13 di kemaman - Google Blog Search |
teganuku: Warga Emas Kampung <b>Di Kemaman</b> Jadi Hero Posted: 31 Aug 2012 06:41 PM PDT Tindakan pantas seorang lelaki sebaik melihat rumah jirannya dijilat api dapat menyelamatkan nyawa seorang gadis orang kelainan upaya (OKU) dan kanak-kanak berusia empat tahun dalam kejadian di Rumah Murah Kampung Fikri di Kemaman semalam. Kejadian pukul 11 pagi itu berlaku ketika gadis OKU, Amirah Suhaili Said, 19, dan anak saudaranya, Nurul Adawiah Zabli, 4, berada di dalam rumah tersebut. Amirah Suhaili tidak mampu berjalan. Rahani merupakan penjual apam balik dan api dipercayai berpunca dari gerai di hadapan rumah mangsa. Kedua-dua mangsa bernasib baik apabila jiran mereka, Mohamad Yusof, (gambar kecil) 64, yang menyedari kejadian itu bertindak pantas menyelamatkan mereka. Mengimbau semula kejadian itu, Mohamad memberitahu, dia nekad terus meredah api yang marak sebaik Rahani memaklumkannya yang anak gadis dan cucunya masih terperangkap di bilik tidur. "Tanpa berfikir panjang, saya terus redah api dan mengangkat kedua-dua mangsa. Saya sempat mencapai beg barangan kemas mangsa namun wang gagal diselamatkan kerana ketika itu suasana di dalam rumah terlalu bahang. "Rumah itu musnah tidak sampai setengah jam. Saya tahu mengenai kejadian itu daripada isteri yang mengejutkan saya yang sedang tidur," ceritanya ketika ditemui semalam. Difahamkan, kebakaran itu mengakibatkan mangsa kerugian kira-kira RM150,000 apabila kesemua perabot, peti sejuk, mesin basuh dan televisyen musnah dijilat api Kosmo! |
You are subscribed to email updates from di kemaman - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan