Ahad, 22 Disember 2013

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


hotel apartment murah <b>di kuala terengganu</b> - blog budak pacak

Posted: 18 Dec 2013 11:54 PM PST

[unable to retrieve full-text content]HOTEL APARTMENT MURAH DI KUALA TERENGGANU. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua . Nak bercuti di Negeri Terengganu ? Tak tahu lokasi hotel berhampiran tempat menarik ? Tak tahu hotel yang murah ?

Sabtu, 21 Disember 2013

13 di seberang takir - Google Blog Search

13 di seberang takir - Google Blog Search


UMNO <b>Seberang Takir</b> korban 11 ekor lembu – BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 16 Oct 2013 02:51 PM PDT

DAGING KORBAN: Ahmad Razif (tengah) melihat beberapa penduduk bergotong-royong melapah daging korban pada majlis Korban Perdana di pekarangan Hotel Tabung Haji di Kuala Terengganu semalam. — Gambar Bernama

KUALA TERENGGANU: UMNO Seberang Takir semalam mengadakan ibadah korban 11 ekor lembu yang di-uruskan komuniti kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Sains & Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Air negeri Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata ini merupakan tahun keenam UMNO Seberang Takir mengadakan ibadah korban, sebahagian daripada daging korban itu untuk diagihkan kepada umat Islam fakir miskin setempat.

"Bagi memudahkan peng-agihan, pihak kita telah meng-agihkan kupon kepada 1,100 fakir miskin dari 22 kampung di DUN ini, setiap kampung puratanya kita pilih 50 orang akan terima daging korban.

"Manakala sebahagian daging lembu korban akan dimasak oleh tukang masak Tabung Haji Hotel & Convention Centre sebagai juadah tengah hari untuk dijamu kepada semua warga DUN Seberang Takir di dewan hotel ini," katanya kepada pemberita selepas majlis korban di hotel itu sempena Aidiladha di sini semalam.

Program yang dianjurkan oleh Ahmad Razif yang juga merangkap ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir itu turut melibatkan lebih 100 warga tempatan serta petugas Tabung Haji (TH) Hotel & Convention Center Terengganu.

Sementara itu Pengurus Besar TH Hotel & Convention Centre Malizan Zakaria berkata pihaknya akan memberi dan menunaikan komitmen berterusan dalam program korban seumpama ini sebagai Tanggungjawab Sosial Korporatnya (CSR) memandangkan hotel tersebut baru mula beroperasi tahun ini.

Katanya, ibadat korban yang diadakan secara gotong-royong itu bukan sahaja sebagai memenuhi tuntutan agama tetapi untuk mengeratkan hubungan silaturahim. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


Belia <b>Setiu</b> bersih sekolah <b>di</b> landa banjir <b>di</b> Kemaman. - teganuki ta

Posted: 17 Dec 2013 11:49 PM PST

Oleh: Aminudin Ismail.

BANDAR PERMAISURI: Seramai 80 belia dan beliawanis dari daerah Setiu menyertai Misi Bantuan Banjir ke Chukai selama dua hari berakhir semalam.

Program anjuran Sahabat Belia Malaysia itu melakukan dua aktiviti besar ketika di Kemaman iaitu membersih bangunan dua buah sekolah dan mengagihkan pakaian terpakai kepada mangsa banjir.

Penyelaras Program, Ammar Sauti berkata, sedar dengan kesusahan yang dialami mangsa banjir di Kemaman, pihaknya mengambil inisiatif mengumpul kira-kira 80 belia dan beliawanis dari beberapa kampung di daerah Setiu untuk melakukan program amal itu.

Dua buah sekolah menengah terbabit dengan banjir di Chukai yang dibersihkan oleh sukarelawan itu ialah SMK Elit Mak Langam dan SMK Chukai.

"Program ini bertujuan untuk menyelami perasaan mangsa banjir di kalangan peserta dan melihat sendiri dengan lebih dekat musibah yang berlaku di daerah Kemaman.

"Selain itu ia juga dapat memberi pendedahan kepada belia untuk menanam sikap tolong menolong serta saling membantu dan mempermudahkan urusan orang yang di dalam kesusahan," katanya.

Program yang dirasmikan pelepasannya oleh Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar itu mendapat sokongan penuh daripada Majlis Belia Malaysia melalui Setiausaha Agungnya, Mohd Zaidi Aziz serta Pejabat Belia dan Sukan Setiu.

"Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan misi ini termasuklah KBS, MBM, Pejabat Belia dan Sukan Setiu dan YB Iskandar yang menyalurkan sumbangan," katanya sambil mengharapkan misi seumpama itu dapat diteruskan pada masa depan.



 

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search


<b>Pulau Redang</b> Destinasi Pelancongan ImpianSekolah4u Dot Com <b>...</b>

Posted: 11 Sep 2010 12:18 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Pulau Redang merupakan salah satu pulau yang paling popular bukan sahaja di Malaysia tetapi di dunia. Terkenal dengan kebiruan airnya, kelembutan dan kehalusan.

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


hotel apartment murah <b>di kuala terengganu</b> - blog budak pacak

Posted: 18 Dec 2013 11:54 PM PST

[unable to retrieve full-text content]HOTEL APARTMENT MURAH DI KUALA TERENGGANU. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua . Nak bercuti di Negeri Terengganu ? Tak tahu lokasi hotel berhampiran tempat menarik ? Tak tahu hotel yang murah ?

13 di batu rakit - Google Blog Search

13 di batu rakit - Google Blog Search


Program PDRM bersama Komuniti <b>Batu Rakit</b> Meriah. - teganuki ta

Posted: 21 Dec 2013 01:57 AM PST

Oleh Aminudin Ismail.

BATU RAKIT: Kira-kira 1000 penduduk dan anggota Polis hadir memeriahkan Program Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Bersama Komuniti Dun Batu Rakit yang diadakan di Dataran Futsal, Kampung Padang Kemunting, hari ini.

Urusetia program, Zakaria Abdul Rahman berkata, Pelbagai acara diadakan sempena program anjuran Polis Batu Rakit dan pejabat Adun Batu Rakit itu, antaranya ialah Partandingan Futsal, Perlawanan dam aji, Sukaneka, pameran Polis dan JPJ, Pertandingan melukis dan cabutan nombor bertuah.


"Selain itu kita adakan juga pemeriksaan kesihatan percuma, pemeran dari Bomba dan AADK dan lain-lain. Dalam pertandingan Futsal, Kampung Bukit Chempaka menewaskan Polis untuk memenangi kategori lelaki manakala Kampung Bukit Wan menang kategori wanita," katanya.  Dalam pada itu, Ketua Balai Polis Batu Rakit, Sarjan Mejar, Mohd Zain Bakar, berkata program ini adalah program ke empat yang dianjur oleh IPD Kuala Terengganu.

"Pada bulan ini, IPD Kuala Terengganu menganjurkan empat program seumpama ini di beberapa tempat iaitu di Balai Polis Gong Badak, Pondok Polis Seberang Takir, Balai Polis Kuala Terengganu di Kampung Gong Baru.

"Gong Tok Nasek dan Balai Polis Batu Rakit yang diadakan di Kampung Padang Kemunting pada hari ini. Sambutan amat meriah pada hari ini," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman berkata, walaupun hujan namun sambutan dari penduduk kampung amat mengalakan.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terbabit dengan program yang banyak memberi manfaat kepada masyarakat setempat ini, termasuklah Polis dan JKKK di Batu Rakit.

"Kita akan terus mengadakan program seperti ini pada masa akan datang untuk faedah bersama termasuklah mendedahkan soal-soal keselamatan kepada penduduk di kawasan Batu Rakit ini," katanya.







 

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


Banjir: TNB tutup 246 pencawang <b>di Kemaman</b> — HarakahDaily

Posted: 05 Dec 2013 04:00 PM PST

KEMAMAN – Tenaga Nasional Berhad (TNB) terpaksa menutup 246 daripada lebih 500 pencawang di daerah ini berikutan banjir yang melanda.

Pengurus Besar TNB Terengganu Ir Saharenam Mukhtar berkata berikutan itu, sebahagian kawasan di Kemaman dan satu di Dungun terputus bekalan elektrik sejak Selasa.

"Penutupan itu membabitkan lebih 11,000 pengguna yang hanya dibuat di pencawang yang terletak di sekitar bandar Cukai, Air Putih, Neram dan Hulu Dungun.

"Kita harap pengguna bersabar kerana pencawang berkenaan akan dibuka semula jika keadaan banjir semakin surut. Ini bagi mengelakkan daripada berlakunya litar pintas," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada penyerahan sumbangan bantuan TNB berupa keperluan asas kepada pegawai daerah Kemaman untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

Bantuan itu berupa air mineral, beras, lampin pakai buang, minyak masak dan sardin yang diserahkan kepada Pegawai Daerah Kemaman Mohamad Kamil Othman.

TNB meminta orang ramai menghubungi talian aduan di nombor 15454 jika menghadapi kesulitan.

Dalam perkembangan lain, Saharenam turut menyangkal khabar angin mengenai pelepasan air di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu yang tersebar luas di media sosial sejak tiga hari lepas.

"Setakat pagi ini, kedalaman di situ mencatat 138 meter. Kedalaman maksimum Kenyir 145 meter. Jadi kalau ikutkan, kita masih lagi boleh menampung air sehingga 6 hingga 7 meter.

"Jadi khabar angin empangan melepaskan air adalah tidak benar sama sekali," katanya. – Bernama


13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau bidong</b> - Google Blog Search

Posted: 29 May 2013 09:30 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

<b>Pulau Bidong</b> | DrPlaces

Posted: 21 Sep 2010 04:48 PM PDT

"kembali ke Pulau Bidong membuatkan aku terkenang sekali lagi kisah lampau dimana betapa bertuahnya kami yang berjaya mengharungi perjalanan yang jauh dan memenatkan didalam sebuat bot yang bocor sepanjang 10.5 meter yang memuatkan 61 orang pelarian perang. Masih aku terbayang seorang lelaki melayu berkain sarung dan berkulit gelap yang kami temui di laut memberikan kami makanan dan minuman untuk kami meneruskan perjalanan. Mereka adalah pahlawan dan malaikat didalam hatiku. Aku tidak pernah akan melupakan wajahnya seumur hidupku. Didalam lawatan aku kali ini mengingatkan aku betapa baiknya layanan diberikan kepada kami ketika itu dipulau ini. Itu adalah perasaan yang sangat indah untuk dikenang seumur hidup di pulau yang menjadi rumah sementaraku" – Daniel Nguyen

Itulah antara luahan hati seorang pelarian perang Vietnam selepas kembali melawat pulau yang pernah menjadi rumah dan syurga baginya pada satu ketika dahulu. Sebuah pulau yang memberi begitu banyak harapan dan dugaan untuk masa depan mereka.

Nama Pulau Bidong tidak segah pulau-pulau yang lain di Terengganu, namun ia kaya dengan warisan dan tinggalan sejarah pelarian perang  dari Vietnam ketika Vietnam diserang oleh Amerika Syarikat pada tahun 1975. Sewajarnya, tinggalan sejarah ini dikekalkan dan dipeliharan sebaiknya.  Ini kerana, kebanyakkan bekas pelarian perang tersebut kembali semula ke pulau ini untuk melihat dan mengenang kembali memori suka duka yang pernah mereka alami selama menduduki pulau ini. Tidak kurang juga yang berkunjung ke sini semata-mata untuk melawat pusara keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang menghembuskan nafas terakhir mereka di sini.

Sejarah kedatangan pelarian perang Vietnam ke pulau ini bermula sekitar tahun 1975 dimana bot pertama yang mendarat disini bersama 47 pelarian. Selepas daripada itu bot demi bot sampai di pulau  ini sehingga mencecah kepada angka 250,000 pelarian sepanjang tahun 1975 hingga 1991. Pulau ini dengan rasminya dibuka sebagai kem pelarian pada tanggal 8 ogos 1978. Pada asasnya Pulau Bidong boleh memuatkan sekitar 4,500 orang pelarian, tetapi pernah di catatkan pulau ini pernah memuatkan hampir 40,000 pelarian pada satu-satu masa. . Saya sendiri tidak dapat membayangkan suasana ketika itu. Sebab itu Pulau Bidong turut juga dikenali sebagai Mini Saigon.

Tinggalan-tinggalan seperti sekolah, rumah-rumah, gereja, tokong sudah kelihatan semakin uzur di makan waktu. Selepas pulau ini ditutup dengan rasmi sebagai kem pelarian perang Vietnam pada 30 Oktober 1991, pulau ini dibiarkan begitu sahaja dan menjadi tempat para nelayan tempatan untuk berteduh dari ombak atau ribut ketika di laut.

Saya menjejakkan kaki ke pulau ini untuk pertama kali pada tahun 2007 dengan tujuan untuk merakam gambar-gambar tinggalan pelarian Vietnam. Ketika itu, satu jeti kayu yang panjang masih wujud tetapi sayangnya sudah tidak digunakan lagi dan, kebanyakan bangunan juga sudah mulai roboh. Kawasan sekitarnya ditumbuhi pokok-pokok dan semak samun. Di sebelah dalamnya pula masih terdapat tinggalan tangki-tangki air yang bersaiz agak besar bagi menampung keperluan pelarian ketika itu. Beberapa monumen atau tugu peringatan telah didirikan oleh pelarian bagi mengenang jasa-jasa dan budi baik rakyat Malaysia yang bertugas di pulau itu. Kita juga akan dapat melihat ratusan plat simen yang ditulis nama-nama pelarian. Saya sendiri pun tidak pasti samaada nama-nama mereka yang telah mati atau nama– nama mereka yang pernah tinggal di pulau ini.

Kunjungan terakhir saya ke pulau ini adalah pada pertengahan tahun 2009. Ketika itu pembinaan jeti bagi memudahkan pengunjung ke pulau ini sedang giat dijalankan dan kini telah siap sepenuhnya. Kerajaan Negeri Terengganu telah memutuskan supaya tiada sebarang pembangunan chalet atau resort di pulau ini untuk tujuan pelancongan agar khazanah tinggalan pelarian perang ini terpelihara. Namun begitu saya merasakan usaha-usaha dari pihak yang berwajib adalah perlu bagi menyelia dan membangunkan pulau ini untuk menarik lebih ramai pelancong datang melawat dan melihat sendiri suasananya. Kemudahan seperti tandas dan tempat berehat, laluan pejalan kaki yang lebih baik dan pelbagai lagi perlu disediakan. Mungkin juga boleh diwujudkan muzium mini bagi memaparkan gambar-gambar atau dokumen-dokumen memorial  yang boleh memberi informasi kepada para pengunjung mengenai sejarah pulau ini.

Untuk sampai ke pulau ini, anda perlu menaiki bot dari jeti Merang dimana ianya terletak kira-kira 39 kilometer dari bandar Kuala Terengganu.Perkhidmatan bot untuk disewa ada disediakan di sini. Biasanya harga sewa bot ditawarkan sehingga RM500.00 untuk perjalanan pergi balik menggunakan bot laju yang boleh memuatkan sekitar 10 orang penumpang. Di satu sudut pulau ini juga terletaknya Stesen Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu ( UMT ) bagi menjalankan kajian terhadap marin biologi dan sebagainya.

Sehingga kini, Pulau Bidong lebih terkenal dengan dunia bawah airnya di kalangan penyelam skuba berbanding dengan nilai-nilai sejarah yang wujud di pulau ini.

Informasi :

Untuk mendapatkan perkhidmatan bot ke  Pulau Bidong anda boleh menghubungi Abang Zul ( Norul Boat Services ) di talian 019 – 9852259

Attractions

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di wakaf tapai</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Dec 2013 09:29 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Modul Bomba <b>di</b> Akademi Bomba <b>Wakaf Tapai</b>, Terengganu

Posted: 28 May 2013 01:16 AM PDT

Baru ada kesempatan nak bercerita pasal modul yang dilalui.
Ini antaranya lah. Banyak lagi gambar, tapi tak mampu nak letak semua. Beribu kut gambar dijana sepanjang tempoh 6 bulan 12 hari tu.
By the way, module ni antara yang banyak meninggalkan kenangan dan kesan.
Sebabnya, kaki aku cedera parah. Tak boleh berjalan tanpa berpaut.
Dan end up nya terpaksa berjalan menggunakan tongkat atau dipapah oleh teman-teman.
Terima kasih kepada aaina kerana meminjamkan tongkat beliau.
Terima kasih tak terhingga kepada kawan-kawan yang sudah bersusah payah sepanjang tempoh aku sakit tu.
Overall, yang boleh aku cakap, module ni kalau lah aku berkesempatan untuk sihat dulu, mungkin antara yang banyak pengalaman baru boleh ditimba.
Tak mengapalah. Allah dah cakap sampai takat itu sahaja yang aku boleh buat, aku redha.
Alhamdulillah, kaki yang cedera itu sudah kembali ke sedia kala. Syukur sangat yang tak terhingga.
Bomba tetap menjadi kenangan yang tak akan mungkin boleh untuk aku ulangi sekali lagi.
Kadang-kadang, peluang datang hanya sekali.
Sekiranya ia datang, cherish the moments to the maximum level.
Jarang peluang datang untuk kali kedua kan?
Amat lah rugi untuk orang yang tak menggunakan peluang yang dah terbentang luas depan mata.

Jumaat, 20 Disember 2013

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: SAIS terbaik PMR <b>di Setiu</b>.

Posted: 18 Dec 2013 11:12 PM PST

Oleh: Aminudin Ismail. 

BANDAR PERMAISURI: Sekolah Menengah Sains Setiu (SAIS) buat pertama kalinya muncul sebagai sekolah terbaik dalam keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di daerah Setiu yang diumumkan, hari ini.

Pengetuanya, Saudah Mat Nor berkata, beliau bersyukur dengan kejayaan pelajar pertama menduduki PMR sekolah itu dan kejayaan itu juga memberi semangat kepada pihak sekolah untuk terus memperbaiki lagi kecemerlangan sekolah pada pada masa depan.

"Selain itu, keputusan 100 peratus itu juga membantu meningkatkan pencapaian daerah Setiu dalam peperiksaan itu di tempat yang lebih baik berbanding tahun sebelum ini.

"Saya berterima kasih kepada semua guru-guru dan murid, semoga kejayaan ini memberi pendorong kepada pelajar lain untuk terus cemerlang dalam peperiksaan." katanya. 

Menurutnya, seramai 59 pelajar sekolah itu berjaya mendapat 'straight' A, 34 mendapat 7A dan 31 pelajar lagi mendapat 6A daripada 144 calon yang menduduk PMR pada tahun ini dengan Gred Purata Sekolah 1.18.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Setiu, Kipayatuallah Dato' Mohd Said, berkata pencapaian dalam peperiksaan PMR tahun ini meningkat berbanding tahun lalu.

"Gred purata sekolah meningkat dari 2.63 tahun lalu kepada 2.59 manakala pencapaian semua A meningkat dari 5.14 kepada 9.20 iaitu ke tiga dalam negeri Terengganu dan pada keseluruhanya meningkat dalam semua kategori," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Setiu, Che Zulkifly Jusoh berkata, beliau mengucapkan tahniah kepada semua guru-guru dan murid atas kejayaan keputusan PMR daerah Setiu itu dan beliau mengharapkan pihak sekolah terus berusaha memperbaiki keputusan supaya mencapai keputusan yang lebih baik pada masa depan.

"Saya diberitahu, tiga buah sekolah mencapai keputusan 100 peratus di Setiu iaitu SM Sains Setiu, SM Lembah Bidong dan SMK Pelong.

"Seramai 11 pelajar mendapat 9A manakala 8A pula 180 pelajar. Daerah ini menduduki tempat ketiga di negeri Terengganu dalam PMR 2013," katanya.

 

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di gong kedak</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Dec 2013 07:14 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di gong kedak</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Nov 2013 07:12 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

13 Nov 13 : Pangkalan Udara <b>Gong Kedak</b> Ungguli Pertandingan <b>...</b>

Posted: 12 Nov 2013 07:59 PM PST

4

3

1

2

6

7

8

9

10

5

IPOH, 13 Nov 13 – Pangkalan Udara Gong Kedak telah dinobatkan sebagai Pasukan Terbaik Rifle M4 apabila muncul juara dengan menewaskan dua pencabar iaitu Markas Tentera Udara dan Pangkalan Udara Butterworth dalam Pertandingan Menembak Rifle M4 TUDM 2013 yang berlangsung di Lapang Sasar Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta, Ipoh Perak. Tempat kedua dimenangi oleh Markas Tentera Udara diikuti Pangkalan Udara Butterworth di tempat ketiga. Kemenangan tersebut telah melayakkan Pangkalan Udara Gong Kedak membawa pulang Piala Panglima Tentera Udara.

Sementara itu, bagi pertandingan menembak individu, Kpl U Muhamad Sidek bin Kharshadelley dari Markas Tentera Udara mendapat tempat pertama menewaskan wakil dari Pangkalan Udara Kuching dan Pangkalan Udara Gong Kedak. Dalam pertandingan menembak jatuh piring pula, pasukan dari Pangkalan Udara Butterworth muncul sebagai johan menewaskan Pangkalan Udara Butterworth dan Pangkalan Udara Labuan.

Dalam pertandingan itu juga, turut diadakan acara Novelty yang menyaksikan Lt Kol Hairuddin bin Yusof dari Sekretariat Markas Tentera Udara muncul pemenang pertama bagi ketagori individu. Sementara bagi kategori berpasukan, pasukan Dewa Wangsa yang diketuai Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Rodzali bin Daud TUDM muncul juara apabila menewaskan pencabar-pencabar lain.

Pertandingan menembak yang berlangsung dari 11 hingga 13 Nov 13 ini telah melibatkan penyertaan seramai 144 peserta dari 18 pangkalan dan unit-unit TUDM seluruh Negara.

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di gong kedak</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Oct 2013 07:34 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

fyra punye belog: <b>Di</b> Mess Perwira, PU <b>Gong Kedak</b>

Posted: 18 Jul 2013 11:09 PM PDT

I suka berada di bilik bujang hubby di Mess Perwira, Pangkalan Udara Gong Kedak. Walaupun tak seselesa seperti rumah sewa kami di Kuantan, tapi i seronok berada di sini sebab berada di sisi suami. Beradalah di mana-mana pun asalkan di sisi dia. Bilik kecil yang dilengkapi perabot dan tandas menjadikan kami menjalani kehidupan yang sederhana berdua. Tapi tulah, i tak boleh nak masak sebab takda dapur. Kat sini pun takda masalah makanan sebab dalam Mess sendiri ada sediakan juadah tengahari dan malam (cuma antara rajin tak rajin nak ambil je). Sedap juga makanannya, i dah rasa. Kalau hubby tak posting ke sini, tak merasalah i berjalan ke negeri negeri belah sini.
 Kecik comel je biliknya

Sangat berinspirasi untuk mengupdate blog di sini 
 Waktu sahur selalunya grab je apa yang ada atas meja
Permandangan dari pintu belakang. Hubby parking kereta kat situ, selalu hubby lompat je penghadang tu (i pun sama lompat juga)
Since i ada sini, bilik hubby bersih kemas je sentiasa. Cuba kalau i tak ada? Ayam pun teringin tumpang bertelur agaknya. I tak suka sepah sepah (tapi kereta hubby, i suka sepahkan).
Kat sini makan best, jauh dari kesesakan, banyak pantai, jauh dari annoying people juga. Cuma part tak best i tak boleh nak masak je. 
Nanti balik Kuantan, kite masak sedap sedap untuk sayang, ya? 

pas kempen undi <b>di</b> masjid dan pengkalan tudm <b>gong kedak</b>

Posted: 19 Jul 2013 11:14 AM PDT


Selepas solat jumaat PAS tetap jadikan masjid TUDM Gong Kadik tempat berkempen bermula didalam masjid untuk menarik dan merayu Undi terhadap pengundi tentera yqng akan mengundi pada hari ini sebagai pengundi awal. Petugas dari luar lak tu yang sibawak dari kelantan dan selangor Bukan setakat itu macam biasaler turut memegang poster semacam beruk menjaja kepada anggota yang lalu disitu. Mesireka.bermula dari berjemaah di Masjid dan kemudianya menjaja poster meraih undi ditepi jalan.masuk pintu TUDM. Pelik jugak kerana sebelum ini mereka juga menafikan hak mengundi anggota tentera sebelum ini bila dalam BERSIH yang mahukan undi pos diharamkan dan menuduh undi anggota tentera sebagai penipuan BN sebelum ini
Bagaimana pun sebaik selepas solat jumaat semua anggota yamg berjemaah dimasjid terus beredar meninggalkan masjid yang hanya dipenuhi penyokong atau petugas PAS dari luar yang juga sebagai penyokong kuat PAS. korang tengoklah sapa.yang dalqm gambar nie. Malangnya  anggota TUDM lansung tak beri respon....

ol

RAKYAT MARHAEN: PRK Kuala Besut: Saya nak sembayang <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 19 Jul 2013 01:49 PM PDT

Berikut hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak umno/BN berkuasa lebih setengah abad yang lalu. Namun, jika dikumpul, ianya mencecah ratusan billion Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan umno/BN.

1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.

Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilion itu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.

2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.

  • Harga asal pembelian: €1.14 billion (RM4.52 billion)
  • Kos Senggaraan jangka panjang: €999.15 juta (RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.

Permohonan tambahan daripada Kementerian pertahanan pada Sidang Belanjawan 2011

  • RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene
  • RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).
  • Sebelum ini, kerajaan sudah membayar €999.15 juta (RM3.964 billion) - Rujuk di atas.

3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.

  • Kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine dan Maydan Mahzam di Qatar serta projekhidroelektrik Bakun.


4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.

  • MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Mahathir (PM ketika itu) untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyakRM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, Mirzan.

5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.

6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta.


7. Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.

  • Harga ditawarkan oleh Eurocopter Malaysia yang dipilih oleh kerajaan: RM1.67 billion
  • Harga Kelowna Flightcraft untuk helikopter alternatif: RM865 juta (Kerajaan dapat menjimatkan RM805 juta)

8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292 juta.

9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta

10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.

11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian Pelancongan RM10 juta.

12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.

13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.

14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.

15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.

16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.

17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.

18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.

19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.


20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP) yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion.

21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.

22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.

23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.

24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)

25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.

26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).

27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.

28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.

29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18?

30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion (antara tahun 2004 – 2007)

31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama) RM549,675 pada setiap tahun.

33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.

Kerajaan telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk 'mengendali secara atas-angin' pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.

34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.

35. Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.

36. RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih 'Customs, Immigration and Quarantine' (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.

37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.


38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta

39. Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara

40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.

41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal

42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.

43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.

44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)

45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyak RM4.486 billion.


46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.

47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilai RM192.54 juta.

48. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta.

49. Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.

50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyakRM8.3 juta.

51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.

52. Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.


53. Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui.

Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang ini - Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui keuntungan Petronas.

55. RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*)

56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)

57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000 (*)

58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)

59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan harga RM13,500 (*)

60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan harga RM143. (*)

(*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.

61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta.

62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)


63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?

64. Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta.

65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.

66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.

67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion


68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!

69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadar RM65,100untuk sehari semalam.

70. "Lawatan Sambil Belajar" ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi 'Permata Negara'nya.

72. Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 juta untuk tempoh TIGA hari.

73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.


74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyak RM160,000sebulan.

75. Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi 'fluidized bed gasification' yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun.

CHECK-LIST INI AKAN TERUS DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA.

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Suami isteri jual air ketum diberkas <b>di Besut</b> | 1 Malaysia News <b>...</b>

Posted: 03 Dec 2013 06:45 PM PST

Views: 171 views

Rating:

BESUT – Polis menahan sepasang suami isteri dipercayai bersubahat dengan anaknya menjual air ketum di Kampung Lay Out Gerai Muda, dekat Jerteh, di sini, Ahad lepas.
image (4)
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, pasangan suami isteri berusia 55 dan 52 tahun itu diberkas dalam serbuan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, kira-kira 8.30 pagi di rumahnya yang turut dijadikan tempat memperoses dan membungkus air ketum.

Menurutnya pasangan itu diberkas ketika berada di ruang tamu rumah mereka dan pemeriksaan lanjut polis menemui satu bungkusan plastik besar yang di dalamnya mengandungi 50 bungkus kecil air, dipercayai air ketum.

"Siasatan ke bahagian belakang rumah suspek pula, turut menemui satu guni lagi daun berwarna hijau seberat 15kg dipercayai daun ketum yang belum diproses", katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kamaruddin berkata, polis turut menemui 50 lagi bungkusan kecil air ketum di belakang rumah itu yang menjadikan keselurahan air ketum yang dirampas berjumlah 100 bungkus.

Beliau berkata, siasatan mendapati daun ketum berkenaan dijual dengan harga RM25 sekilogram manakala sebungkus air ketum yang dirampas dijual dengan harga RM2.50 sebungkus.

Katanya, suspek utama yang terbabit memproses daun ketum tersebut adalah anak lelaki pasangan suami isteri berkenaan yang tiada di rumah ketika serbuan dijalankan.

Pasangan tersebut ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. – Bernama

Berita berkaitan:

Comments

comments

ads