Ahad, 25 Mac 2012

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


It&#39;s Mine..: KERJA KOSONG <b>DI KUALA TERENGGANU</b>

Posted: 17 Mar 2012 09:51 PM PDT

Bukan nak iklan kerja kosong..tapi nak mintak tolong korang carikan kerja kosong untuk aku ni. Penat dah mencari ruang2 kosong..nak try kerja kat tempat lain. Aku ni dah tak larat nak kerja kat sini lagi. 6 hari seminggu..dari 8am-5pm! Fuh..banyak masa di abiskan kat pejabat dari rumah tau!

Gaji tu bukan keutamaan aku. Kalau dapat kerja 5 hari seminggu dah bersyukur. At least dapatlah lebihkan masa untuk waiz & baby yang bakal lahir nanti. Rasanya waktu kerja kat ofis aku ni dah tak relevan lagi. Kebanyakkan pekerja dah berkahwin..ada anak, family..penat tau kena datang kerja hari sabtu.

Time cuti hari jumaat tu..kelam kabut buat kerja rumah. Still kena bangun pagi, masak, basuh baju..kemas rumah. Mane nak layan suami..anak lagi..fuh. Hari cuti pon tak macam cuti..lagi penat dari hari biasa. Sedihnyaaa...

Sorilah kawan2..tetiba terrrremosi pulak hari ni. Tak de mood nak kerja..asyik meng-google kerja kosong tapi tak ada pulak. Jumpa kat ELX tadi..tapi kat Kemaman lah pulak. 

Orang yang nak menggantikan tempat aku time cuti bersalin nanti pon tak jumpa2 lagi. Bulan April nanti baru TESDEX bagi jawapan pasal budak T-GAS..huhu. Kalau aku terrrrberrrsalin awal, nasib lah yer..hai hai bye bye.

p/s: sesiapa yang ada info kerja kosong kat KT..bagi tau lah yer.

Sincerely...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads