Khamis, 20 September 2012

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


(GAMBAR) Tanah Runtuh <b>Di Hulu Terengganu</b>, Seorang Maut <b>...</b>

Posted: 15 Sep 2012 07:20 PM PDT

Hasrat seorang pemandu lori untuk melihat kerja mengambil tanah bukit daripada jengkaut dikendali adiknya untuk diisi ke dalam lori bertukar tragedi apabila dia maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Kuala Ping, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4.50 petang di kawasan pembinaan menara Telekom itu, mangsa, Mohd Azharul Nizam Daud, 24, dari Kampung Tapah bersama kelindannya, Mohd Hanifah Mohd Nawi, 19 turun daripada lori untuk melihat kerja mengambil tanah dilakukan.

Malangnya, secara tiba-tiba tanah tersebut runtuh hingga menyebabkan mangsa tertimbus dan Mohd Hanifah tertimbus lebih separuh badan, manakala adik mangsa, Mohd Zuraime yang berada di atas jengkaut sempat terjun menyelamatkan diri.

Ketua Operasi Mencari dan Menyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, PBK I Mohd Harun berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian jam 4.58 petang dan terus bergegas ke lokasi kejadian menaiki sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kelindan lori berkenaan telahpun berjaya dikeluarkan oleh orang awam termasuk pekerja yang masih belum pulang.

"Kejadian itu menarik perhatian orang ramai kerana lokasi kejadian terletak berhampiran kawasan kampung.

"Operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan jam 5.20 petang dengan menggunakan jengkaut. Mangsa berjaya ditemui 25 minit kemudian dengan keadaan tertiarap dalam timbunan tanah sedalam kira-kira satu meter," katanya.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.

Difahamkan, kelindan lori yang juga berasal dari Kampung Tapah mengalami kecederaan dengan patah tangan kiri dan dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu untuk menerima rawatan, manakala adik mangsa tidak mengalami kecederaan.

Incoming search terms:

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads