13 di setiu - Google Blog Search |
RAKYAT MARHAEN: Agah : Sambutan rakyat <b>Besut</b> buat PM boleh <b>...</b> Posted: 07 Sep 2012 06:36 PM PDT JABI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan sambutan luar biasa rakyat terhadap beliau ketika menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Negeri Terengganu di Padang Bola Kampung Tempinis, Kampung Tasik Tok Lebai di sini, kelmarin membuatkan beliau boleh tidur lena. Menurut Najib, ia adalah mesej kekuatan Umno Bahagian Setiu dan Besut berdasarkan sambutan yang diberikan rakyat terhadap beliau apatah lagi ketiadaan bendera lain (parti pembangkang) di sepanjang jalan setelah beliau menjejak kaki ke daerah berkenaan "Kalaulah bendera yang dipacak di sepanjang jalan dari Gong Kedak hingga ke sini tiada satu pun bendera lain (parti pembangkang). "Sampai di sini pula melihat ramai orang hingga penuh sesak dalam khemah yang begini besar dan bila bersalam dengan genggaman yang erat barangkali saya tidur 'jenera' (nyenyak) malam ini," katanya yang berucap di hadapan lebih 20,000 pengunjung yang hadir di majlis Sambutan Aidilfitri Bersama PM, kelmarin. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, Ahli Parlimen Setiu, Datuk Mohd Jidin Safei, Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan barisan kepimpinan Barisan Nasional (BN) Terengganu. Secara berseloroh Perdana Menteri berkata, beliau tidak kisah walaupun jarinya berasa sakit kerana digenggam terlalu kuat oleh orang ramai yang menyambutnya, asalkan ia diterjemahkan dengan undi kepada calon BN pada pilihan raya akan datang. Kata beliau lagi, beliau yakin BN dapat mengekalkan semua kerusi pada pilihan raya umum akan datang berdasarkan sambutan meriah dan kehadiran luar biasa penduduk di Setiu dan Besut, "Saya yakin BN di bawah Datuk Seri Ahmad Said akan memperolehi kemenangan dalam PRU akan datang dan terima kasih kepada Datuk Seri Idris kerana memberi kemenangan kepada Terengganu dalam PRU lalu walaupun beberapa negeri lain jatuh kepada pembangkang," katanya. Sementara itu banyak cakap-cakap mengatakan pemilihan Najib turun padang ke Parlimen Setiu di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Jabi antara lain, bagi mendamaikan pertelingkahan yang kononnya berlaku dalam Umno Bahagian Setiu. |
You are subscribed to email updates from di setiu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan