di negeri terengganu - Google Blog Search |
suppuy: 207. Tempat2 menarik/pelancongan <b>di Kuala Terengganu</b> Posted: 10 Nov 2012 10:52 AM PST Aku selalu mengeluh dengan negeri aku sendiri. Mengeluh sebab tak banyak hiburan yang boleh dibuat. Masa zaman aku budak sekolah takde tempat sangat nak dibuat lepak. Aku selalu fikir, kan bagus kalau parents aku tak pindah dulu. Stay je kat KL. Hermmm nampak sangat duniawi kan wish aku ni. Tapi bila ayah aku cakap - apa akan jadi pada family kita kalau tak pindah dulu? Hermmm terus aku terfikir apa ya? Ayah aku cakap maybe hidup kami tak macam sekarang.. Tuhan tahu apa yang terbaik, dan syukur sangat2, aku dilahirkan di negeri yang menghadkan kehidupan aku dengan hiburan duniawi :D --- Okeh tutup intro. So straight to the point, Aku selalu ingat negeri aku ni boring. 1. Taman Monumen, Taman Tamadun Islam Fad sampai subuh selasa, so pagi tu tanpa tidur kami angkut Fad pergi jejalan sini. Aku tak ingat pukul berapa kami sampai sini. Tapi yang pasti kami sampai before tengahari la. Cuaca pulak tak yah cakap la caner, PANAS hoi! Cuaca hot gilers tapi peduli hape, redah masuk jugak. Aku syorkan kepada yang tak tahan panas, SILA BAWAK topi ataupun nak senang ko pergi time cuaca mendung sikit eh. Tiket masuk RM15 sahaja untuk seorang. Tiket termasuk kupon yang macam diskaun untuk cenderahati dan makanan/minuman di cafe. Dalam Taman Monumen ni memang menarik la! Oh ye, untuk round Taman Monumen ni korang ada option samada nak berjalan kaki, sewa basikal, sewa buggy atau naik train. Kitorang pilih basikal. RM5 sahaja untuk satu basikal. Korang boleh naik buggy. Ada orang yang bawakkan korang round sana. Sewa buggy aku tak ingat berapa. Dalam RM30 something la, sorry tak ingat. Naik basikal best. 2. Masjid Tengku Tengah Zaharah/Masjid Terapung Masjid sini cantik, duduk tengah2 tasik. Sape yang baca novel Melur Jelita wajib okeh datang sini hahaha. Mana la tau korang akan jumpa Hilman Yong. Tu pun kalau dia tu betul2 wujud kehkehkeh. Oh dan aku cadangkan korang beli makanan dan lepak dekat taman rekreasi kat kawasan masjid terapung tu. Best weh. Aku dengan Mun bawak Fad makan tengahari kat sini. Beli makanan dekat kedai nasi padang tepi office aku dulu then makan atas tikar sambil mengadap Masjid Terapung. Best. Ni ahkak pejabat kami yang bagi idea ni dulu. Dia dengan husband selalu lepak makan sini. Menarik, so sila copy paste cara ahkak office aku tu eh hehe. 3. Terengganu Equestrian Resort (TER) Kat sini tempat main kuda. Teringin sungguh aku nak main kuda kat sini. Rasa macam nak daftar kelas belajar main kuda. Tapi tak tahu caner nak join. Ada sape2 tahu macamana nak join kelab, tolonglah bagitahu aku. Ni semua sebab terpengaruh dengan novel Melur Jelita. Hahahahaha novel lagi =.=". Kat sini ada sports complex. Seyes cantik tempat ni! Si Teyah pernah buat photoshoot dengan sedara2 dia dulu. Jadi aku pun teringin sangat2. Terus cari orang untuk tanya boleh tak masuk padang kuda ni. Ces staff sini pun tak tahu. So lantak, kami masuk je padang ni. Selagi takde orang halau, buat jela muka tak bersalah haha. Rasanya boleh je kot sebab ada je orang tengok kami masuk hermmm tak sure. Aku bukan pro bab2 photography, so tak tau caner nak ambik gambar cool, comey, creative. 4. Istana baru DYMM Sultan Mizan Kat Chendering korang boleh nampak istana di lereng bukit yang masih lagi dalam pembinaan. Dah berapa kali dah aku masuk area istana tu, but still setiap kali tengok aku rasa teruja. Besar plus tradisional. Fad si pelancong tu pun jatuh rahang menengoknya. So kalau berminat nak tengok korang datang la. Istana tu dekat je dengan UiTM Chendering. 5. Steamboat@Pulau Duyung Untuk sape2 yang pening tak tahu nak makan kat mana untuk malam hari, aku syorkan korang pergi di restoren2 steambaot kat Pulau Duyung ni. Aku tak tahu nak namakan tempat ni nama apa, tapi yang boleh aku cakap, sini ni macam tempat menarik jugak untuk sape2 yang nak makan sambil nikmati pemandangan gitus~ Sini mengigatkan aku pada Pantai Senibong, tempat makan2 yang boleh nampak Singapore dari dekat. Lainnya, tempat ni korang boleh makan stemboat yang sodap plus tengok pemandangan bandar kuala Terengganu di seberang sungai~ 6. Taman Warisan Lokasinya dekat dengan Pasar Payang dan tepi kawasan perkampungan Cina. Kat sini macam ala2 taman ICT Shah Alam tu. Kira untuk lepak2 memang bestla. Second visit dengan Linni aku tengok ada ramai yang memancing. Sape2 yang suka tangkap ikan tu moh le datang sini. Kat sini jugak aku syorkan bolehlah korang buat BBQ ke, picnic2 ke. Best jugak. Tambah2 time malam. Romantik gitu miahahaha. Fad dengan Mun buat surprise sempana birthday aku. Terharu mak nyahhh~ Langsung tak terfikir ada orang nak sambut birthday aku. Baru je semalam sebelum tu aku baca blog Izatie pasal birthday party dia. Rasa jeles. Tapi pastu korang buat suprise macam tu, hermmm kira happy la weh! Thank you :) 7. Muzium Terengganu Untuk sape2 yang minat sejarah wajiblah datang sini. Tempat ni besar sangat2, so banyak benda korang boleh teroka dalam tu. Aku ingat lagi masa kecik dulu bapak aku ajak masuk muzium ni. Serius aku semput time tu. Dahlah semua tempat ayah aku masuk tengok dan baca. Haihhh nasibla dapat bapak suka sejarah T___T Btw kalau tak minat sekalipun, 8. Masjid Kristal Masjid sini tengah2 sungai Terengganu. Sangat selesa kalau sape2 nak solat kat sini. Cantik tempat ni, so silalah datang. Korang boleh tengok jambatan Sungai Mahmud kat sini. Tenang je kat sini, so sape yang feeling dengan alam sila datang ya :) 9. Pasar Payang Untuk yang giler shopping datanglah ke sini. Lupakan barang brand2 meh la kita beli something yang more tradisional. Contoh macam songket, kain sutera, tudung2 buatan Terengganu, makanan2 negeri aku tu and moreee. Banyak benda korang boleh beli kat sini. Fad banyak betol membeli. Baju kelawar la, souvenirs la. Sesuai sangat korang beli something untuk dibawak pulang~ Aku suka sangat sutera dan songket2 kat sini. Tapi bila tengok harga tak sempat berangan aku dah nak pitam. Mahal hoi~ Nak buat untuk majlis nikah bolehlah beli. Nak buat Raya hermmm sumpah aku kena pinjam duit dengan Ah Long~ Gua miskin derrr, poket kering nak beli semua tu T___T 10. Kedai roti tempayan Kedainya sebelah BSN sahaja. Tengah2 bandar je lokasinya so aku rasa senang je kalau nak mencarinya. Oh dan ya, kedai ni dekat dengan KAMDAR. Takde apa yang special pun tempat ni. Tapi untuk korang yang blurrr tak tahu nak breakfast kat mana aku cadangkan kat sini la. Roti tempayan dan ayam tandoori kat sini marveles la bagi aku. Jadi korang boleh cuba okeh makan kat sini. Best :D 11. Pantai Batu Buruk Tempat yang paling kerap dibawak sepanjang guest2 aku ni kat Kuala Terengganu ni. Linni pun cakap macam nak muntah da dengar nama pantai ni. Hahaha bosan nauuu. Well, sapa tak kenal pantai ni dowh? Tempat lepak budak2 Terengganu, so memang wajiblah bawak 'foreigner' ni kat situ. Kami sebenarnya datang kat sini sebab nak main motor AGV. Tapi takde rezeki, taukeh dia pergi lunch tak balik2. Bodohlah. Dah aku call cakap nak naik menatang tu, ko kenalah lunch cepat2. Ni tidak, dah aku call cakap nak, batang hidung ko langsung aku tak nampak. Lama aku tunggu tapi tak datang pastu ada hati call tanya aku kat mana? Ptuihhh ingat ada ke customer nak menunggu lama2 kan??? Oppsss sorry dah ter-emo. 12. Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Aku rasa ramai dah tahu apa kes dah jadi dengan stadium ni. 13. Keropok lekor Bukit Tok Beng (BTB) Keropok lekor paling hot plus sodap kat Terengganu katanya. Memang sedappp pun. Aku yang duk Kuala Terengganu ni pun teruja bila makan keropok ni. Aku dengan family jarang main area ni so jarang makan keropok lekor kat sini. So bila sampai sini, dan makan terus rasa perghhh. Btw aku tetap sayang dengan keropok lekor Losong. Situ kan pengeluar keropok lekor paling dikenali kan. So untuk sape2 yang mengidam keropok lekor Terengganu, 14. Taman Syahbandar Sama macam pasar malam Wakaf che Yeh atau Gerbang Malam di Ipoh.Kat sini girls bolehlah nak beli baju, tudung semua. Kitorang pergi siang, so takde peniaga sangat yang bukak kedai. Btw, datanglah sini. Korang boleh lepak, or makan2 sekeliling Taman Syahbandar tu :) 15. Seberang Takir Tak tahu nak namakan tempat ni apa. Untuk photog aku syorkan korang ambik gambar kat sini. Cantik sebab lalang2 tinggi. Aku tak jejak pun sini tapi Mun pernah. Katanya ramai je photog datang sini :D 16. Kuala Ibai Satu lagi tempat yang aku tak tahu nak namakannya apa tapi yang pasti dia dekat Kuala Ibai. Mengadap TER. Tempat ni kawasan terbiar, tapi cantik Ada jambatan gantung kat situ. Apa function jambatan tu aku tak tahulah sebabnya seberang jambatan semak samun je yang tinggal. Seram pulak bila tengok. Dah la jambatan tu macam uzur sikit. Seram iolls. Masa kami pergi situ ada satu family datang tangkap udang. Orang kata kalau ada udang, adalah cik Boye. Ek? K dah. Banyak lagi tempat menarik di Kuala Terengganu ni. |
You are subscribed to email updates from di negeri terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan