Ahad, 12 Februari 2012

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


It&#39;s Our Street: JAWATAN KOSONG <b>DI PULAU PERHENTIAN</b>

Posted: 12 Feb 2012 03:36 AM PST

JAWATAN KOSONG DI PULAU PERHENTIAN, BESUT TERENGGANU
JAWATAN : WAITER, HOUSEKEEPING, RECEPTION, CHEF, BEACH BOY etc.
KEFASIHAN DALAM BAHASA INGGERIS DIUTAMAKAN
TEMPAT TINGGAL DAN MAKANAN DISEDIAKAN
CONTACT : 09-6972875 / 09-6974982

Cabaran <b>Pulau Perhentian</b> | N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan

Posted: 21 Jan 2012 08:28 PM PST

Cabaran Pulau Perhentian
Lebih Ekstrem!

Pulau Perhentian, Terengganu semestinya sudah tidak asing lagi bagi warga tempatan dan pelancong asing sebagai sebuah destinasi pelancongan tercantik. Hakikat ini terbukti dengan keindahan terumbu karangnya, pasir umpama debu putih yang halus dan paling utama sekali adalah kejernihan air lautnya umpama kristal! Terlalu indah dan menenangkan.

Bagi memaksimakan aktiviti pulau indah ini, sebuah syarikat PIC Adventures Sdn. Bhd dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu telah menganjurkan Perhentian Island Challenge pada bulan Oktober lepas. Untuk tahun ke-8 ini, banyak perubahan dari segi laluan pastinya lebih lasak! Para peserta pun bertambah dan semestinya mengejar hadiah yang lumayan berupa wang tunai keseluruhan berjumlah RM 47, 550.00.

Sejak tahun 2004 lagi temasya ini dianjurkan, saban tahun para peserta bertambah dan pelbagai negara mulai menyertainya. Sebanyak 3 kategori di pertandingkan iaitu Kategori Elite, Kategori Novince dan Kategori Kampung.

Untuk kategori Elite, para peserta dikehendaki meredah hutan di Pulau Perhentian Besar mengikut Checkpoint yang diberi. Kemudian peserta dikehendaki berenang ke Pulau Perhentian Kecil sejauh 800 meter dan meredah hutan kembali. Jarak keseluruhan hutan untuk kedua-dua pulau tersebut ialah 24km dan berenang 800 meter.

Untuk kategori Novice pula, para peserta dikehendaki mengililingi Pulau Perhentian Kecil sahaja sejauh 14km. Sebanyak 11 buah negara bertanding dan paling ramai ialah dari negara Malaysia iaiti 161 peserta. Selain itu terdapat juga negara lain seperti England, Taiwan, Nigeria, Singapore, America, Perancis, Kenya, Jerman, Filipina dan Czech Republik dengan keseluruhan peserta seramai 242 orang termasuk Malaysia.

Golongan OKU Tidak Ketingalan
Julung kalinya tahun ini, terdapat seorang peserta kurang upaya menyertainya iaitu En. Mohd Sabki Ariffin. Baginya, sungguhpun kehilangan tangan kirinya akibat kemalangan, ia tidak mematahkan semangat juangnya untuk membuktikan warga sepertinya mampu melakukan yang lebih baik setanding orang lain. Lebih hebat lagi beliau memasuki kategori Elite!

Pada jam 9.00 pagi, acara pelepasan dimulakan di perkampungan nelayan Pulau Perhentian Kecil untuk kategori Novince. Bagi peserta kategori Elite, pelepasan dimulakan di Pulan Perhentian Besar. Dengan keadaan cuaca panas dan laut yang tidak bergelora, ia pastinya sukar bagi para peserta menguji ketahanan fizikal dan mental mereka untuk mengharunginya.

Dalam pada itu juga, tidak ketinggalan aktiviti kampung juga diadakan seperti pertandingan memasak buat penduduk kampung nelayan di Pulau Perhentian Kecil. Ini adalah kerana dalam mempromosikan Pulau Perhentian ini, para pengunjung dapat mengetahui pelbagai masakan dan makanan tradisional di sini. Ini dapat merapatkan lagi hubungan antara pengunjung dan penduduk kampung.

Berakit 60km !
Padawan Raft Safari

Cabaran berakit sejauh 60 km di Sungai Semadang bermula! Acara yang berlansung selama sehari itu begitu menarik perhatian ramai pelancong asing dan orang tempatan untuk bertanding buat kali ke-7 tahun ini!

Pelepasan pertama di lakukan di Kampung Timurang, bagi mereka yang berkayak dan berakit. Bukan itu sahaja, sebanyak lima kategori dipertandingkan. Antaranya ialah Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita, Jabatan Kerajaan, agensi Pelancongan dan Hotel dan Kategori Expert. Turut menjadi rebutan ialah gelaran Raja Sungai Semadang yang bakal menjadi juara keseluruhan.

Seramai 466 peserta bertanding atau 126 pasukan telah berentap dengan penuh semangat mengharungi Sungai Semadang, Padawan, Sarawak ini. Penduduk kampung mula membanjiri di setiap tempat flag-off sejak pagi lagi untuk menyaksikan beramai-ramai aktiviti ini.

Sepanjang proses berakit, peserta terpaksa mengharungi laluan sukar dengan dahan-dahan pokok yang kadangkala menghalang laluan. Cabaran paling getir adalah apabila sungai tersebut terlalu cetek, dan ia akan menjadi bertambah sukar kerana terpaksa mengambil masa untuk menolak rakit. Disebabkan susah untuk digerakkan, peserta terpaksa turun dari rakit untuk menolaknya!

Disamping itu, keindahan gunung ganang dan kejernihan air sungai dan batu-batuan di pesisir sungai berbentuk bulat atau pebble stone ini pasti menarik minat orang ramai yang mencintai alam dan kehijauan hutan rimba. Sesekali kelihatan orang kampung bermandi manda membawa anak mereka turun ke sungai, berkemban kain batik sambil membawa baju untuk dicuci antara pemandangan yang sukar ditemui lagi.

Untuk sampai ke checkpoint terakhir iaitu di Kampung Git, ada peserta terpaksa meredah sungai tersebut hingga 6 jam! Begitu jauh dan sukarnya peserta terpaksa harungi. Petang itu juga, majlis penyampaian hadiah dan ucapan yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia, Dato' Dr. James Dawos Anak Mamit dan Cr. Isabell Julau Mejat selaku Pengerusi Pengelola Padawan Raft Safari.

Hadiah-hadiah keseluruhan berjumlah RM 24, 450.00 telah dimenangi dan gelaran Juara Raja Sungai Semadang diberi kepada kumpulan BHR Golf. Adalah diharapkan agar banyak lagi promosi diberi supaya penduduk kampung dapat memperkenalkan industri mereka serta menjadikan Padawan Raft Safari ini sebagai tempat tarikan pelancong asing dan tempatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads