Jumaat, 17 Februari 2012

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Besarkan Perut <b>di Kuala Terengganu</b> | Pen Merah

Posted: 01 Feb 2012 08:36 PM PST


assalamualaikum61 Besarkan Perut di Kuala Terengganu

IMG 0678 Besarkan Perut di Kuala Terengganu

Selama berbulan aku tak balik Terengganu, akhirnya last minute punya plan  sampai jugak aku kat negeri tercintee. Ecehhh, mengada betul! Kahkahkah! Benda pertama dalam kepala nak carik kedai makan tapi sudahnya banyak sangat list, aku pergi aje kedai yang driver bawakkan. Lama sangat tak balik sampaikan semua makanan aku nak try nak singgah nak beli macam orang gila shopping padahal tak sedar diri tengah berdiet. Wuwuwuuuuu.

Kalau keluar dengan kawan – kawan mesti dorang dah faham sesangat dengan perangai aku mesti nak Nasikkkk! Dah nama duduk kat pantai Timur anak tekak aku mesti wajib makan nasi walaupun on diet. Dulu aku tak suka ikan tapi sekarang pergi restoran mesti carik ikan dulu sebelum pilih ayam. Kalau dulu, ikan tu pilihan last aku amek. Dah terbalik pulak sekarang!

IMG 0682 Besarkan Perut di Kuala Terengganu

Tapi part yang best bila dapat keluar dengan ni haaa kazen aku budak bernama Reen. Dah selalu sangat plan nak makan sesama nak jumpa bila balik tapi biasalah aku ni janji tinggal janji aje sudahnya. Abaikan muka aku yang kusam sebab baru lepas merempit dari kl agak poyo di situ tapi fokuskan pada kazen aku aje la ye sebab dia cantik. Jangan comparekan aku dengan dia sebab macam langit dengan bulan. Muahahahaaaa.

IMG 0680 Besarkan Perut di Kuala Terengganu

Apa kena mengena dengan lauk ni? Baidewey, lauk ni adalah untuk peneman aku yang sedang bina badan. Nasi yang sikit tapi protein yang lebih. Dulu aku bet Rm200 dengan dia tapi takde sape yang menang sebabnya dua – dua dah kurus. Tahniah sebab kau dah kurus tapi jeles bila tengok badan dia yang semakin fit dan tak boroi dah. Malas nak cakap depan – depan nanti tak larat aku nak tengok hidung dia yang non stop kembang kempis.

P/s: Semalam aku beli kepok lekor sampai beratus – ratus punya banyak. Hari ni kerja aku nak pergi hantar delivery pulakkk! Rajinnya aku sekarang. Kahkahkah!

Hot FM BIG JAM <b>di Kuala Terengganu</b> | Sensasi Selebriti

Posted: 16 Feb 2012 08:56 PM PST

KEMBALINYA KEHANGATAN Hot FM BIG JAM

Meniti 6 tahun di arus penyiaran radio pada 6 Febuari 2012, ternyata stesen radio pilihan utama bagi kategori 35 tahun ke bawah ini terus relevan dengan menyajikan pelbagai pengisian bersifat peribadi kepada pendengarnya. Terbaharu, Hot FM Klate dan Hot FM T'Ganu di lancarkan pada 2 Januari 2012, sejajar dengan acuan khas khusus untuk pendengar di Pantai Timur.

Satu produk yang telah menjadi buah mulut pencinta muzik tempatan kini kembali. Hot FM BIG JAM, telah di angkat menjadi satu jenama yang sinonim setiap kali ulangtahun Hot FM. Konsert yang bertujuan untuk mengungkap rasa jutaan terima kasih kepada pendengar Hot FM atas sokongan mereka selama ini bakal di realisasikan pada 10 MAC 2012 bertempat di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu.

Kenapa Kuala Terengganu?

Sebelum ini Hot FM BIG JAM telahpun melabuhkan jenama itu di Dataran Shah Alam (2007), Dataran Petaling Jaya (2008), Danga Bay, Johor Bahru (2009) dan Pulau Pinang (2010. Pantai Timur merupakan satu-satunya kawasan yang belum di singgah oleh Hot FM BIG JAM. Malah, selari dengan usaha untuk mempromosikan Hot FM T'Ganu dan Hot FM Klate, Dataran Syahbandar yang terletak di Kuala Terengganu merupakan lokasi paling sesuai untuk menyambut ulang tahun ke enam Hot FM.

Lantunan Vokal Hangat Oleh?

Barisan artis muda, senior serta serantau kali ini di himpunkan bagi memenuhi citarasa setiap pendengar.

Bagi konsert bahagian pertama pada jam 4.30petang hingga 6.30petang, Hafiz AF, Alyah, Sofazr, Ally AXL's, Zamani Slam, Amir Ukays dan Najwa Latif bakal menyerikan pentas Hot FM BIG.

Kemunculan Spider dan Ella sudah pasti akan memanaskan konsert kedua yang bermula pada jam 8.45 malam. Apatah lagi dengan kehadiran band rock otai, XPDC dan vokal bertenaga Black, sudah pasti pengunjung tidak akan duduk diam. Turut mengisi kekosongan artis serantau, Nidji dari Indonesia turut di undang untuk memeriahkan lagi konsert Hot FM BIG JAM nanti.

Pastinya turut sama adalah barisan penyampai Hot FM seperti Fara Fauzana, Faizal Ismail, AG, Usop, Leya, Kieran, Ikhwan, Suraya, Chad dan Deen. Tidak ketinggalan penyampai baharu daripada Hot FM Klate iaitu Shaz, Fizie, Farid dan Renny serta 4 daripada Hot FM T'Ganu iaitu Ain, Bell, Rafly dan Azri.

big jam

KOLABORASI HANGAT Hot FM DAN TV9

Hot FM sentiasa mencari peluang untuk berkolaborasi dengan pelbagai platfom demi mendapatkan hasil yang terbaik. Tahun lalu dua jenama ini memulakan kolaborasi melalui penghasilan album raya yang bertajuk Hangatnya Raya di Hatiku, album yang menggandingkan para penyampai Hot FM dan juga adik-adik dari Idola Kecil. Gandingan itu menjadi dan terkini, program Kaki Bola di pertaruhkan untuk pendengar dan penonton dua stesen itu.

Dan tahun ini, buat julung kalinya, Hot FM BIG JAM akan di pancarkan secara langsung di televisyen bermula jam 9.30 malam nanti. Selain itu, TV9 dan Bot FM juga akan membuka gerai bagi mempromosikan pelbagai program, barangan eksklusif serta aktiviti "on ground"

Selain itu, siaran langsung tersebut juga boleh di tonton di laman web rasmi Hot FM pada waktu yang sama.

Frekuensi radio Hot FM seluruh negara pula akan menyiarkan konsert tersebut juga secara langsung daripada jam 4.30 petang hingga 6.30 petang dan 9.30 malam.

Jadi jangan lupa, catatkan tarikh ini di mana saja yang membolehkan anda mengingati Hot FM BIG JAM 2012 – 10 MAC 2012, Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu dari jam 2 petang hingga lewat malam.

Apakata kata Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Radio Media Prima

"Sukar untuk menggambarkan perasaan kami sepanjang 6 tahun beroperasi di bidang penyiaran radio tempatan. Setiap komen konstruktif kami ambil kira untuk memenuhi citarasa pelbagai lapisan pendengar dan terus kekal relevan di telinga mereka. Hot FM BIG JAM kembali tahun ini adalah untuk menunjukkan rasa penghargaan kami kepada mereka semua serta secara tidak langsung membantu menghangatkan industri muzik secara amnya."

"Sempena ulangtahun ke 6 ini juga Hot FM, Hot FM semakin memantapkan radio di pelbagai platfom seperti Android, Blackberry dan Iphone."

ATURCARA

2.00 petang – 4.30 petang Acara santai dan games bersama Hot FM Zoomerz

Booth TV9 dengan pelbagai aktiviti "on ground" dan promosi

Booth Hot FM dengan jualan barangan eksklusif Hot FM

Siaran luar Hot FM bersama penyampai Hot FM

4.30 petang hingga lewat Konsert Hot FM BIG JAM 2012 bermula

Hot FM, Lebih Hangat Daripada Biasa

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • The Fabulous Cats ABP Berita Harian Road Tour Kuala Terengganu
  • Pesta Negeri Terengganu di Menara Kuala Lumpur
  • Pesta Negeri Terengganu di Menara Kuala Lumpur
  • Konsert SEARCH Di Awan Biru di Kuala Terengganu Ditunda
  • Karnival Sua Rasa TV9 Kuala Terengganu
  • PILIHAN RAYA KECIL / PILIHAN RAYA PENENTU: KUALA TERENGGANU
  • SESI ROAD TOUR LELONG AMAL SURIA FM DI KUALA TERENGGANU
  • Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011
  • Dokumentari Dari Kuala Ke Kuala Ajak
  • Nor Radhiah Ramli Dakwa Masih Isteri Aziz M. Osman?
  • Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    ads