13 di ketengah jaya - Google Blog Search |
Lantak HANGPA la...: Cuma kerana RM50 Posted: 24 Sep 2012 09:05 PM PDT Tidak berbaloi! Gara-gara merompak beg tangan seorang wanita yang hanya mengandungi wang tunai RM50, seorang penganggur berdepan hukuman 14 tahun penjara dan sebatan atau denda jika disabitkan kesalahan selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam. Bagaimanapun, tertuduh, Mohd Zulkifli Hamzah, 29, dari Felda Kerteh 4, Ketengah, Jaya, Dungun, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas pertuduhan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak. Tertuduh mengaku tidak bersalah telah merompak beg duit milik Salina Mohd Rafi, 25, yang turut mengandungi kad pengenalan pada 10 November 2010 kira-kira jam 10 malam di Jalan Limbong Paka, Dungun. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurliyana R.Azmi di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Rozianti membenarkan dia diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula di Mahkamah Sesyen. |
PSR REMAJA : REMAJA RAIKAN RAMADAN SERENTAK <b>DI</b> DUA <b>...</b> Posted: 04 Aug 2012 08:18 PM PDT Alhamdulillah antara program PSR 2012 ialah Remaja Raikan Ramadan (3R) dan sebanyak tiga buah masjid/surau di daerah Kemaman menjadi lokasi program 3R kali ini. Terbaru ialah di Masjid Felda Kerteh 5 di Ketengah Jaya yang melibatkan sekitar 50 orang remaja berumur 13-19 tahun dan juga di Masjid Sultan Ahmad dekat Bandar Chukai yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah di bandar ini. Kedua-dua program ini berjalan serentak dan dikendalikan dibawah Jawatankuasa Pembangunan Remaja IKRAM Kemaman di bawah Cikgu Hj Norfizam Said. Program 3R di Felda Kerteh 5 kali ini istimewa kerana inilah kali pertama program sebegini dilaksanakan IKRAM di kawasan felda di daerah ini. Terdapat tiga buah sekolah menengah di Ketengah Jaya iaitu SMK Rasau, SMK Semarak B5 dan SMK Tetra Jaya. Terdapat juga ahli-ahli IKRAM yang bertugas sebagai guru di sekolah-sekolah ini yang membantu merapatkan lagi hubungan pihak sekolah dengan IKRAM.
Seramai 15 orang fasilitator diketuai Pengarah Program Saudara Khairul Azri telah terlibat menjayakan program ini. Di dalam program ini juga diperkenalkan kelab remaja IKRAMTeens kepada semua peserta. Para peserta begitu teruja dengan pelbagai program yang disediakan. Majlis penutup program telah disempurnakan oleh TYDP IKRAM Kemaman iaitu Ustaz Muzahar Hitam. Manakala program di Masjid Sultan Ahmad pula diketuai oleh Pengarah Program Sdr Nadhir yang juga Mualim SMIAA Kemaman serta barisan fasilitator dari kalangan mahasiswa universiti yang sedang bercuti. Sekitar 80 orang remaja hadir di program ini. Ianya dirasmikan oleh Pengerusi Tetap IKRAM Kemaman Hj Che Zahari Che Nik. Pelbagai program disajikan sepanjang program 3R ini. Mudah-mudahan segala usaha ini terus disusuli dengan program-program lanjutan tarbiah di sekolah masing-masing. Kerjasama yang sudah terjalin perlu dimanfaatkan lagi bagi melahirkan generasi kepemimpinan remaja rabbani demi masa depan ummah yang gemilang. Program 3R yang ketiga akan diadakan di Surau Rantau Petronas dekat Kerteh pada minggu hadapan 10-11 Ogos 2012. Ini adalah program tahun keempat berturut-turut dimana pihak IKRAM (sebelum ini JIM) diberikan kepercayaan mengendalikan program remaja seumpama ini. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan diberkati Allah SWT. |
You are subscribed to email updates from di ketengah jaya - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan