13 di jabor - Google Blog Search |
Teganuku..segalanya <b>di</b> sini..: JPJ Tumpu Tiga Lokasi Kerap Nahas <b>...</b> Posted: 18 Aug 2011 02:56 PM PDT Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu akan memberi tumpuan terhadap tiga lokasi yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan jalan raya iaitu di Dungun, Marang dan Setiu. Penguatkuasaan sempena Operasi Hari Raya Aidilfitri 2011 itu meliputi laluan di Kilometer 58 Jerangau-Jabor (Dungun), Kilometer 61 Marang-Dungun (Marang) dan Kilometer 54 Sungai Tong-Setiu (Setiu). Pengarah JPJ negeri, Abdul Rahman Emang Anyie menjelaskan, tumpuan di tiga lokasi itu berikutan kawasan tersebut mencatatkan kekerapan kemalangan maut. Selain itu, beliau berkata, tumpuan juga dibuat setelah berlaku perubahan infrastruktur dan penyelenggaraan jalan-jalan tersebut serta masalah pemandu yang baru mendapat lesen. "Selain baru dapat lesen memandu, ada juga pemandu yang tak biasa dengan laluan tersebut dan faktor ini mendorong JPJ menjalankan rondaan di kawasan berkenaan," katanya. Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada para pengguna jalan raya sempena Operasi Hari Raya Aidilfitri 2011 selama sebulan bermula 14 Ogos hingga 14 September ini, di Kuala Terengganu semalam. Abdul Rahman berkata, pada operasi tahun ini, seramai 138 anggota JPJ dikerah bagi menjayakan operasi bersepadu yang turut disertai anggota polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR). Menurut beliau, operasi kali ini agak berbeza dengan tahun lalu termasuk dari segi tempoh masa penguatkuasaan serta rondaan selain perjumpaan dengan semua pemandu bas ekspres. "Tahun lalu, anggota kita lakukan rondaan 24 jam di sepanjang jalan tapi kali ini kita hanya beri tumpuan pada kilometer tertentu saja dan begitu juga tumpuan anggota penguat kuasa di Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu," jelasnya. Di samping itu katanya, penguatkuasaan secara penyamaran sebagai pemandu bas juga dilakukan serta larangan kenderaan barangan di laluan utama pada dua hari sebelum dan dua hari selepas Hari Raya Aidilfitri. Utusan Malaysia
|
Duniaku <b>Di</b> Sini: Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 2 Dah Boleh <b>...</b> Posted: 18 Aug 2011 08:11 PM PDT Antara perkara yang perlu ditittik beratkan waktu nak balik raya nanti semestinya perjalanan yang selamat dan kalau boleh masa perjalanan yg singkat. This year (next week dah pun) kami sekeluarga akan beraya di Terengganu. Sejak kebelakangan ni kami sering menggunakan laluan Jabor - Bukit Besi - Jerangau. Alhamdulillah perjalanan lebih singkat berbanding daripada laluan Kuantan - Kemaman - Dungun - Marang - K.Trg. Tapi, sekiranya LPT Fasa Ke-2 siap sepenuhnya, Insyaallah masa perjalanan kami akan lebih singkat. Mama ada terbaca kat blog Teganuku, katanya MB Trg, Datuk Seri Ahmad Said dah pun umumkan bahawa sebahagian daripada LPT Fasa Ke-2 ni dah boleh digunakan seminggu sebelum menjelang Aidilfitri iaitu minggu depan la kan..Alhamdulillah!!! Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from di jabor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan