Khamis, 18 Ogos 2011

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


JPJ Kedah Adakan Rondaan, Penguatkuasaan 24 Jam

Posted: 18 Aug 2011 01:32 AM PDT

KUALA TERENGGANU – Seramai 163 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri akan mengadakan rondaan dan penguatkuasaan 24 jam di negeri ini bermula 14 Ogos hingga 14 September 2011.

Pengarah JPJ Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, sebanyak 25 pasukan rondaan akan bertugas di laluan utama di pada tarikh berkenaan. .

Manakala, kata beliau, seramai 138 anggota akan dikerah bertugas dengan mengadakan penguatkuasaan 24 jam pada tarikh yang sama.

"Langkah ini bertujuan meningkatkan rondaan di kawasan berisiko kemalangan maut," katanya pada majlis Pelancaran Operasi (Ops) Musim Perayaan Aidilfitri 2011 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata,  antara lokasi penguatkuasaan adalah di Kilometer (km) 58, Jalan Jerangau-Jabor, km 61, Jalan Marang-Dungun dan km 54, Jalan Sungai Tong-Permaisuri.

Menurut beliau, penguatkuasaan dijalan terbabit perlu di pertingkat kerana jalan berkenaan mencatat jumlah kemalangan maut yang tinggi hampir setiap tahun.

Justeru, katanya, pengguna diharap supaya memandu dengan berhemah, bersabar dan berhati-hati supaya sentiasa berada dalam keadaan yang selamat semasa menggunakan jalan terbabit.

Dalam pada itu, katanya. JPJ akan menempatkan anggota penguatkuasa di terminal bas utama di Terengganu dan penguatkuasaan secara penyamaran sebagai penumpang bas akan diteruskan.

Jelasnya, usaha itu bertujuan membendung kegiatan ulat tiket di terminal bas dan juga lapangan terbang.

Tambahnya, orang ramai boleh menghubungi Bilik Kawalan JPJ Terengganu menerusi talian 09-6222023 akan beroperasi 24 jam kecuali pada Hari Raya pertama dan kedua.

Berita Berkaitan:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads