Jumaat, 19 Ogos 2011

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


Kunjungan Haji Wahid ke bazar Ramadhan <b>Setiu</b> disambut &#39;panas&#39;

Posted: 16 Aug 2011 02:42 PM PDT

SETIU - Kunjungan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut yang turut di sertai Timbalan Pesuruhjaya 2 Haji Muhyiddin Rashid dan Timbalan Pesuruhjaya 3, Dr Alias Razak ke kawsan Setiu disambut 'panas' wa;aupun cuaca hujan.

Ia adalah kerana, selain ahli-ahli dan penyokong PAS yang menunggu-nunggu kedatangan pemimpin baru Badan Perhubungan PAS Terengganu itu, mereka telah mengambil kesempatan untuk menyampaikan maklumat dan laporan.

Menurut Haji Muhyiddin, antara cerita 'panas' di kawasan Parlimen Setiu adalah tindakan kerajaan Umno/ BN Terengganu 'memaksa' para peserta kelompok padi Kampung Jelapang menyerahkan kawasan penanaman mereka untuk dijadikan 'mini estate'.

"Kita (PAS) mendapt maklumat, kerajaan Umno terus menipu rakyat, kali ini kes kawasan tanaman padi kampung Jelapang, di Langkap Setiu,

"selain itu, ada bangunan yang dibuat untuk projek dan pitih, di katakan sebagai sebuah 'surau', tetapi tidak digunakan dan terbiar,"terang Haji Muhyiddin ketika ditemui.

[Gambar - Pesuruhjaya PAS Terengganu, haji Wahid menunjukkan bakat, menggoreng murtabak, di Bazar Ramadhan Sungai Tong, Langkap, dalam kunjungannya semalam]

Justeru, katanya, Badan Perhubungan PAS Terengganu telah meminta PAS Kawasan Setiu untuk mengemukakan laporan dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.

"Antaranya, Pesuruhjaya PAS yng juga ADUN Wakaf Mempelam dan Timbalan Pesuruhjaya 3, yang juga ADUN Bukit Tunggal, akan meminta penjelasan kerajaan Umno dalam sidang DUN pada 22 dan 23 Ogos ini,"katanya.

Turut bersama dalam 'jelajah bazar Ramdhan' kali ini adalah Pngerusi DAP Kuala Terengganu, Encik Ng Chai Hing, Yang Di Pertua PAS Setiu, Ustaz Pauzi Muda, AJK Badan Perhubungan Dr. Azman Ibrahim.

***Sila ke buletinonline.blogspot untuk lihat gambar-gambar kunjungan ke bazar Sungai Tong. Langkap dan Sungai Tarung, Permaisuri

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Teganuku..segalanya <b>di</b> sini..: 55 Pesakit <b>di</b> Hospital <b>Setiu</b> Terima <b>...</b>

Posted: 17 Aug 2011 05:34 PM PDT

Ahmad Said bertanyakan sesuatu kepada seorang pesakit di Hospital Setiu sambil diperhatikan Dr A Rahman dan Nordiana

Program Ehsan Ramadan anjuran Puteri Umno Negeri Terengganu berjaya mendekatkan pemimpin kerajaan negeri ini dengan rakyat apabila mereka saling bertemu sambil beramah mesra dengan pesakit yang dirawat di hospital.

Menerusi program itu Puteri Umno memilih semua hospital daerah seluruh negeri ini untuk dikunjungi pemimpin yang diketuai sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan pemimpin setempat termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Ahli Parlimen hadir sama pada program berkenaan.

Ketua Penerangan Puteri Umno Malaysia, Datuk Nordiana Shafie berkata, pihaknya menganjurkan program berkenaan bagi mendekatkan pemimpin dengan rakyat terutama menjengok mereka yang sedang dirawat di hospital.

Menurutnya, selepas Dungun dan Besut semalam rombongan berkenaan mengadakan lawatan ke Hospital Setiu (HS) dan bakinya akan menyusul sebelum berakhir Ramadan ini.

Ahmad yang hadir bersama isteri turut disambut Ahli Parlimen Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafie, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr A Rahman Mokhtar, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Indistri Asas Tani Negeri, Asha'ari Idris dan ADUN Permaisuri, Abd Halim Jusoh.

Pada majlis itu Ahmad turut melakukan lawatan ke wad sambil menyampaikan sumbangan hamper, makanan dan wang kepada 55 pesakit yang sedang dirawat di hospital berkenaan.

Nordiana berkata, jentera Puteri Umno negeri lain turut mengadakan program sempena Ramadan tetapi mengikut keperluan dan kepentingan penduduk negeri terbabit.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads