Ahad, 12 Februari 2012

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


PUGK – Kontijen Perarakan PUGK Menggamit Suasana Sambutan <b>...</b>

Posted: 05 Feb 2012 03:14 AM PST

Antara anggota Pangkalan Udara Gong Kedak yang mengambil bahagian dalam Perarakan Sambutan Maulidr Rasul

Antara anggota Pangkalan Udara Gong Kedak yang mengambil bahagian dalam Perarakan Sambutan Maulidr Rasul

BESUT, 5 Feb 2012 – Pangkalan Udara Gong Kedak telah menyertai suatu perarakan menyambut Maulidur Rasul 1433 H yang diadakan besar-besaran bersama agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan di sekitar Daerah Besut. Pasukan perarakan PUGK terdiri daripada 32 orang anggota telah berarak dengan segak bersama sepanduk dan sambil melafazkan puji-pujian ke atas junjungan besar Nabi Muhammad daripada Mini Stadium Kg Raja sehingga ke Masjid Kg Raja. Selain  itu, pasukan perarakan PUGK telah mencuri tumpuan orang ramai dengan gemersik paluan kompang daripada Pasukan Kompang PUGK yang tidak ketinggalan memeriahkan perarakan. Penyertaan perarakan tersebut telah menunjukkan TUDM Gong Kedak bukan sahaja sentiasa memastikan kesiapsiagaan pertahanan udara malah amat peka dengan  tidak ketinggalan turut menyambut dan menghayati hari keputeraan junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.

Berita berkaitan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads