DUNGUN, 19 Jun Ahad - Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat akan berceramah di Dungun pada Rabu, 22 Jun. Beliau akan disertai oleh Chegu Bard dan ADUN Sura, Y.B. Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.
Ketua Lajnah Penerangan DUN Sura, Encik Mohd Yusof Ismail berkata, "Ceramah ini akan diadakan di Kampung Padang Jambu dan dijangka Suhaizan (gambar) akan menyentuh isu kegerunan dan karenah UMNO-BN terhadap himpunan Bersih 2.0 yang bakal berlangsung pada 9 Julai ini dan selaku Ketua DPP Johor beliau turut dijangka menyentuh isu warga Singapura dibogel dan dikenakan ketuk ketampi baru-baru ini,"
"Seperti biasa Chegu Bard (gambar) akan melakukan pelbagai pendedahan kepincangan UMNO-BN khususnya melibatkan pentadbiran Najib dan kroninya dan selaku tuan rumah pula Ustaz Wan Hassan dijangka akan mengulas pembentukan kabinet baru PAS Terengganu dalam menghadapi PRU-13 khususnya dalam konteks negeri Terengganu, " jelas beliau lagi."Saya menyeru warga Dungun khususnya di sekitar DUN Sura supaya hadir mendengar sendiri ceramah isu semasa ini di saat Najib masih teragak-agak untuk membubarkan parlimen," akhiri beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan