13 di jabor - Google Blog Search |
Kecuaian Membawa Padah, Tragedi Akibat Meninggalkan Anak <b>...</b> Posted: 06 Sep 2012 02:08 AM PDT Tindakan seorang bapa meninggalkan anaknya berusia lima tahun dalam kenderaan ketika menunggu bantuan mekanik di seberang jalan mengundang tragedi apabila anaknya yang terjaga daripada tidur terus keluar dari kereta sebelum dirempuh sebuah kereta lain di Kilometer 81.5, Jalan Jerangau-Jabor, dekat Bukit Besi, di sini, kelmarin. Sekadar gambar hiasan Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, Nur Anis Nabila Abdul Ghani, 5, meninggal dunia selepas dilanggar kereta terbabit ketika menuju ke arah bapanya yang berada dalam sebuah kedai makan di seberang jalan. Bapa mangsa, Abdul Ghani Abdul Rahman, 45, berkata, sebelum kejadian, dia bersama arwah dalam perjalanan dari rumahnya di Bandar Al-Muktaffi Billah Shah, di sini untuk ke rumah ibunya di Manir, Kuala Terengganu. "Saya bertolak dari rumah jam 9 malam dan setibanya di tempat kejadian 30 minit kemudian, kereta mengalami kerosakan enjin menyebabkan terpaksa berhenti di tepi jalan," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam. Katanya, dia cuba menghubungi mekanik membaiki keretanya, tetapi gagal berikutan liputan isyarat telefon bimbit di sekitar Bukit Besi mengalami masalah. "Selepas dua jam berusaha mendapatkan bantuan termasuk melihat jika ada rakan lalu di kawasan itu, saya yang lapar menyeberangi jalan untuk makan di sebuah kedai berdepan tempat saya meletakkan kereta," katanya. Menurutnya, ketika itu, arwah nyenyak tidur dalam kereta dan tidak sampai hati untuk mengejutkannya. Katanya, selepas membayar harga makanan dan minuman, dia berjalan keluar dari kedai untuk pergi semula ke keretanya. "Dalam suasana jalan gelap, saya ternampak kelibat arwah berlari dari arah depan kereta untuk melintas dan belum sempat saya menjerit, sebuah kereta dari arah Kuantan melanggarnya," katanya. Menurutnya, dia berlari mendapatkan anaknya itu yang terbaring atas jalan raya ketika itu arwah sudah tidak sedarkan diri manakala kepala, mulut dan telinganya berdarah. "Dengan bantuan pemandu yang melanggar anak, saya membawa arwah ke klinik kesihatan berhampiran untuk rawatan, tetapi arwah disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Dungun, kira-kira jam 12.30 tengah malam," katanya. Ibu arwah, Mahani Mamat, 35, berkata, sebelum kejadian, arwah yang juga anak bongsu daripada tiga beradik ada mengajaknya ke rumah nenek tidak jauh dari kediaman mereka. "Selepas pulang sekolah, arwah bersungguh-sungguh mengajak saya ke rumah ibu saya selepas gurunya memaklumkan ada orang meninggal dunia selepas terbabit kemalangan berhampiran rumah neneknya," katanya yang hamil lima bulan. Katanya, dia bagaimanapun tidak memenuhi permintaan anaknya kerana sibuk dengan kerja rumah selain tiada orang meninggal dunia seperti dinyatakan. Mahani berkata, dia pelik apabila arwah memberitahunya terdengar orang membaca surah Yasin dalam rumah sedangkan ketika itu tiada sesiapa berbuat demikian. "Malam itu selepas mendapat tahu bapanya mahu pulang ke rumah nenek sebelah bapa di Manir, arwah hendak ikut sedangkan sebelum ini tidak pernah berbuat demikian jika saya tidak turut-serta," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor berkata, pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian itu. Mymetro P/s: Semoga dapat dijadikan iktibar dan pengajaran kepada kita semua.. takziah buat keluarga mangsa VN:F [1.9.20_1166] VN:F [1.9.20_1166] Rating: +4 (from 4 votes) Incoming search terms:
Korang mungkin minat ni jugakCara Repot Akaun Facebook Orang Yang Telah Meninggal Dunia Amalan Rasulullah Sebelum Tidur Akibat Tukar Siaran Televisyen, Pemuda Maut Ditikam |
You are subscribed to email updates from di jabor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan