13 di gong kedak - Google Blog Search |
LAPANGAN TERBANG <b>DI</b> KELANTAN « sejarahkelantan Posted: 12 Sep 2012 07:14 PM PDT Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tahukah anda bahawa Kelantan suatu masa dahulu mempunyai 4 buah lapangan terbang? 3 daripadanya dibina oleh British yang ketika itu memerintah Kelantan dan 1 dibina oleh pihak syarikat yang menguruskan ladang di Mengkebang, Kuala Krai. Mesti ramai antara kita kurang dan hampir tidak tahu akan fakta ini. Memang betul, Kelantan mempunyai 4 lapangan terbang iaitu: I) Lapangan Terbang Pengkalan Chepa II) Lapangan Terbang Udara Gong Kedak III) Lapangan Terbang Bawah Tanah Lalang Luas, IV) Lapangan Terbang Sasar Mengkebang, Kuala Krai Lapangan Terbang Pengkalan Chepa , Kota Bharu Kelantan Lapangan ini telah wujud semenjak sekian lama. Semasa Perang Dunia ke-2 angkatan Tentera Jepun telah memulakan serangan mereka dengan sasaran utama menawan pengkalan terbang ini. Tujuan utama pembinaanya adalah lebih kepada penerbangan Domestik untuk kegunaan orang kenamaan pada waktu itu. Ini bertepatan kerana ianya dibina berhampiran bandar pemerintahan Kelantan iaitu Kota Bharu. Kini ianya dipanggil Lapangan Terbang Sultan Ismail dan menjadi lapangan terbang yang utama di Kelantan. Lapangan Terbang Gong Kedak, Pasir Puteh – Besut Landasan Kapal Terbang Gong Kedak telah wujud sebelum Perang Dunia Ke Dua lagi. Pada awal tahun 60an, landasan ini masih lagi digunakan oleh pihak Tentera Udara British untuk sesi latihan dan seterusnya pada tahun 70an sehingga 1989, landasan kapal terbang ini digunakan oleh ATM sebagai kawasan latihan khususnya latihan payung terjun. (artikel lanjut di Laman Web Rasmi TUDM) Asasnya, lapangan terbang ini dibina oleh British untuk tujuan domestik serta perdagangan kerana Pasir Puteh sebelum Perang Dunia adalah sebuah bandar pelabuhan sama seperti di Tumpat dan ianya adalah nadi ekonomi Kelantan pada waktu itu. British membinanya bagi memudahkan mereka untuk megawal aktiviti perkapalan dan pelabuhan ini disamping itu, ia juga amat strategik untuk pertahanan udara Kelantan dan ini ia juga satu pengkalan yang signifikan untuk pertahanan udara semenanjung Malaysia. Lapangan Terbang Bawah Tanah Lalang Luas, Machang Ia dibina khusus untuk kententeraan iaitu sebagai pertahana udara ruang udara Kelantan waktu itu. Lokasi lapangan terbang ini juga strategik kerana ianya berada ditengah-tengah Kelantan. Pada masa tersebut British telah menempatkan sejumlah pesawat terbang jenis Hudson dan jenis Vickers – Vildebeeste dari pasukan No.1 Squadron Royal Australian Air Force di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Gong Kedak dan Lalang Luas. Lapangan Terbang Sasar Mengkebang, Kuala Krai Pembinaan lapangan terbang ini tidak ketahui umum, dari lokasi pembinaannya boleh kami simpulkan ianya dibina untuk tujuan pemantauan aktiviti ekonomi di kawasan Hulu Kelantan suatu masa dahulu kerana kawasan ini pada tahun 1900 – 1970 an terkenal sebagai kawasan perlombongan emas, pembalakan dan perlandangan getah serta kelapa sawit. Mengkebang itu sendiri adalah satu kawasan estet yang luas di mana ia meliput hampir keseluruhan Kuala Krai hingga ke Gua Musang. Sukar untuk memantau dari jalan darat dan pemilik estet ini mungkin telah membina landasan ini untuk memantau kawasan yang luas ini dari udara. |
You are subscribed to email updates from di gong kedak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan