Jumaat, 17 Februari 2012

13 di kuala besut - Google Blog Search

13 di kuala besut - Google Blog Search


196 dipindahkan akibat ombak besar <b>di Kuala Besut</b> | Broadcast.my

Posted: 11 Dec 2011 09:05 PM PST

196 dipindahkan akibat ombak besar di Kuala Besut

12/12/2011 12:53pm

BESUT 12 Dis. – Seramai 196 orang daripada 41 keluarga yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Pengkalan Atap dekat Kuala Besut di sini terpaksa berpindah apabila rumah mereka ditenggelami air laut pasang besar serta dipukul ombak setinggi empat meter malam tadi.

Mereka yang terdiri daripada 57 lelaki dewasa, 65 perempuan dewasa dan 44 kanak-kanak lelaki serta 30 kanak-kanak perempuan itu kini ditempatkan di Balai Raya Pengkalan Atap yang letaknya kira-kira 500 meter dari kawasan terlibat sejak pukul 9 malam tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Dr. A Rahman Mokhtar berkata, kesemua mangsa kini selamat dan telah dibantu oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta dibekalkan selimut dan makanan.

Katanya, air pasang mula berlaku kira-kira jam 8 malam lagi dengan diikuti ombak setinggi antara tiga hingga empat meter menyebabkan kesemua rumah penduduk yang terletak kira-kira 400 meter dari pinggir laut itu mula dimasuki air.

"Keadaan bertambah cemas apabila benteng tanah yang dibina bagi mengelakkan ombak berhampiran perumahan di situ roboh di dua tempat menyebabkan air laut masuk," katanya yang turut melawat tempat kejadian malam tadi dan pagi ini. – Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Short URL: http://broadcast.my/?p=26401

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads