Khamis, 18 Ogos 2011

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Teganuku..segalanya <b>di</b> sini..: <b>Ketengah</b> Holding Dijangka Peroleh <b>...</b>

Posted: 09 Aug 2011 01:46 PM PDT



Kumpulan syarikat Ketengah Holding Kumpulan Syarikat Ketengah Holding Sdn. Bhd. dijangka memperoleh keuntungan lebih tinggi kepada RM53 juta sehingga akhir tahun ini.

Bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini ia mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM35,999,851.

Jumlah berkenaan menyaksikan peningkatan sebanyak 73 peratus berbanding keuntungan sebelum cukai dalam tempoh sama tahun lalu yang berjumlah RM20,777,525.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, dengan keuntungan itu syarikat-syarikat berkenaan dijangka meningkatkan labanya kepada RM53 juta menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata, jika sasaran itu dapat dicapai, pengeluaran zakat bagi syarikat-syarikat tersebut juga dijangka meningkat sebanyak 37 peratus.

"Tahniah kepada Ketengah Holding melalui tujuh anak syarikatnya yang berjaya menunjukkan peningkatan keuntungan paling ketara tahun ini dan mampu membayar zakat sebanyak RM973,504," katanya.

Sepanjang tahun lalu kumpulan syarikat mencatat keuntungan selepas cukai sebanyak RM38,940,179 iaitu peningkatan sebanyak 189.37 berbanding keuntungan yang diperolehi pada 2009 (RM20,562,701).

Menteri Besar berkata demikian pada majlis penyerahan zakat kumpulan syarikat Ketengah Holding Sdn Bhd oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) di pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Iman semalam.

Ketengah diwakili Pengurus Besar, Datuk Hamzah Ngah manakala Maidam diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Wan Harujan Sulaiman.

Ahmad Said berkata, apa yang membanggakan ketujuh-tujuh anak syarikat iaitu Ketengah Holding Sdn Bhd, Ketengah Perwira, Yayasan Islam Terengganu (YIT-Ketengah Perwira), Ketengah Jaya, Kebunika, Ladang Ternak Tani dan Rakyat Ketengah Perwira mencatat keuntungan.

Menurutnya, Ketengah Perwira merupakan penyumbang zakat terbesar iaitu RM508,337 diikuti Ketengah Holding (RM138,470), YIT-KPSB (RM116,921), Ketengah jaya (RM130,078), Rakyat Ketengah Perwira (RM54,302), Kebunika (RM15,333) dan Ladang Ternak Tani (RM10,064).

"Dengan jumlah berkenan peningkatan telah berlaku sebanyak 119.45 peratus berbanding pengeluaran zakat tahun lalu sebanyak RM443,604," katanya.

Katanya, kumpulan syarikat yang membayar zakat ini terdiri daripada syarikat berasaskan perladangan dan perkilangan dengan aktiviti utamanya adalah pengeluar dan memproses kelapa sawit kecuali Ketengah Holding melalui syarikat pelaburan.

Terdahulu, Ketengah Holding yang diwakili Hamzah dan Timbalannya, Wan Mat Amin Wan Daud menyerahkan dua cek bernilai RM973,505 kepada Wan Harujan Sulaiman.

Pada majlis itu, Ahmad turut memaklumkan mengenai sumbangan zakat daripada Koperasi Permodalan Felda Bhd. berjumlah RM520,000 manakala Felda Holding Sdn. Bhd. pula mengeluarkan zakat RM268,783.

Menurutnya, beliau menerima dua cek berkenaan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu majlis di Kuala Lumpur semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads