Isnin, 29 Ogos 2011

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


IKHLAS SETIA: <b>Pulau Bidong</b> lokasi skuba yang menarik

Posted: 19 Jun 2011 09:35 PM PDT

Eksplorasi Pulau Bidong yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, YB Datuk Haji Abdul Rahin Mohd Said di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC) Kuala Lumpur telah membuka ruang kepada pecinta alam mendekati pulau itu.

Program anjuran bersama Tourism Malaysia itu disertai 60 wakil media dan penyelam skuba dalam usaha memperkenalkan pulau berkenaan sebagai lokasi skuba yang sangat berpotensi di negeri ini selain pulau lain yang sudah terkenal.

Pada program berkenaan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Tourism Malaysia telah memberi taklimat kepada peserta mengenai halatuju kawasan selam di sekitar Pulau Bidong dan pembangunan pakej hari selam yang diadakan.

Menurut YB Datuk Haji Abdul Rahin, Pulau Bidong merupakan sebuah destinasi warisan sejarah yang dahulunya digelar 'Little Saigon' penuh dengan kesan peninggalan penempatan ribuan pelarian Vietnam yang tinggal di situ.

"Pulau ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin melihat lebih dekat kesan sejarah pelarian Vietnam di samping keindahan yang terdapat di sekitar pulau berkenaan.

Kira-kira 250,000 pelarian berada di kem-kem di pulau berkenaan sebelum ia di tutup pada 1991di mana pelarian ini telah dipindahkan ke negara ketiga seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Perancis dan ada yang balik ke negara asal Vietnam.

Di samping menjalankan kativiti di pulau peserta program turut di bawa melawat beberapa tempat menarik di negeri ini seperti Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man dan Pasar Payang, Kuala Terengganu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads