13 di wakaf tapai - Google Blog Search |
Teganuku..segalanya <b>di</b> sini..: Pelatih Bomba Wanita Kecewa Kepala <b>...</b> Posted: 24 Jun 2011 09:15 AM PDT Seorang bekas pelatih bomba wanita kecewa dengan tindakan Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai di Marang, Terengganu, yang membotakkan kepala beliau serta 18 pelatih perempuan lain ketika mereka mendaftar diri menjalani latihan di kem itu, 2 Mei lalu. Hizyaty Othman, 28, dari Taman Berjaya, Jalan Pegawai di sini, berkata dia amat terkejut dengan tindakan membotakkan rambut pelatih perempuan, tidak seperti apa yang dinyatakan dalam peraturan kursus yang diterima mereka sebelum melaporkan diri di akademi itu. "Peraturan dalam surat yang diterima saya hanya menyatakan rambut perlu digunting dengan ukuran enam milimeter sahaja dari rambut asal semasa hari pertama melaporkan diri dan perlu digunting kemas selepas dua bulan hingga tamat latihan. "Saya terkejut melihat pelatih wanita dibotakkan seperti pelatih lelaki dalam sebuah bilik gunting rambut dan saya terus lari mengadu kepada kakak saya, Hazliza, yang berada di tempat pelawat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kuala Terengganu, semalam. Hizyati berkata bahawa pada mulanya dia dan pelatih lain enggan berbuat demikian tetapi memandangkan ingin mendapatkan pekerjaan dan faktor umur yang semakin meningkat, beliau terpaksa berbuat demikian. Bapanya, Othman Long, 63, berkata beliau hanya menyedari mengenai perkara itu setelah sampai di pekan Baling setelah diberitahu isterinya Hizan Abu Bakar, 56, dan anak keduanya, Hazliza, 30. "Saya amat terkejut dengan kejadian itu. Sepanjang saya bertugas dalam badan beruniform, pelatih perempuan hanya digunting rambut hingga pendek dan bukannya sampai botak," kata pesara Jabatan Kastam Diraja Malaysia itu. Beliau juga membuat di Balai Polis Kuala Perlis supaya pihak berkuasa melakukan siasatan terhadap pegawai di akademi itu. Pengerusi Yayasan Prihatin Kebajikan, Pendidikan dan Kemiskinan Kedah, Zuraidi Rahim, yang mengunjungi Hizyaty, berkata beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung. "Saya difahamkan beliau telah mengambil tindakan dengan mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyediakan jawapan secara lisan dan bertulis kepada ibu bapa Hizyati. "Saya harap Datuk Chor akan tampil bertemu keluarga terbabit untuk mendapatkan penjelasan lebih terperinci dan sekaligus menyelesaikan kes ini secepat mungkin," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di wakaf tapai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan