13 di kijal - Google Blog Search |
GedebeLureCaster: Santai <b>di</b> Jeti Star Cruise Awana <b>Kijal</b> Posted: 01 Jun 2011 09:37 AM PDT Trip memancing santai gua bersama kawan-kawan semasa internship di Paka, Terengganu. Destinasi memancing sambil santai kami pada kali ini adalah di Jeti Star Cruise lama yang terletak di Kijal, Kemaman. Jeti lama yang tidak digunakan lagi itu menjadi tempat yang ideal bagi pemancing-pemancing tempatan melabuhkan joran masing-masing kerana kedudukan jeti tersebut yang mengunjur ke tengah laut membolehkan umpan di lontar terus ke sarang sang ikan. Semasa kunjungan kami, sotong juga didapati banyak bermain di sekitar jeti. Rata-rata pemancing tempatan yang kami temui di situ sibuk menghayun mata candat untuk memikat sotong yang banyak berkeliaran di sekitar jeti. Namun demikian, joran-joran surfcast yang panjang melangit juga kelihatan terpacak yang disasarkan untuk ikan-ikan pemangsa seperti pari, gerong belang, dan talang. Bagi kami, kunjungan kami ke sana bukanlah untuk menyasarkan mana-mana spesies tapi sekadar untuk berhibur sambil meluangkan masa bersama-sama. Tambahan pula, trip kali ini disertai oleh muka-muka baru dunia pancingan termasuklah ladies angler. Apa saja jenis ikan tanpa mengira saiz yang berjaya dipancing akan berjaya memuaskan hati kami! Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di kijal - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan