknya untuk kali terakhir sebelum pengebumian itu. Jelasnya, beliau dan isterinya sebelum itu tidak mahu berbuat demikian kerana mahu menjadikan kenangan manis wajah keceriaan anaknya sepanjang dua bulan bercuti di Kampung serta saat perpisahan di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuala Lumpur (KLIA), pada 2 Sept lalu kekal dalam memori sanubari mereka. Sementara itu Pengarah Mara di Rusia, Suhaimi Zainuddin serta beberapa pegawainya yang lain turut hadir pada upacara pengebumian itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Muhd Shah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Mara yang menguruskan dan memberikan kerjasama yang baik untuk pengurusan membawa balik jenazah anaknya. |
You are subscribed to email updates from di dungun - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan