Khamis, 18 Ogos 2011

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


Apa Orang Kata: MTD <b>Chukai</b> raikan 80 fakir miskin

Posted: 06 Aug 2011 12:17 PM PDT

Konsep "Negara Berkebajikan"
KEMAMAN: Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai meraikan kira-kira 80 orang fakir miskin dari Unit Peti Undi (UPU) Kampung Dusun Nyior, Chukai Kemaman.

Program tersebut diadakan sempena Iftar Ramadan bersama Pendakwah Bebas, Ustaz Azhar Idrus di Puteri Foodcourt, Bandar Baru Bukit Mentok, Chukai, Kemaman pada 5 Ogos lalu.

Berikutan itu, tidak kurang dari RM10,000 akan dibelanjakan setiap bulan bagi tujuan kebajikan memperbaiki rumah, bantuan fakir miskin, ibu tunggal dan anak-anak yatim.

Pengerusi MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat berkata objektif utama program seumpama ini diadakan bagi merealisasikan konsep Negara Berkebajikan.

Katanya, program tersebut telah lama diamalkan oleh PAS sebagai sebuah parti gerakan Islam sebelum dikomersialkan pada Muktamar Agung Tahunan PAS yang lalu.

"Majlis (Iftar) hari ini juga bertujuan mengumpul Dana Infak Dun Chukai. 80 orang fakir miskin diraikan dengan pengagihan sumbangan berupa beras, barangan dapur dan wang tunai.

"Objektif kita (PAS) jelas, untuk merealisasikan konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan dan dikomersialkan oleh PAS pada muktamar kita yang lalu," ujarnya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Menurutnya, pihak MTD menetapkan empat bulan sekali setiap cawangan PAS dalam Dun Chukai ini akan mengagihkan sumbangan tersebut.

Malah, katanya MTD Chukai komitmen memperuntukkan sejumlah tertentu dari dana infak tersebut bagi melaksanakan aktiviti berkenaan.

Selain itu, Hanafiah mendakwa kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu hanya memberikan bantuan 'terpilih' dan tidak adil kepada rakyat.

"Umno-BN hanya beri bantuan 'terpilih' kepada yang sokong parti mereka sahaja. Ini (bantuan) tidak adil kepada rakyat.

"Kita (PAS) semasa jadi kerajaan dan memerintah negeri Terengganu ini semua orang tanpa mengira fahaman politik dan kaum dapat bantuan kerajaan kita (PAS)," jelasnya.

Tinjauan mendapati hampir 1000 orang hadir pada majlis tersebut dan sempat mendengar tazkirah Ramadan serta sesi soal jawab agama bersama Ustaz Azhar Idrus.

Selepas majlis berbuka puasa itu, diadakan solat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Azhar Idrus di tepi kolam mandi Puteri Foodcourt, dekat sini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads