13 di kerteh - Google Blog Search |
propertywaltz.com: The Glades Villa - projek baru <b>di Kerteh</b> Posted: 22 Nov 2011 07:40 AM PST
jauh ke pantai timur di Kerteh, Terengganu Sabtu minggu terdahulu saya dijemput menghadiri pre-launch satu projek baru di Kerteh demi projek ni saya sanggup pergi hari ke kerteh! dah lah ahad pagi-pagi saya ada terry fox charity run sudahnya seminggu saya kepenatan... tak dapat tulis cepat pun review projek ni... huhuhu Nama projek ni The Glades Villa projek eksklusif 14 unit rumah semi-D dan banglo terletak di atas sebidang tanah rezab melayu tapi freehold betul2 hampir dengan Kompleks Petronas dan Mesra Mall Ada 3 jenis layout dan saiz Paling murah adalah unit semi-D 2 tingkat setengah ada 9 unit sahaja, memang unit terhad ni keluasan tanah adalah 43'x40' keluasan lantai adalah 3800 sqft ada 5 bilik tidur, 5 bilik air dan 1 bilik attic di tingkat atas Harga bermula dari RM 487,279 Jenis seterusnya adalah unit banglo dua tingkat setengah Unit ini dinamakan Villa Orchid cuma ada 4 unit sahaja, lagi terhad keluasan tanah sama, 43'x40' keluasan lantai pula 3300 sqft ada 6 bilik tidur, 5 bilik air dan 1 bilik attic di tingkat atas Harga bermula dari RM 580, 168 Jenis ketiga merupakan unit banglo dua tingkat setengah juga Unit ini dinamakan Villa Lily hanya ada 2 unit sahaja dan sangat esklusif keluasan tanah 63'x40' keluasan lantai pula 4350 sqft ada 7 bilik tidur, 6 bilik air dan 1 bilik attic di tingkat atas Harga pula bermula dari RM 651,483 Pemaju menawarkan percuma yuran guaman, percuma television 42'' dan percuma pemasangan astro. Untuk booking, pembeli hanya perlu bayar rm1k sahaja.. kemudian bayar baki 10% semasa menandatangi s&p. namun jika ada masalah dengan pinjaman, pemaju bersedia memulangkan semua deposit 10% ni setelah ditolak dengan caj pengurusan. Apa yang saya nampak, rumah-rumah ni memang sangat mewah dengan harga yang jauh lebih murah jika di KL. kalau kat Lembah Kelang ni, rumah teres 2 tingkat setengah pun saya tengok dah 500K. contoh projek terbaru di Bandar Baru Bangi. di putrajaya, lagi hilang akal. rumah teres dua tingkat pun harga rm600K ke atas. hm.. Tapi projek ni semi-D 2 tingkat setengah dengan 5 bilik tidur baru 480K++ beruntung kan mereka yang tinggal di luar lembah klang dan mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang baik Tinggi syiling 9' jenis tiles bercampur.. di ruang tamu, mereka akan gunakan tiles 2" x 2" setiap unit akan dilengkapi dengan 3-phase wiring, wiring telefon, wiring water heater dan wiring serta lubang untuk aircond. Pemaju juga menawarkan pakej tambahan pemasangan alarm bagi pembeli yang berminat. contoh kalau pembeli nak minta ubah kedudukan point lampu, nak plug elektrik lebih, nak minta tambah point aircond, tukar tiles kepada ayng lebih mewah dan lain-lain. Boleh duduk berbincang dan mereka akan tawarkan harga terbaik. Projek ini juga berkepadatan rendah. cuma 14 unit sahaja. Tanah dah diratakan dan lot-lot tanah tu pun dah ditanda. jadi pembeli boleh terus tengok lot bagi rumah yang mereka nak beli tu. Nama pemaju adalah Manifest Glory, anak syarikat Sumur Bumi Holding Sdn Bhd. Sehingga review ini ditulis, saya mendapat tahu yang unit dah hampir habis. tinggal beberapa unit terhad sahaja. tapi kalau ada pembaca di terengganu berminat, boleh hubungi pihak pemaju sendiri Mohd Faiz 017-2805546 Aqeel 016-3334497 Ahmad Aslam 012-9600598 |
You are subscribed to email updates from di kerteh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan