13 di pulau redang - Google Blog Search |
<b>Pulau Redang</b>, Terengganu | Backpackers.My Posted: 05 Jan 2012 09:23 AM PST Hi! Kali ni kita ke Pulau Redang, Terengganu. Untuk ke sana, terdapat 3 alternatif:
Kali ni kami berbackpack menaikki kereta. Perjalanan mengambil masa kira-kira 5 jam. Gerak dari KL pukul 2.30 pagi dan sampai di Jeti Shah Bandar, Kuala Terengganu pukul 7.00 pagi. Untuk ke Jeti, tidak susah, kerana terdapat banyak signboard disepanjang jalan. Landmark adalah Pusat Pentadbiran dan Pasar Payang. Kalau naik flight atau bas, pihak resort akan fetch di terminal bus dan airport. Kat Jeti Shah Bandar ada parking disediakan. InsyaAllah selamat. Parking 4 hari, RM30. Murah dan alhamdulillah, keselamatan terjamin! Boat gerak ke Pulau 9.30 pagi (leh la lepak dulu makan nasik dagang kat Pasar Payang – sebelah jeti je) dan mengambil masa 1 jam 40 minit. Jauh. Silalah makan pil tahan muntah. Tambang boat/feri dah join sekali dalam harga penginapan. Boat/feri adalah kepunyaan resort. So, tak perlu berebut dan sangat selesa. Sepanjang berada didalam feri, dapatlah melihat permandangan Kuala Terengganu dan pulau-pulau kecil. Super cantik ok! Lokasi peranginan kali ini adalah Laguna Resort, Redang. Kalau nak jimat, silalah ambil package. Kami pergi 4 hari 3 malam. Kalau nak jimat, ambil package 3D2N dan add 1 malam. Complete breakfast, lunch and dinner. Makanan yang disediakan berbentuk buffet. Menu bertukar setiap hari. Pilihan sangat banyak dan sedap. So, pasal makan… tak perlu risau! Seafood memang sangat fresh. Di Laguna Resort, service dorang terbaik. Jadual snorkeling, lokasi dan timing semua dorang susun dengan baik. Untuk snorkeling, sehari ada 3 sesi. Boleh pilih waktu mana anda nak pegi, atau boleh pegi tiap-tiap sesi. Tempat snorkeling ditukar setiap sesi. Jangan lepaskan peluang snorkeling di Taman Marin Pulau Redang. Banyak ikan dan terumbu karang cantik. Jika tak tau berenang, atau baru ingin mencuba, jangan risau, pihak resort sentiasa menyediakan Life Guard. Mereka ni, sentiasa berenang dalam air, menjaga pengunjung. Selain daripada aktitivi snorkeling, boleh la lepak-letak dan mandi manda dipantai yang sangat jernih atau di swimming pool. Jangan lupa membeli cerderahati dikedai MO-MO Tea yang terkenal. Sammi Cheung berlakon kat situ. Aktiviti malam sangat happening. Ada live band, ada snuker, dart atau just jalan-jalan sepanjang pantai. Ada cafe untuk pekerja, dimana kita pun leh lepak pekena teh tarik. Harga murah berbanding lepak di cafe kepunyaan resort. Untuk maklumat lanjut tentang Laguna resort, sila layari: Terdapat juga resort-resort lain yang menawarkan harga yang lebih murah. Laguna resort agak mahal, tapi servis mereka so far, sangat memuaskan! Info/Tips:
Selamat berbackpack! |
You are subscribed to email updates from di pulau redang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan