Ahad, 25 Mac 2012

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


Taman Monumen <b>di</b> Taman Tamadun Islam ~ izryn&#39;s blog

Posted: 13 Jan 2011 12:00 AM PST

Taman Monumen di Taman Tamadun Islam


'; div.innerHTML = summary; } //]]>

Dah banyak kali juga SJ mengunjungi tempat ini. Boleh dikatakan setiap kali pulang ke kampung suami SJ, Taman Tamadun ini kerap menjadi lokasi persinggahan. Namun tidak bagi Taman Monumen ni kerana hanya 3 kali SJ singgahi. Kunjungan selalunya di Cruise TTI dan Masjid Kristal yang menjadi ikon di Taman Tamadun Islam dan mercu tanda bagi Kuala Terengganu. Objektif penubuhan taman ini dikatakan sebagai satu destinasi pelancongan bertemakan pendidikan dan edutainment, mengetengahkan personaliti, barisan pejuang2 Islam, ahli sains, teknologi dalam taman tamadun Islam serta sebagai pusat penyebaran ilmu.

Taman ini merupakan sebuah kembara interaktif monumen Islam di serata dunia. Ia memberikan pendidikan dan hiburan informatif tentang destinasi Islam dunia. Terletak di Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, taman seluas 23 hektar ini adalah sebahagian daripada projek untuk membangunkan Kuala Terengganu sebagai bandar tebingan sungai. Terbahagi kepada dua zon iaitu Kompleks Taman Tamadun Islam (Taman Monumen) dan Zon Awam (Pusat Konvensyen TTI, Restoran Bbeteng dan Jeti Tok ku Paloh ). Ia merupakan taman tema pertama yang mengiktiraf senibina Islam,  mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh pelosok dunia, salah satu projek pembangunan ekonomi Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Taman tema yang mula dibina pada Mac 2005 dikelilingi replika2 masjid dari serata dunia yang berkaitan sejarah Islam dan di bina pada nisbah skala 1:4 hingga 1:22 berbanding saiz asal. Dahulunya pulau ini tiada berpenghuni dan dipenuhi dengan hutan nipah.

Bahan asas pembinaan taman ini secara keseluruhannya menggunakan bahan buatan tempatan. Kira2 65% pembinaan menggunakan kepakaran tukang tempatan manakala selebihnya menggunakan khidmat profesional pakar pertukangan daripada luar negara. Ia merangkumi Masjid Kristal dan kawasan perumahan khas untuk imam dan bilal. Taman Monumen Islam, cruise dan pusat konvensyen antara daya tarikan, begitu juga dengan pusat komersial2 yang lain. Pembinaannya diatas tanah seluar 33 hektar dan menelan belanja RM249.3 juta. Dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 03 Februari 2008.

Bagi yang teringin mengunjungi Taman Monumen ini, pembayaran tiket di kenakan kepada setiap pengunjung. Kemudian pengunjung akan diberi passport mengikut klasifikasi umur masing2. Dengan adanya passport, pengunjung akan dapat diskaun untuk lawatan ke dua, ketiga dan seterusnya seperti Tram Ride dan Bicycle Ride percuma serta diskaun untuk sewa Buggy. Tidak perlu buang passport tersebut jika masih ada keinginan untuk berkunjung lagi di sini. Tidak begitu sukar untuk masuk ke dalam taman ini. Ada ruang untuk berehat santai di dalam sebelum pengunjung menjelajah taman ini sama ada berjalan kaki atau menaiki kenderaan yang disediakan pihak taman. Jauh juga perjalanan memandangkan keluasan monumen ini lebih kurang 800 meter.

1. Makam Abu Nasr Parsa di Afghanistan

Dibina pada abad ke 17 dalam gaya Timurid. Antara ciri menarik makam berbentuk oktagon ini adalah dua tiang berpusing di hadapannya serta dinding,kubah,menara dan kaligrafi yang diperbuat dari mozek biru. Ciri2 ini memberi gambaran kepada generasi bahawa kerja2 yang unik dan bernilai ini telah berjaya dihasilkan oleh orang Islam di zaman lampau. Makam yang terletak di tengah2 Balkh Central Park ini dibina bagi mengabdikan jasa ahli teologi terkemuka, ketua dan tokoh agama terkenal Herat Afghanistan iaitu Khwaja Abu Nasr Parsa.

2. Masjid An Nabawi di Arab Saudi

Masjid Nabawi adalah salah satu masjid terpenting yang terdapat di Kota Madinah, Arab Saudi. Ia di bina  oleh Nabi Muhammad saw dan menjadi tempat makam baginda dan para sahabatnya. Ia juga dibina di atas tapak rumah Nabi Muhmammad SAW. Merupakan masjid pertama selepas berhijrah ke Madinah dan yang  kedua dibangunkan oleh Rasulullah saw setelah Masjid Quba yang didirikan dalam perjalanan hijrah beliau dari Mekkah ke Madinah sebagai pusat pemerintahan dan perniagaan bagi Madinah dan dunia Islam keseluruhannya.

3. Menara Kalyan Minaret di Uzbekiztan

Menara ini telah dibina pada tahun 1127 M oleh Arslan-Khan. Menara yang diperbuat daripada bata yang dibakar ini merupakan contoh kejuruteraan awam dan rekaan senibina yang sempurna. Selain dijadikan tempat pak bilal melaungkan azan, ia juga dijadikan untuk menghukum orang2 yang melakukan jenayah berat. Caranya pesalah dibawa ke puncak menara dan di tolak jatuh. Ia dibina 2 kali kerana menara pertama telah runtuh akibat kerja2 tapak yang tidak sempurna.Menara ini merupakan contoh struktur dan binaan terbaik pada zaman tersebut. Menara ini juga digunakan sebagai rumah api dan menara tinjau untuk mengelak serangan musuh.

4. Great Mosque of Agadez di Niger

Masjid yang diperbuat daripada tanah yang dikeringkan dibina pada abad ke 16 pada zaman kegemilangan Agadez. Ia mempunyai menara berbentuk piramid dengan 13 baris perancah kayu untuk mengukuhkan strukturnya dan dijadikan sebagai pemijak sekiranya memerlukan kerja2 menampal tanah liat yang gugur atau tertanggal. Rasionalnya, di Nigeria jarang hujan dan masjid dari tanah liat ini meredupkan suasana dan menyejukkan suhu.  Masjid ini terletak di daerah Air Massif di tengah2 Negara Niger. Dari segi bahan binaan masjid ini agak unik kerana diperbuat dari kayu dan lumpur,sebagaimana bangunan tradisional Benua Afrika. Bahan binaan ini masih kekal sehingga kini

5. Aleppo Citadel di Syria

Dianggarkan dibina pada abad ke 10 SM di atas sebuah bukit di Syria, kota ini membuktikan kecanggihan teknologi umat Islam pada masa tersebut.  Kota Aleppo adalah sebuah kota yang dibina umat Islam dahulu di atas sebuah bukit di Syria.

6. Great Mosque of Qairawan di Tunisia

Dibina pada 670 M oleh Uqba ibn Nafi, ia merupakan monumen Islam tertua di Tunisia. Hari ini, setelah dibina semula sebanyak tiga kali, masjid ini melambangkan kesamarataan di Qairawan. Bentuk dan saiz masjid ini menekankan ciri2 persaudaraan dan keikhlasan. Di dalam masjid yang sebegini besar semua aktiviti dan permasalahan dapat diselesaikan termasuk pemerintahan,pembelajaran dan ketenteraan.

7. Masjid Kul Sharif, Kazan di Rusia 

Pernah dibiarkan musnah, pembinaan semula masjid ini dijalankan setelah kejatuhan Soviet Union. Ia merupakan sorotan 1,000 tahun sejarah panjang Kazan dan rekabentuknya mengimbas kembali persekitaran bersejarah di zaman Kremlin.  Masjid ini dibina bagi mengenang jasa dan perjuangan seorang guru serta muridnya yang gigih mempertahankan diri dari serangan "ivan The Terrible". Walaupun telah berusaha mempertahankan mereka,Guru Kul Sharif dan kesemua anak muridnya telah dibunuh oleh "Ivan The Terrible". Masjid ini telah dibina pada tahun 1996 setelah kejatuhan Empayer Soviet.

8. Masjid Suleyman DI Turki

Masjid ini dibina pada tahun 1557M, di zaman Empayar Ottoman dalam tahun ke 46 pemerintahan Sultan Suleyman. Ia menempatkan infirmari, sekolah perubatan, hospital, kedai, penjara dan tempat penyimpanan senjata.  Masjid ini direkabentuk berdasarkan ciri2 yang terdapat pada Masjid Sultan Ahmad (Blue Mosque) di Turki. Ia juga direkabantuk oleh arkitek yang sama iaitu Sinan, Arkitek Agung di zaman pemerintahan Khalifah Othmaniah. Masjid ini dinamakan sedemikian berdasarkan nama Sultan Suleyman yang memerintah Turki dari tahun 1520 Masihi hingga 1566 Masihi.

9. Masjid Mohamed Ali di Egypt Mesir

Juga dikenali sebagai Masjid Alabaster berikutan penggunaan bahan ini dengan banyak di dalam pembinaannya. Masjid ini dibina oleh Mohammed Ali yang pada zaman pemerintahannya dianggap zaman pembaharuan Mesir.  Masjid Mohammad Ali terletak di Wilayah Al-Qalaa di Kaherah,Mesir. Ia direkabentuk oleh arkitek Greek yang bernama Yussuf Bushnaq. Rekabentuknya berdasarkan ciri2 yang terdapat pada Masjid Sultan Ahmad (Blue Mosque) Turki. Ia mula dibina pada tahun 1246 Masihi dan siap pada tahun 1265 Masihi. Ia dinamakan sempena nama pemerintah yang memerintah Mesir selama 45 tahun.

10. Sheikh Lutfallah Mosque, Iran

Merupakan satu contoh senibina Islam yang terbaik dan dahulunya digunakan sebagai masjid diraja. Dibina pada abad ke-17 oleh Sheikh Lutfallah Masi Al-Amili, seorang cendekiawan dan tokoh agama terkenal.  Masjid ini mula dibina pada tahun 1602 Masihi semasa pemerintahan Dinasti Safavid. Keistimewaan masjis ini adalah penggunaan jubin biru yang memenuhi kawasan pintu masuk ke masjid. Ini menjadikan ianya contoh terbaik senibina Islam.

11. The Palace of Al-Hambra, Granada, Spain

Al-Hambra (istana merah) merupakan istana purba dan kompleks kubu yang dibina di antara tahun 1238-1354 M di bawah pemerintahan Mohammed Bin Ahmar, raja Nasrid pertama.  Kota Al Hambra adalah sebuah kubu dan istana kesultanan Moorish di Granada. Ia bermula dengan sebuah masjid yang dibina semasa pemerintahan awal Islam Sepanyol. Di antara tahun 1238-1354 Masihi,istana kerajaan Islam Sepanyol dibina di kota ini. Dengan terbinanya istana inilah menjadikan Al Hambara terkenal sehingga hari ini. Terdapat 4 pintu masuk utama ke kota ini dan terdapat beberapa dewan besar di dalam keseluruhan kota. Dinding2 dalaman dipenuhi "stucco calligraphy" kalimah2 memuji Ilahi. Terdapat juga taman2 indah yang dihiasi ciri2 alam semulajadi seperti pokok,air dan haiwan. Replika yang dibina di TTI adalah sebahagian dari Kota Al Hambra yang luas keseluruhannya terlalu besar untuk dibina disini

12. Taj Mahal di Agra, India

Taj Mahal, Agra, India telah dibina oleh Maharaja Mughal kelima, Shah Jahan bagi mengenang kisah cinta abadinya dan sebagai simbol kasih sayang terhadap isterinya, Mumtaz Mahal. 4 menara di sekeliling Taj Mahal itu dibina sebagai lambang 4 janji Shah Jahan kepada isterinya Mumtaz. Taj Mahal merupakan sebuah istana dan makam yang dibina bagi mengenang kisah cinta abadi diantara Shah Jahan dan isterinya Mumtaz Mahal.Ia mula dibina pada tahun 1631 Masihi dan mengambil masa 22 tahun untuk disiapkan. Ciri2 pentig yang dapat dilihat disini ialaha keunikan senibina,bahan2 binaan yang unik,batu2 berharga yang dipasang untuk mencantikkan kemasannya serta keindahan taman yang dibina dihadapan bangunan tersebut.

13. Masjid Negara, Malaysia

Masjid ini dibina pada tahun 1965 sebagai tanda penghormatan terhadap Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Bumbung utama merupakan lambang payung diraja yang terbuka dan menaranya pula adalah payung tertutup.  Masjid Negara telah dibina pada tahun 1965 bagi memperingati perjuangan dan jasa2 Perdana Menteri Malaysia pertama iaitu YAB Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam memerdekakan Tanah Melayu daripada jajahan British. Bangunan yang dibina selepas merdeka ini mempunyai ciri2 yang menunjukkan kemajuan dan kebebasan. Ciri2 ini ditonjolkan melalui rekabentuk dan bahan2 binaan yang digunakan. Ciri2 menarik masjid ini adalah kubahnya yang diperbuat dari konkrit berbentuk payung terbuka dan menara yang berbentuk payung tertutup. Payung merupakan simbolik kepada perlindungan dan kebebasan. Masjid ini mampu memuatkan 15000 jemaat pada satu2 masa.

14.Badshahi Mosque, Lahore, Pakistan

Ia merupakan masjid yang terbesar pada zaman tersebut. Mengikut sejarah ianya boleh memuatkan sehingga 65,000 orang jemaah.  Masjid ini telah dibina pada tahun 1673 Masihi oleh Maharaja Aurangzeb Alamgir semasa zaman kegemilangan kerajaan Mongol. Ciri2 utama yang membentuk masjid ini ialah pintu masa yang dibina mengikut cara Mongol, minaret bersegi lapan dan laman dalaman yang luas.

15. Pattani Central Mosque, Thailand

Masjid ini dibina pada tahun 1954 Masihi semasa pemerintahan Field Marshal Sarit dan mengambil masa 9 tahun untukdisiapkan. Ia terletak di Wilayah Muang di Pattani berhampiran jalan utama antara Yarang dan Pattani. Masjid ini merupakan masjid terbesar dan tercantik di Thailand dan menjadi pusat utama kepada penduduk Islam di Thailand. Masjid ini menyerupai rekabentuk Taj Mahal. Ia merupakan tumpuan utama penduduk Islam Thai dan menjadi pusat untuk upacara keagamaan.16.

16.  MasjidilHaram Mosque, Mecca, Saudi Arabia

Dibina pada tahun 692 M di bawah naungan Khalifah Umaiyah Abdul Malik Ibn Marwan. Ia menyemadikan batu suci di atas Gunung Moriah dan untuk memperingati perjalanan Nabi Muhammad SAW untuk bertemu Allah. Masjid ini menempatkan tempat paling suci bagi semua umat Islam, iaitu Kaabah yang bermaksud "tempat tertinggi yang terhormat dan berprestij". Bangunan asal masjid dibina menggunakan batu biru yang terdapat di Lembah Hijjaz. Sebagaimana yang diketahui ramai,sejarah Masjidil Haram terutamanya Kaabah telah bermula dari zaman Nabi Ibrahim AS lagi. Walaubagaimanapun pembinaan bangunan masjid itu sendiri hanya bermula pada zaman Khalifah Omar Al-Khattab RA iaitu sekitar tahun 639 Masihi. Sejak dari zaman tersebut bangunan masjid telah ditambah sedikit demi sedikit sehingga bentuknya yang dapat kita lihat pada hari ini.

17. Great Mosque of Samarra, Iraq

Masjid ini dibina semasa pemerintahan Khalifah Abasiyyah Al-Mutawakkil pada abad ke-9. Berdiri dengan megahnya di dalam bandar tertua di dunia, salah satu keunikannya ialah Menara Berpusing yang terletak di bahagian utara masjid ini. Uniknya, pak bilal akan menaiki kuda untuk naik ke puncak dan melaungkan azan.  Masjid ini telah dibina pada tahun 842 Masihi dan dibina di Kota Samarra yang merupakan salah satu dari empat kota suci Iraq dan dianggap kota lama yang terbesar di dunia. Semasa kurun ke-9 masjid ini merupakan masjid terbesar didunia yang boleh menempatkan sehingga 80,000 jemaah pada satu masa2. Replika yang dibina di TTI ini adalah menara berpusing Menara Malwira yang terletak dibahagian utara Masjid Besar Samarra.

18. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin,

Masjid ini dinamakan bersempena nama Sultan Brunei yang ke 28 dan dibina pada tahun 1958. Ia direka oleh seorang arkitek Itali. Struktur kubah emas masjid ini merupaan binaan tertinggi di Brunei.  Masjid ini dibina berhampiran Sungai Brunei dan dibina menggunakan bahan2 binaan terbaik di dunia seperti marmar dari Itali, granit dari China dan lampu hiasan dan cermin bercorak dari England. Kubah utamanya dipercayai dipercayai diperbuat daripada emas tulen. Ia menjadikan masjid ini antara yang tercantik di dunia.

19. Xian Mosque, China

Masjid ini didirikan pada 1392 M oleh Laksamana Haji Cheng Ho pada zaman dinasti Tang. Walaupun masjid ini kelihatan seperti kuil Buddha, tetapi kedudukannya adalah mengadap kiblat. Ciri unik masjid ini ialah "Menara Kaji Diri" yang terletak di tengah2 lama ketiga. Xian Mosque, China. Replika yang dibina di TTI ini merupakan menara yang terletak di tengah kawasan Masjid Besar Xian.

20. Masjid Kudus Al-Minar, Central Java, Indonesia

Dibina pada tahun 1549 oleh Sunan Kudus (Ja'far Shodiq). Rekabentuk masjid ini bercirikan Hindu dan Jawa. Paling ketara adalah menaranya yang berbentuk seperti Chandi yang kebiasaanya ditemui di kawasan kuil Hindu. Ia terletak di daerah Kudus,Wilayah Semerang, Jawa Tengah, Indonesia. Ciri2 yang menarik pada masjid ini ialah menara yang diperbuat daripada batu2 gunung berapi. Menara berbentuk seperti candi yang biasa terdapat di kawasan kuil Hindu.

21. Kubah As Sakhrah (Dome Of The Rock) Baitul Muqqaddis, Palestin

Dibina pada tahun 692 M di bawah naungan Khalifah Umaiyah Abdul Malik ibn Marwan. Ia menyemadikan batu suji di atas Gunung Moriah dan untuk memperingati perjalanan Nabi Muhammad SAW untuk bertemu Allah. Kubbah As-Sakhrah,  Bangunan Kubah As-Sakhrah (Dome Of The Rock) telah dibina pada tahun 692 Masihi di kawasan Haram Al-Sharif bagi melindungi batu terapung yang menjadi tempat Nabi Muhammad SAW berpijak sebelum Mikraj ke langit. Ciri2 penting yang dapat dilihat pada bangunan ini adalah replika batu terapung itu sendiri serta kesenian kerja2 jubin dan kaligrafi dari Surah Yassin dan Surah Al-Israq.

22. Masjid Sultan di Singapura

Terletak di kawasan kampung Glam, Singapura.Merupakan sebuah masjid yang terpenting di negara itu. Terkenal dengan kubah emas yang terletak diatas botol minuman yang didermakan oleh masyarakat setempat. Masjid ini asalnya dibina oleh Sultan Hussain Johor. Pembinaan dijalankan antara 1824 dan 1826, dan dana yang datang dari East India Company. Ia telah dibina semula oleh pemegang amanah masjid pada tahun 1924, selepas struktur asal mengalami kerosakan.

Daripada 22 buah monumen ni,terdapat 5 monumen interaktif. Maksudnya monumen ini mempunyai ruang pameran dan bilik tayangan. Monumen2 ini adalah Masjid Negara, Taj Mahal, Kubah As-Sakhrah, Al Haram dan Al Hambra. Mini studio ini menyediakan lebih kurang 60 tempat duduk. Monumen Masjidil Haram, teater yang sedia ada dinaiktaraf kepada 3D yang dikenali sebagai Virtual Hajj. Pengunjung berpeluang merasai pengalaman virtual haji/ jemaah haji secara lebih teliti.

Berikut adalah alamat Taman Tamadun Islam :

Taman Tamadun Islam

Pulau Wan Man

Losong Panglima Perang

21000 Kuala Terengganu

Terengganu

Pelbagai pengangkutan awam disediakan seperti teksi dan juga bas bandaraya. Pelawat juga boleh menggunakan bot penambang dari jeti Shahbandar ke jeti Tok Ku Paloh, yang terdapat di taman itu.

Harga tiket :

Dewasa - Rm 15.00

(13 tahun- 59 tahun)

+ Beserta pasport dan baucer makan bernilai Rm 3.00

Kanak-kanak- Rm 8.00

(7 tahun - 12 tahun)

+ Beserta pasport

percuma untuk kanak2 berumur 6 tahun ke bawah

Warga Emas - Rm 8.00

(60 tahun keatas)

+ Beserta pasport

TTI turut perkenalkan TTI Privilege Card kepada pengunjung. Keterangan lanjut, hubungi talian 09-627 8888. Faks: 09-630 9020. Boleh juga hubungi Pejabat Tourism Malaysia Terengganu di talian : 09-622 1433 / 1893.

sewa basikal = RM5

Tram - Dewasa / Kanak2 = Rm 3.00

Kanak2 kurang 7 thn = percuma

Buggy - 3 penumpang = Rm 35.00 (1 jam)

5 penumpang = Rm 45.00 (1 jam)

7 penumpang = Rm 45.00 (1 jam)

10 penumpang = Rm 70.00 (1 jam)

Taman Monumen ini dibuka dari pukul 9 pagi sehingga pukul 6 petang.

p/s : punyelah lama terperam entri, at last berjaya juga post ari ni...apelagi....jom cuti2 malaysia lah kalau nk bercuti ke dalam negara kan???

Related Articles :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads