Khamis, 20 September 2012

13 di kuala besut - Google Blog Search

13 di kuala besut - Google Blog Search


Kedai emas <b>di Kuala Besut</b> kerugian RM250,000 setelah dipecah <b>...</b>

Posted: 30 Aug 2012 01:46 PM PDT

BESUT: Pencuri memecah masuk sebuah kedai emas di Jalan Semerak, Kuala Besut dan melarikan barangan kemas dianggarkan bernilai RM250,000 semalam.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria berkata kedai emas itu disedari dipecah masuk pada pukul 7.15 pagi semalam.

"Seorang jiran perniagaan kedai emas itu yang kebetulan mahu memulakan perniagaan ternampak pintu belakang kedai berkenaan ditebuk dan terus memaklumkan kepada anak tuan punya kedai itu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata polis percaya kejadian pecah masuk itu berlaku antara 9 malam Selasa dan awal pagi Rabu dan modus operandi mungkin dijalankan oleh sekumpulan pencuri.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati sekeping daripada tingkap bahagian dapur kedai berkenaan turut ditanggalkan dan peti besi yang mengandungi barang kemas di dalam kedai tersebut turut ditebuk oleh suspek," katanya.

Kamaruddin berkata tuan punya kedai yang tinggal di Kandis, Bachok itu menutup perniagaan dengan mengunci pintu kedainya sebelum pulang kira-kira 5 petang semalam.

Katanya setakat ini, belum ada tangkapan dibuat. – Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 31/08/2012


Article source: http://www.hmetro.com.my/articles/KedaiemasdiKualaBesutkerugianRM250_000setelahdipecahmasukpencuri/Article/

Kedai emas <b>di Kuala Besut</b> kerugian RM250,000 setelah dipecah <b>...</b>

Posted: 30 Aug 2012 03:10 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]BESUT: Pencuri memecah masuk sebuah kedai emas di Jalan Semerak, Kuala Besut dan melarikan barangan kemas dianggarkan bernilai RM250,000 semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads