Jumaat, 17 Februari 2012

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search


teganuku: Promosi Tarik Pelancong Indonesia ke <b>Pulau Redang</b>

Posted: 17 Feb 2012 09:46 AM PST

Sejajar dengan penekanan Malaysia untuk mempromosi pelancongan gaya hidup mewah serta mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE) pada tahun ini, Tourism Malaysia di sini mengintensifkan kempennya untuk menarik lebih ramai pelancong Indonesia melalui pelbagai program promosi.

Pengarah Tourism Malaysia di Indonesia Jamil Darus, kelmarin menganjurkan program Travex di Balik Papan, Kalimantan Timur, iaitu suatu acara yang mempertemukan 13 pengusaha hotel dan agensi pelancongan Malaysia dengan 60 agensi pelancongan dari Balik Papan dan Samarinda.

Pada masa yang sama di Jakarta, satu seminar pelancongan diadakan di Kedutaan Besar Malaysia bagi mendedahkan kepada agensi pelancongan Indonesia serta media tempatan kepada percutian mewah yang tersedia di Bukit Tinggi, Pahang iaitu The Cheteau, Spa and Organic Wellness Resort dan Colmar Tropicale, sebuah pusat peranginan yang bertemakan perkampungan Perancis.

Ia juga mendedahkan mereka kepada kemudahan percutian mewah yang disediakan di The Taaras Beach and Spa Resort, di Pulau Redang, Terengganu.

Hari ini Jamil meneruskan program dengan acara promosi pelancongan Malaysia di sebuah sekolah elit di Balik Papan mengenai pelbagai kemudahan percutian di pusat-pusat peranginan Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads