Sabtu, 29 Jun 2013

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


MariaFirdaus.Com.My: Gambar Percutian <b>Di Pulau Perhentian</b> <b>...</b>

Posted: 25 Jun 2013 01:37 AM PDT

Hari Sabtu yang lepas, saya ke Besut Terengganu untuk membuat lawatan ke tapak projek pembinaan reban ayam daging di sana. 
Projek pembinaan rebana ayam di situ sudah hampir habis. Tinggal 5% sahaja lagi yang perlu disiapkan.
Hari Sabtu malam, saya tidur di rumah sahabat saya. Saudara Okaz di Machang. Seperti biasa, kami bersembang panjang malam itu. Tiba-tiba, datanglah idea yang 'gila' dan tidak dirancang.
"Jom pi 'snorkling' di Pulau Perhentian esok," Okaz mengajak saya.
"Sempat ka? Saya pukul 2 petang dah nak balik Parit Buntar dari Besut," saya membalas.
"Jom, kita sempatkan. Pagi esok lepas Subuh kita terus gerak ke Kuala Besut. Pukul 7.00 dah boleh sampai ke Jeti. Pukul 8, kita terus naik bot," Okaz memberi cadangan.
Bila difikirkan, biar betul. Pukul berapa nak bertolak, pukul berapa nak patah balik. 
Tapi, disebabkan saya dah buat kerja 'gila' macam ni, saya bersetuju. 'Adventurous' la konon.
Kami berdua 'gamble.' Pergi ke Kuala Besut tanpa mengetahui apa perjalanan yang bakal ditempuhi.
Jam 7.00 pagi kami sudah sampai hampir ke Kuala Besut. Okaz beritahu saya bot hanya bermula jam 8.00 pagi.
So, kami singgah untuk bersarapan dahulu. Tiba di kedai makan, kami bersembang dengan orang kampung di situ. Memaklumkan kepada mereka hasrat hati kami untuk ke Pulau Perhentian.
Dan yang lebih best, kami cakap kami nak buat 'Half Day Trip'. 
Mereka gelakkan kami. Kalau nak buat 'half-day trip'. Kenapa tak pergi ke jeti pukul 7.00 pagi tadi.
Kami memaklumkan mereka bahawa kami hanya mahu ke sana untuk snorkling sahaja. Pergi, mandi, 'snorkling' dan balik.
Alhamdulillah, ada seorang 'brother' ni sudi membantu kami. Beliau 'guide' kami untuk ke jeti dengan lebih mudah.
Syukur Alhamdulillah, setiba di jeti, kami terus ke kaunter tiket. Rupa-rupanya, di sana ada berpuluh-puluh syarikat bot yang membawa penumpang dari Kuala Besut ke Pulau Perhentian.
Allah mempermudahkan urusan kami. Lepas beli tiket, jam 7.45 pagi ada sebuah bot yang mahu bertolak. Kami terus menaiki bot. Bot mula bergerak.
Atas bot, saya dan Okaz bersembang. Kami betul-betul buat kerja gila hari ni. 'Gamble' yang keterlaluan. Langsung tak ada apa apa plan. Kami langsung tak bayang Pulau Perhentian tu macam mana.

Bot mula bergerak meninggalkan jeti menuju ke Pulau Perhentian.


Saya dan Okaz di atas bot. Kami asyik menggelengkan kepala atas bot. Tak mempercayai apa yanga kami sedang lakukan. Hehe..


Perjalanan menaiki bot mengambil masa sekitar 30-40 minit.


Semakin hampir ke Pulau Perhentian. Subhanallah. Teramat cantik.


Pakai baju dan seluar biasa saja. Memang tak plan nak pi berjalan pun. Bergambar di jeti Pulau Perhentian.

Subhanallah. Airnya yang amat cantik. Kami berdua amat teruja. Setiba di jeti, kami meminta pertolongan abang driver bot untuk 'adjust' dengan kami untuk kami berdua pi 'snorkling'.


Gambar di belakang kanan tu adalah sekolah. Ada budak-budak yang terpaksa naik bot dari pulau-pulau berhampiran untuk ke sekolah. Tengoklah budak kecik baju putih atas bot tu, so small.. But so brave. Berjalan sendiri meniti tepi bot tu.

"HAI OQAZ" kami menaiki bot kecil untuk ke tempat snorkling.


Kami berdua menyewa bot kecil untuk ke tempat snorkling.


Awal sampai. Orang lain pun tak mandi lagi. Jam 8.30 kami dah tiba di sebuah pulau kecil untuk memulakan aktiviti 'snorkling' kami.


Saya menjalankan aktiviti snorkling di sini. Alhamdulillah. Syukur, dapat menikmati keindahan alam. Ada banyak ikan yang cantik-cantik di sini berwarna biru, hijau, kuning.
Kenangan yang best di sini, Okaz tak tahu ber'snorkling'. Setiap kali turun ke dalam air, dia cakap kenapa air masuk ke dalam mulut dia melalui corong tu. Dia kata corong tu bocor. Saya tunjuk contoh saya snorkling ok aja. 
Tak puas hati, Okaz menyelam sekali lagi. Dan sekali lagi air masuk dalam mulut. Dia kata corong tu bocor. Aduh...
Lepas tu, saya suruh Okaz selam sekali lagi. Masa dia selam, saya tergelak habis. Ada ka selam sampai masuk ke dalam air. Mestilah air tu masuk ikut corong atas tu.
Orang selam muka aje, jangan selam sampai corong tu masuk dalam air... Aduh.... Abang ku sorang ni..
Alhamdulillah, lepas tu.. Semuanya berjalan lancar.


Bestnya 'snorkling'. Last time saya ber'snorkling' pun ketika di pulau di Sabah. Jika dibandingkan, air laut di Sabah lebih cantik berbanding di Terengganu ni. 
Secara keseluruhan, kami ber'snorkling' di 3 tempat. Tempat ni aja yang boleh jejak kaki ke lantai. Lagi 2 tempat, 'snorkling' di air dalam.


Ini tempat ke-empat kami snorkling. Memang best. Air di sini teramat jernih. Cuma ikan pula yang kurang.


Lata Air Berani, Pulau Perhentian.


Masa ni, abang kita ni dah flat. Dah nak muntah. Dah mabuk laut. Atas bot dah flat. Sampai bawah, terus rasa macam nak pengsan. Dan saya Alhamdulillah. Masih 'energetic'. 
Masa ni, saya ajak dia 'snorkling' pun dia dah tak lalu. Nak angkat kaki pun dah tak larat. Dah terlalu 'flat.' 
Rasanya adalah 30 minit Abang Okaz ni terlantar di pantai macam tu. Memang saya tengok muka dia pun dah nak kasihan.


Akhirnya, setelah berehat. Okaz mendapat 'nyawa' kembali. Dia rehat di kolam air tawar di tepi pantai tu. Boleh senyum sikit. Tapi bila ajak mandi dan snorkling, dah angkat tangan.... Jam 11.30 pagi, kami kembali ke jeti untuk bersiap nak balik ke Kuala Besut.

Salah sebuah jeti kecil. Berhampiran Arowan Resort.

  Sekitar jam 11.45, bot tiba dan kami menaiki bot untuk pulang ke Kuala Besut.


Bot memecut laju dengan dua buah enjin yang amat besar. Alhamdulillah. Segalanya selamat.
Jam 12.15 tengah hari. Kami tiba di Kuala Besut. Bagi saya, Alhamdulillah. Ia satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Memang best trip ni.
Tapi, bagi Okaz..... "That's it." Dia tak mau pi dah ke sana. Pengalaman mengerikan bagi dia yang flat nak muntah sebab mabuk laut. Padahal air yang bergelora tu tak lah besar sangat.
Syukur Alhamdullillah, saya dapat bertahan.
Insya Allah, lain kali kalau nak berjalan. Boleh bawa Maria dan keluarga. Sian kena tinggal di rumah. Hehe..
Sorry lah... Trip ni tak dirancang pun. Ia terancang secara spontan. 
Jika anda suka dengan entri ini, anda boleh tekan Button Like di bawah ini.

Ada Apa Siti Nordiana, Nubhan <b>Di Pulau Perhentian</b>? - Murai.com.my

Posted: 27 Jun 2013 05:00 AM PDT

gosip | Gosip kita

KL, 27 JUN 2013: Sorrylah kalau Murai Batu ni kepochi ya. Tapi, Murai Batu ada membawa satu perkhabaran mengenai penyanyi Siti Nordiana atau Nana dengan Nubhan yang juga bekas peserta Akademi Fantasia Musim 6 (AF6).

Khabarnya Nana dengan Nubhan telah dilihat bercuti di Pulau Perhentian, Terengganu sekitar pertengahan Jun, baru-baru ini. Amboi? Ada apa dengan Nana dengan Nubhan ni, sampai cuti pun nun jauh di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia.

Adakah mereka berdua bercinta? Aww!! Mesti korang ingat Murai Batu ni suka sangat nak spekulasikan? Tapi, kalau betul pun mereka bercinta, apa salahnya? Sebab, kalau tak silap Murai Batu, dua-dua pun sama single. Dan dua-dua pun, orang Nogori. Haa..Memang sesuailahkan...

Apapun, kehadiran diaorang kat sana, bukanlah berdua semata-mata. Sebaliknya, mereka turut ditemani beberapa rakan.

Tapi, sumber abang Diver Murai Batu memberitahu hanya mereka berdua saja yang nampaknya berstatus selebriti. Yang lain-lain tu ala-ala biasa jer. Tapi, tak tahulah pulakkan kalau-kalau ada yang bekerja di belakang tabir industri hiburan.

Yang pasti, diaorang semua nampak happy bercuti kat Pulau Perhentian tu. Nampak gayanya. Murai Batu kena tanya sendiri dengan Nana dan Nubhan, apa betul diaorang ni tengah bercinta.

MURAIBATU: Lega bila tengok asap jerebu semakin berkurangan...

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


teganuku: Bina Masjid Dalam Air <b>Di Pulau</b> Duyong

Posted: 30 Apr 2013 01:22 PM PDT


Kerajaan Negeri akan membina sebuah masjid di dalam air yang penuh dengan ciri keunikan di Pulau Duyong bagi mengimbangi Masjid Kristal di Pulau Wan Man, tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, peruntukan yang dimasukkan dalam perbelanjaan 2004 itu akan dilaksanakan bagi memenuhi keperluan rakyat sebaik sahaja penyusunan kembali kampung bercirikan tradisional itu.

"Gambaran dan lakaran telah kita siapkan dan ia akan dibina dengan ciri unik yang menempatkan masjid dalam air kerana kita ingin mengimbangi Masjid Kristal yang juga terletak berdekatan Pulau Duyong.

"Oleh itu, kita berharap rakyat Bukit Tunggal terus memberikan sokongan bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana lebih banyak pembangunan akan dilaksanakan termasuk pembinaan 500 unit rumah serta lapan unit rumah kedai ," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Lawatan Sehari Ke Parlimen Kuala Nerus di Pasar Bukit Tunggal, kelmarin.

Sementara itu, dalam kunjungan ke Pasar Bukit Tunggal itu, Ahmad meluangkan masa kira-kira satu jam beramah mesra dan minum pagi bersama peniaga serta penduduk setempat.

Turut mengiringi, isteri beliau, Toh Puan Seri Norliza Mahmud; calon BN Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri dan calon BN Bukit Tunggal, Ismail Nik.

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


Cipan, Tapir & Tenuk (C++): Darurat <b>Di Kemaman</b>

Posted: 23 Jun 2013 05:25 PM PDT

Bhai... Kalu nak tunggu MB Terengganu (Ahmad Said) tue declare Darurat di Kemaman... gua rasa MB Terengganu nak tunggu ada yang mati dulu kot.... Payah.. Payah....

Jadi... gua dengan ini mengambil inisiatif sendiri dengan mengisytiharkan bahawa Kemaman adalah kawasan darurat disebabkan indeks pencemaran udara yang agak teruk.... malah lebih teruk daripada Kuala Lumpur dan hampir sama dengan Pelabuhan Kelang bagi bacaan IPU... bahaya nih... aiyark.. tabley nak bernafas la....

Kepada murid-murid sekolah, sila jangan terlibat dengan aktiviti luar dan kepada sesiapa yang terlibat dengan urusan diluar... sila kurangkan sikit aktiviti...
Kesihatan lu orang sumer adalah keperihatinan gua....

Gua cadangkan sekolah ditutup sementara hari ini sehingga kadar IPU turun kepada dibawah 100 mata dan gua akan arahkan Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman untuk mengagihkan secara percuma topeng muka kepada semua pelajar dan juga penduduk Daerah Kemaman.

Gua juga arahkan diujudkan pusat khas menangani masalah kesihan yang berkaitan dengan pencemaran udara dibuka 24jam di Hospital Kemaman dan setiap laporan mesti dihantar kepada gua.

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


Program Survival Laut & Penghayatan Warisan Edisi Media 2013 <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 28 May 2013 02:18 AM PDT

 

Salam.

Dah lama tak update pasal life aku. Konon kalau aku update ada la ni orang yang nak baca haha. Ah lantaklah nak update jugak sebab apa yang aku nak update nie BEST GILA.

 

Jumaat dengan Sabtu baru ini (24 dan 25 Mei) aku join Program Survival Laut & Penghayatan Warisan Edisi Media 2013 di Pulau Bidong. Aku join pun secara kebetulan bukan dirancang sangat.

 

Amir la yang nak sangat ajak aku pegi. Oleh sebab tidak mahu mengecewakan hati bff, aku ikot la jugak. Ternyata berbaloi jugak la aku join program tu sebab banyak aktiviti menarik kat sana. lagipun aku memang tak pernah sampai lagi di Pulau Bidong. harhar *gelak ramai-ramai*.

 

Sebelum bergerak ke Pulau Bidong, kami singgah dulu di Chagar Hutang, Pulau Redang. Nak tengok penyu. Ini merupakan kali pertama aku pergi sana. Nampak tak semua kali pertama kan haha. Berpeluang juga aku main dengan baby turtle, pun kali pertama jugak. Ambik baby turtle letak atas tapak tangan. Then dia merayap-rayap atas tapak tangan kau. Geli ah jugak skit. Tapi nak kabo la yang baby turtle itu memang sangat comel.

anak penyu

Bila dah habis belajar mengenai hidupan penyu di Chagar Hutang, Pulau Redang kitorang terus bergerak ke Pulau Bidong. Terjumpa pulak bapak penyu sedang asyik berenang tengah-tengah laut. Memang besar dan kacak. lol.

 

Sampai je Pulau Bidong terus bergambar atas buai. haha. Rehat kejap atas buai, main buai laju-laju dengan Aslina, makan-makan, then bersiap untuk aktiviti-aktivit kami di sana. Aktiviti pada petang ini ialah water confident, kayak dan snorkeling.

buai laju laju

pulau bidong       RTM – BERITA HARIAN – BERNAMA

 

Sebelum water confident, kita bergambar dulu dengan banner dan t-shirt spons Program Survival Laut & Penghayatan Warisan Edisi Media 2013.

919370_505666336155609_2096803307_o

Water confident dia gila sangat. Dari pantai kena berenang sampai ke tengah laut (takdelah tengah sangat), naik atas bot, pastu dari atas bot terjun dalam laut balik, then berenang balik ke pantai. Aku dahlah tak tahu berenang. Mujur ada awek mana ntah kasi tali dekat aku. So aku tarik tarik tu jela nak sampai ke bot. Malu gila aku antara peserta yang paling lambat sampai atas bot lol.

water confident  

Lepas dah confident dengan air, kitorang pun main kayak pulak. Tapi tak seronok sangat main kayak sebab boleh kayak sekitar tu je. Aku nak kayak jauh-jauh sikit baru mencabar. heh. Masa tak cukup katanya. Kayak dalam setengah jam, kehulu-kehilir, habis langgar kayak orang then kitorang nak snorkeling pulak. hiks.

aktiviti kayak

Aktiviti snorkeling di Pulau Bidong takdelah ohsem sangat pun. Ala-ala kadar je bagi aku. Masa aku snorkeling aku ada nampak tayar buruk, rumpai laut, batu karang, dengan beberapa ekor ikan yang comel gak ah seploh sen. Takde pun ikan nemo dengan ikan yang ekor menggerbang tu. Sakit mata dan terbelahak masuk air laut tak berbaloi dengan apa yang aku nampak kat dasar laut. dasar betul haha.

Sepatutnya lepas snorkeling ada aktiviti mencandat sotong. Disebabkan aku tak yakin aku boleh keluar mencandat tanpa tak mabuk laut, aku cancel nak pergi mencandat sotong. kakaka. Sudahnya aku lepak je tepi pantai pastu mandi then tidur dalam bilik. Bangun tidur pergi cari makanan dekat kantin. Ada ayam bakar, sotong bakar, udang bakar dengan nasi goreng. Best. Gambar makanan aku tak sempat nak capture pulak.

971252_4747861336985_1485297670_n

Lepas makan sambung tepi pantai sambil gosip. Abang tukang masak cerita pasal kisah seram di Pulau Bidong. Memang seram gilaaaa.. !

Bersambung… aku malas dah taip lol

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


Sejarah <b>Bukit Besi</b> Bandar Perlombongan | <b>Bukit Besi</b> Blog

Posted: 27 May 2013 05:08 AM PDT

Salam satu Malaysia. Bandar Bukit Besi adalah salah satu bandar kecil yang terdapat di daerah Dungun, Terengganu, Malaysia. Bukit Besi terkenal kerana dahulunya merupakan tempat perlombongan bijih besi dan kawasan yang mempunyai hasil bumi iaitu bijih besi dengan banyaknya. Bagaimana Bukit Besi mendapat nama? Ada pendapat menyatakan, ceritanya bermula dengan penemuan oleh beberapa orang penduduk setempat yang masuk ke hutan untuk mencari rotan. Ketika dalam perjalanan mereka berhenti rehat dan ingin menikmati bekal yang dibawa.

Salah seorang daripada mereka ternampak seketul batu sederhana besar dan sesuai dijadikan tempat duduk. Beliau lalu mengambil keputusan untuk mengangkat batu tersebut. Walau bagaimanapun, niatnya terpaksa dibatalkan apabila batu tersebut ternyata sangat berat. Ada yang cuba untuk mengangkat batu tersebut namun tetap juga gagal. Maka salah seorang daripada mereka mencadangkan menamakan tempat tersebut dengan nama Bukit Besi dan ia kekal sehingga ke hari ini.


Manakala sejarah kegiatan perlombongan bijih besi di Bukit Besi bermula apabila seorang ahli kaji bumi dari Jepun,  Mr. Kuhara datang ke Cemuak, Ulu Dungun pada tahun 1916. Beliau  mendapati terdapat kandungan bijih besi dengan jumlah yang besar di kawasan tersebut. Pada permulaannya, bijih besi diangkut dengan menggunakan kereta tolak daripada Bukit Besi ke Kampung Dendang. Kemudian ia dibawa ke Dungun menggunakan bot. Syarikat Kuhara Mining Ltd yang bertanggungjawab sepenuhnya menjalankan kegiatan melombong bijih secara tidak rasmi semenjak 1927.

Ia kemudian ditukar nama kepada Nippon Mining Company (NMC). 'Mining Lease' telah dikeluarkan dengan rasmi oleh Kerajaan Terengganu kepada NMC pada 13 Januari 1929. Kawasan yang berkeluasan kira-kira 360 hektar, terdiri daripada M.L. 129, M.L. 130, M.L. 131 dan M.L. 132 adalah pecahan daripada M.L. 75, iaitu  kawasan yang telah dikurniakan oleh Sultan Terengganu kepada seorang kerabatnya, Tengku Abu Bakar Tengku Abdul Jalil.


Pada tahun 1930, laluan kereta api Dungun - Bukit Besi telah dapat disiapkan di stesen Che' Lijah. 'Stock Pile' atau Tempat Memunggah Bijih yang pertama juga adalah di Kampung Che' Lijah. Dari situ bijih-bijih besi dimuatkan ke dalam bot untuk dibawa ke Kuala Dungun. Tahun 1935, jumlah penduduk di Bukit Besi telah meningkat sehingga 6,000 orang (termasuk 3,000 pekerja). Pendapatan penduduk Bukit Besi pada masa itu sangat mewah.

Perkhidmatan awam seperti bekalan air, elektrik, kereta api juga disediakan secara percuma. Sebuah terowong yang dikenali sebagai Bukit Tebuk dapat disiapkan dalam tahun 1936. Perjalanan melalui Bukit Tebuk dapat menjimatkan masa. Oleh itu tempat memunggah bijih  dari Che Lijah telah dipindahkan ke Nibong, dan akhirnya dipindahkan pula ke Sura.
Pengeluaran bijih besi oleh NMC mencapai kemuncaknya antara 1936 - 1940. Selepas itu ia mula menurun dan berakhir pada tahun 1945, iaitu selepas Jepun menyerah kalah kepada British dalam Perang Dunia ke II. Tiada aktiviti perlombongan yang dijalankan sekitar 1946 - 1949 kerana keadaan darurat dan tiada permintaan.  Kerajaan British telah menjual harta lombong Bukit Besi kepada Eastern Mining and Metal Company (EMMCO).

EMMCO telah memulakan kegiatannya  secara besar-besaran di awal 1950an, kerana permintaan yang tinggi dari syarikat-syarikat di Jepun. Untuk mendapatkan keuntungan besar dalam masa yang singkat, EMMCO telah menggandakan pengeluaran bijih. Aktiviti pengeluaran dijalankan 24 jam sehari tanpa henti, kecuali hari Jumaat. Jentera-jentera moden juga telah digunakan dalam proses pemecahan batu-batu bijih. Dengan ini, pihak syarikat telah berjaya meningkatkan pengeluaran dan menghasilkan bijih besi yang lebih bermutu, di samping mengaut keuntungan yang berlipat ganda.

Kemuncak pengeluaran ialah antara 1960-1964 di mana jumlah pengeluaran melebihi 2,000,000 tan setahun. Pada 1 Oktober 1970, Lembaga Pengarah EMMCO telah membuat keputusan muktamad untuk menutup lombong Bukit Besi. Terdapat berbagai faktor yang menyebabkan penutupan lombong tersebut walaupun kandungan bijih besi dipercayai masih banyak lagi. Penutupan lombong bijih besi ini telah mempengaruhi ekonomi dan kehidupan penduduk-penduduk Bukit Besi dan Dungun. Ramai daripada mereka telah berhijrah ke tempat-tempat lain untuk mendapatkan pekerjaan baru.

Rujukan Anda:


13 di kuala besut - Google Blog Search

13 di kuala besut - Google Blog Search


Apa Kata DAP Tanding <b>Di Kuala Besut</b>? - mykmu.net: demi sebuah <b>...</b>

Posted: 26 Jun 2013 11:32 PM PDT

June 27, 2013   ·   7 Comments

946509_390442381064299_1677230497_n

DUN Kuala Besut yang kosong semalam akibat pemergian penyandang Allahyarham Datuk Dr. A Rahman Mokhtar, hampir keseluruhannya pengundinya adalah terdiri dari orang Melayu (99%), dengan 1% sahaja orang Cina.

Penulis melihat, inilah masanya yang sesuai untuk DAP membuktikan kepada dunia dan rakyat Malaysia ini bahawa parti itu adalah parti berbilang kaum dan dasar-dasarnya diterima oleh semua kaum dalam negara kita ini.

Bukan oleh kaum Cina sahaja seperti yang kita lihat hari ini.

Lagipun, bukankah pembangkang sekarang sudah ada satu nama, Pakatan Rakyat.  Sana Pakatan Rakyat, sini Pakatan Rakyat, sehinggakan jumlah undi ketiga-tiga parti pembangkang diambil kira sebagai mewakili Pakatan Rakyat – peliknya, entah bila lambang Pakatan Rakyat ada dalam kertas undi pun kita tak tahulah.

Jadi inilah masa dan peluangnya pembangkang nak menunjukkan ke'Pakatan Rakyat' sangat tu.

BN dah tunjuk bukti, letak calon dari UMNO bertanding di kawasan majoriti cina, contohnya di Gelang Patah di mana Datuk Seri Ghani Othman bertanding menentang Lim Kit Siang.  Kalah menang itu soal lain, yang penting kita berani dan dah buktikan pun.

Kalah pun sebab DAP main isu perkauman, sementara BN tidak dibenarkan buat begitu.

Jadi kita cabarlah DAP untuk bertanding di DUN Kuala Besut dalam pilihanraya kecil yang akan datang kali ini.  Jajalah nama Pakatan Rakyat tu sana sini, kok benarlah seperti mana dakwaan bahawa rakyat sebenarnya mengundi calon dari Pakatan Rakyat, bukan calon DAP, PAS dan PKR.

Anwar pun (disebalik dakwaan SPR menipu, pilihanraya tidak adil), menganggap pilihanraya kecil yang bakal diadakan di Kuala Besut ini sebagai peluang baik untuk Pakatan.

anwar_bukit_besut

Letaklah calon Melayu ke atau cina lebih baik tapi bertanding atas tiket DAP.  Kalau calon berkenaan berjaya menang di Kuala Besut, penulis terima hakikat bahawa Pakatan Rakyat ini sememangnya jenama politik yang layak untuk menyaingi BN dalam PRU14 akan datang – walaupun belum berdaftar lagi.

Kalau tidak, terima sajalah hakikat Pakatan Rakyat hanya satu sandiwara, nak menipu rakyat kononnya pembangkang bersatu, tak lebih dan tak juga kurang.

Penulis pun dah letih dengan drama pembangkang bersatu ni, dari Angkatan Perpaduan Ummah, Gerakan Rakyat, Barisan Alternatif sampailah ke Pakatan Rakyat sekarang, satu pun tak berdaftar sebagai parti politik sah dan menentang BN secara depan berdepan, tau tau bila menang, dakwa itu kemenangan Pakatan dan sebagainya.

By


Jumaat, 28 Jun 2013

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


Ular Sawa Panjang Giler DiTangkap Semalam <b>Di Marang</b> | dinturtle <b>...</b>

Posted: 24 Jun 2013 11:55 PM PDT

Semalam pasukan JPAM  berkejar ke Kampung Gondang, Marang Terengganu setelah menerima panggilan dari penduduk kampung akan kehadiran seekor ular dikawasan kampung.

Mereka telah berjaya menangkap ular sawa batik tersebut dan setelah diukur, didapati ia merupakan satu rekod ular terpanjang pernah ditangkap di Terengganu iaitu sepanjang 7 meter ! Beratnya pula lebihkurang 250 kg !

Difahamkan Ular tersebut akan diserahkan kepada pihak Perhilitan Negeri untuk tindakan selanjutnya.

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


6 Mac 13 : Pangkalan Udara <b>Gong Kedak</b> Mendoakan Keselamatan <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2013 07:31 AM PST

Pangkalan Udara Gong Kedak Mendoakan Keselamatan Anggota Di Lahad Datu  Pangkalan Udara Gong Kedak Mendoakan Keselamatan Anggota Di Lahad Datu

GONG KEDAK, 6 Mac 13 – Satu Majlis Tahlil dan Solat Hajat peringkat Pangkalan Udara Gong Kedak telah diadakan berikutan tercetusnya pergolakan di Lahad Datu dan Sempoerna, Sabah. Majlis ini juga bertujuan untuk memohon restu agar Ops Serkap yang sedang dijalankan oleh anggota Pangkalan Udara Gong Kedak serta anggota ATM yang lain di lokasi tersebut berjalan dengan lancar dan selamat. Majlis telah dihadiri oleh hampir kesemua warga pangkalan.

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Analisis: Pertembungan getir <b>di</b> Kuala <b>Besut</b> - Utusan Online

Posted: 26 Jun 2013 10:29 PM PDT

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB

KUALA TERENGGANU - Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pastinya bakal merasai suasana sambutan Aidilfitri lebih awal atau lebih panjang tahun ini, jika pilihan raya kecil (PRK) diadakan dalam bulan Ramadan atau Syawal.

Kerusi DUN berkenaan ditakdirkan kosong semula hanya selepas lebih sebulan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berlalu apabila penyandangnya, Dr. A Rahman Mokhtar,55, meninggal dunia pagi semalam dan PRK akan diadakan dalam temph 60 hari.

Seminggu sebelum meninggal, Allahyarham yang begitu disenangi penduduk masih meneruskan tugasan akhirnya dengan menyertai sidang Dewan Undangan Negeri biarpun menyedari kesihatannya sudah cukup kritikal ketika itu namun disembunyi kepada umum.

Malah beliau masih ingin mencari kesempatan akhir untuk menemui rakyat di kawasannya dalam satu majlis meraikan kemenangan Barisan Nasional ketika sepatutnya sudah menerima rawatan rapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini dengan pengawasan penuh oleh pakar.

Sudah menjadi resam agak 'kejam' dalam politik apabila saat seorang wakil rakyat tenat dan disusuli kematian, soal PRK akan lebih diperkatakan umum.

Pemergian Allahyarham yang memaksa berlakunya PRK pertama selepas PRU-13, merancak permainan politik dengan gendangan yang terus bergema dan tidak berkesudahan di negara ini selepas pilihan raya umum apabila terus diheret berpanjangan oleh pembangkang yang merasa mereka berhak menang.

Sama ada anda berasa cukup jelak, cuak dengan sinario permainan para pemimpin politik yang berterusan mengejar kuasa kini yang mencetuskann fenomena jauh lebih membimbangkan berbanding jerebu, anda terpaksa menerima keadaan ini.

DUN Kuala Besut meliputi kawasan lingkaran pantai dan pulau.

Allahyarham anak Pulau Perhentian dan mengakhiri hayatnya sebagai pemimpin di kawasan tanah besar dan pulau yang mempunyai tautan kuat dengan kehidupannya selama dua penggal.

Jika disorot seimbas lalu, sememangnya Kuala Besut boleh dianggap kawasan kubu UMNO dengan rekod pencapaian PRU 2004 memperlihatkan ia menguasai 60 peratus undi manakala 61 peratus pada 2008 dan 58 peratus dalam PRU 2013.

Penguasaan UMNO ternyata kekal pada tahap seimbang sepanjang tiga penggal PRU di kawasan yang pengundi Melayunya mencecah hampir 99 peratus namun semua itu bersandarkan perjalanan

PRU-13 dan sebahagian rekod khidmat Allahyarham

Kuala Besut di kawasan tradisional Melayu dilihatkan sebagai salah satu medan pertembungan sebenar antara dua parti, UMNO dan Pas untuk menentukan pengaruh di kalangan kaum yang diwakili, bukannya Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang.

PRK kali ini cukup besar maknanya bagi kedua-dua parti di negeri ini walaupun tidak merubah apa-apa di peringkat negara dan dibayangkan menjadi cukup getir kerana bakal menentukan masa depan kerajaan BN di negeri ini yang cuma kekal berkuasa selepas PRU dengan kelebihan dua kerusi.

UMNO mesti mengekalkan kelebihan itu untuk memastikan kerajaan tidak goyah dan dalam keadaan tidak menentu kerana jika kedudukan kerusi seimbang 16-16, buat pertama kalinya kedudukan DUN akan tergantung tanpa sokongan majoriti.

Ini pula kesempatan paling berharga buat Pas yang masih ghairah mengimpikan untuk kembali berkuasa setelah disingkirkan rakyat setelah sepenggal diberi kepercayaan dan cuma memerlukan tambahan sekitar 8 peratus undi untuk memenangi majoriti mudah.

Parti itu juga telah mengemukakan petisyen bagi membantah keputusan bagi kerusi DUN Kuala Besut dan Kuala Berang yang memuncakkan lagi harapan mereka.

Kekosongan yang berlaku mempercepatkan semula peluang Pas untuk kembali berkuasa tanpa perlu menunggu sepenggal lagi kerana jika berupaya menguasai Kuala Besut, kemungkinan DUN boleh dibubarkan dan membuka ruang pilihan raya semula di peringkat negeri.

Ini bagaikan pertembungan antara hidup dan mati dengan kedua-dua belah pihak pastinya akan berhempas pulas dengan mengumpulkan kekuatan jentera parti dari seluruh negara untuk memastikan kemenangan.

PKR kali bukan sekadar suatu pertembungan yang mungkin melebarkan lagi perpecahan umat Islam dan Melayu malah menentukan nasib negeri dan rakyat Terengganu. - UTUSAN ONLINE

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: Tiada Mangsa Korban Tanah Runtuh <b>Di Jabor</b>

Posted: 26 Dec 2012 04:07 AM PST


Tiada Mangsa Korban Tanah Runtuh Di JaborKEMAMAN – Jalan masuk utama Jabor-Jerangau ke Air Puteh di Kilometer 139 kini sudah boleh digunakan selepas kerja membaik pulih jalan terbabit yang terjejas akibat runtuhan tanah awal pagi ini selesai dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Che Suza Che Hitam ketika dihubungi Bernama berkata, jalan tersebut dibuka kira-kira 5 petang ini dan turut terbabit dalam runtuhan tanah itu ialah sebuah lori dan lima kenderaan jenis sedan.
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan kini jalan sudah boleh dilalui semua jenis kenderaan," katanya.
Katanya dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi ini tebing jalan setinggi 12 meter runtuh dan menimbusi jalan sepanjang 50 meter.
Menurutnya runtuhan itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat sehingga menyebabkan berlaku pergerakan tanah. – BERNAMA

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


Program Survival Laut dan Penghayatan Warisan Edisi Media <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 30 May 2013 07:36 PM PDT

 

Salam.

 

Kepada anda diluar sana yang belum baca lagi part satu entri ini sila baca dulu ok. Hari ke-2 kami di Pulau Bidong sangat ohsem. Ada aktiviti memancing di laut dalam dan aktiviti jungle trekking dan lawatan ke tapak penempatan warga Vietnam yang pernah menetap di situ beberapa tahun lalu. Seriously aku baru tahu Pulau Bidong mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Pulau Bidong pernah menjadi penempatan warga Vietnam.Sampai sekarang ada lagi peninggalan mereka macam kubur, tapak bangunan dan patung.

 

kaki pancing

Aku nak tahu tak masa aktiviti memancing tu aku mabuk laut. haha gelakkan diri sendiri. Sah-sah la ikan pun tak dapat. Firstime aku join aktiviti macamnie beb. Mula-mula memang ilek-ilek lagi memancing dengan seronok sekali. Then mula la aku rasa pening dan loya. Nak muntah pun ada. Aku bagi pancing aku dekat orang lain. Aku baring terus atas kapal. kahkah. =p

 

Tengok gambar kat atas seronok Amir dapat ikan. Sekali dapat bukan seekor tapi dua ekor kau. Aku paling kagum dengan Aslina la sebab dia dapat ikan kemain banyak. Ada la dalam 5 ekor kalau tak salah kan Aslina ? Aku tak tahu la Aslina tu pakai umpan apa. Papepun, aktiviti memancing akan jadi lagi seronok kalau aku tak mabuk laut then dapat ikan 10 ekor. heh.

 

Lepas dapat ikan 15 ekor, masa memancing pun dah tamat. Kitorang dibawa ke melawat tapak peninggalan warga Vietnam yang pernah menetap di Pulau Bidong berpuluh-puluh tahun yang lepas. Masa tu aku belum lagi dilahirkan. Kau nak tahu cerita disebalik penempatan warga Vietnam nie kau tanya Amir. Story yang dia buat pasal Penempatan Vietnam masuk paper haritu. Kemain eksaited lagi dia.

 

Pulau Bidong

Hutan belakang kitorang itulah tapak penempatan warga Vietnam. Korang nampak tak mercu tanda tinggi belakang kitorang tu yang sebelah kanan ? Haa, itulah antara binaan diorang yang masih teguh sehingga sekarang. Aku ada bergambar dekat situ tapi Amir tak kasi pun gambar tu dekat aku. Biasalah aku pakai kamera ehsan orang je. Takde kamera sendiri. Kakak paling kanan dalam gambar diatas merupakan kakak angkat Aslina dan Amir. Cantik angat kakak angkat korang. aherher.

Pulau Bidong

 

Kalau korang nak tahu, pasir dekat gambar bawah nie halus gila. Semangat aku turun bawah semata-mata nak pergi sentuh pasir halus itu. Pantai dia pun sangat CANTIK. Air jernih bukan main lagi. ALLAHUAKHBAR !  Dapat snorkeling sini memang best nie. aha.

Pulau Bidong

Jungle trekking kat Pulau Bidong nie boleh tahan letih dia. Tempat kitorang berhenti masa jungle trekking yang ada pokok menjalar besar macam buai tu sangat unik. Aslina dengan Amir siap bergambar lagi situ. Tapi gambar tu takde. Sedeh kan. Semua gambar takde nak tunjuk dekat korang. Pasnie kalau nak pergi program wajib bawak kamera sendiri. =p

 

Pulau Bidong

Bersama geng media prima Kuala Lumpur dan Bernama Kuala Lumpur sebelum berangkat pulang ke jeti Marang. Korang sangat sporting. Kenal 2 hari pun dah boleh bergurau macam kenal 2 tahun tau. Siap janji nak belanja aku lagi tu kalau aku pergi Kuala Lumpur kan Raffi. Harap Raffi baca blog aku lol. Biasalah sporting. Nama pun orang media kan. =p

 

Harap tahun depan boleh join lagi program nie. Dengar kata setiap tahun diadakan program camnie dekat Pulau Bidong sana. Terima kasih urusetia program yang cantik kacak bergaya tu sebab incharge kitorang sepanjang program.

 

Aslina suka sangat dengan abang urusetia yang pakai t-shirt 7 dalam gambar bawah ini. Kan Aslina ? Haha. Tahniah buat Nik yang dah habis praktikal di Bernama. Semoga cepat-cepat dapat kerja. Panjang umur kita jumpa lagi.

Pulau Bidong

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


Buletin Online: Adun <b>Chukai</b>, Hanafiah Mat, Akan Terus Berada <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 09 May 2013 10:51 AM PDT

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/haji%20hanafiah%20mat.pngKUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai Haji Hanafiah Mat, yang mewakili PAS dan Pakatan Rakyat berikrar akan terus berada di lapangan memberikan khidmat dan bantuan kepada seluruh masyarakat, tanpa mengira bangsa, kaum dan latar belakang politik.

Beliau bekata, ia bukan 'retorik' kerana beliau telah pun berkhidmat sepenuhnya, sebelum dipilih sebagai Adun pada pilihanraya umum kali ke-13 Ahad lalu.

"saya akan berada di lapangan.......bersama-sama dengan rakyat.......waktu senang dan waktu susah, ini janji saya, kalau saya dapat memerintah .............pembangunan akan saya wujudkan di Kemaman kerana Kemaman merupakan pusat industri,

"tapi bila negeri Terengganu tidak diperintah (PAS dan Pakatan Rakyat) maka saya sentiasa berada dengan rakyat, sentiasa memberikan pertolongan, kebajikan kepada rakyat Chukai .....ini akan saya lakukakn dari masa ke semasa,"tegasnya.

Haji hanafiah berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas Ceramah Sempena Majlis Kesyukuran yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan PAS Terengganu di Rusila, Marang pada Rabu malam, 8 Mei. [Lihat Video]
Katanya, khidmat beliau kepada seluruh warga Chukai, tidak kira samada kepada kaum Melayu, Cina atau India telah dilakukan oleh beliau sejak lima tahun yang lalu, sebaik beliau tidak menang dalam pilihanraya umum kali ke-12, tahun 2008.

"(sebaik diisytiharkan menang sehingga) kelmarin, saya telah turun dari kedai ke kedai, rumah ke rumah, bertemu dengan semua pengundi untuk bersamaa-sama meraikan kemenangan dan sentiasa berada di hati rakyat,

"bukan cakap sahaja......bukan retorik tapi perlaksanaan.....semua orang boleh lihat,"jelasnya.

Beliau berkata, beliau tidak akan melantik seorang pegawai khas bagi melaksanakan keja-kerja khidmat beliau kerana katanya, beliau sendiri akan turun bagi menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh rakyat.

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


50000 Berhimpun <b>Di</b> Blackout505 <b>Kuala</b> Ibai <b>Terengganu</b> Malam Tadi

Posted: 23 May 2013 05:33 PM PDT


Markas PAS Kuala Ibai, Kuala Terengganu,  dibanjiri puluhan ribu rakyat pelbagai bangsa tua dan muda yang berbaju hitam sempena Perhimpunan Black out "505" Peringkat Negeri Terengganu.

Selain DSAI, Timbalan Presiden PAS Tuan Hj Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS, Dato' Hj Husam Musa, Pengerusi PKR Negeri Terengganu merangkap ADUN Bandar,YB Azan Ismail dan ADUN Batu Buruk YB Dr Syed Azman turut hadir. -omakkau

0 comments:

View Comments/Post a Comment

13 di kuala besut - Google Blog Search

13 di kuala besut - Google Blog Search


PANAS!! 3 Penjuru <b>di Kuala Besut</b>.. PKR sedia ketengah calonnya..

Posted: 27 Jun 2013 08:03 PM PDT


Kekosongan kerusi Dun Kuala Besut menarik perhatian parti politik di negeri ini termasuk PKR, apabila kepimpinan parti di peringkat negeri menyatakan kesediaan kemuka calon bertanding.

Kekosongan kerusi itu berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar, menyaksikan Terengganu sekali lagi menjadi negeri pertama yang akan mengadakan pilihan raya kecil (PRK) selepas PRU13, 5 Mei lalu.

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, PKR mempunyai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan tersebut yang sebelum ini ditandingi calon Pas, Napisah Ismail.

"Saya yakin Pas akan pertimbangkan calon daripada PKR. Bagi memperbaiki kedudukan di Terengganu, adalah baik Pas beri pertimbangan calon PKR di situ," katanya.

Dengan kelebihan dua kerusi diperoleh BN berbanding pembangkang pada PRU13 lalu, Azan tidak menolak keadaan itu akan menjadikan kedudukan BN agak genting.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima notis rasmi daripada Yang Dipertua Dun Terengganu, Mohd Zuber Embong, berhubung kekosongan kerusi itu.

BN dan PR masing-masing akan berhempas-pulas untuk menang di Dun Kuala Besut. Bagi BN, kekalahannya di Kuala Besut akan meletakkannya seri 16-16 dengan PR.

Selepas PRU13, BN menang 17 kerusi Dun, sementara PR mempunyai 15 kerusi. Azan berkata, perkara itu perlu segera agar urusan pentadbiran portfolio Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri disandang Allahyarham Dr A Rahman tidak tertangguh.

"Urusan pentadbiran berkaitan portfolio akan tergendala. Jadi, kerajaan negeri dan SPR perlu ambil tindakan segera untuk selesaikan kerana kedudukan sekarang 16-15," katanya ~ SinarHarian

Hmmm.. bagus juga cadangan ni..

Kalau nak teruskan juga aku cadangkan semasa penamaan calon tu calon PKR gunakan AMK untuk menghalang calon PAS dari masuk kedewan untuk penamaan calon macam yang dilakukan oleh Ketua Pemuda PAS di Sungai Acheh hari tu..

Calon PKR datang lewat sikit masa hari penamaan calon tu.. dah tu wakil PKR yang ada dalam dewan tu pura-pura terkejutla bila calon PKR masuk ke dewan..
Lepas tu semasa tempoh berkempen gerakkan semua Wanita PKR untuk turun berkempen dari rumah kerumah sama macam yang dilakukan oleh Ketua Pemuda PAS di Sungai Acheh..

Semasa Wanita berkempen tu, Pengerusi Perhubungan Negeri duduk dalam kereta perhatikan mereka..

Billboard kempen buat besar-besar dah tu dirikan sebelah Billboad Barisan Nasional biar semua pengundi keliru.. ini pun belajar dari apa yang dilakukan oleh Ketua Pemuda PAS di Sungai Acheh juga..

Kalau Presiden larangpun redah saja larangan tu.. teruskan juga sebab gaji bagi ADUN ni leh dari RM4000.00.. banyak tu.. kalau takut nak redah, tak apa.. aku boleh tolong bercakap dengan Presiden..

Takkan kita langgar arahan Presiden tu dikira salah kot??.. Yusni Mat Piah boleh takkan kita tak boleh?

Jika semua tindakan di atas dianggap bertentangan dengan semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat mengapa hingga kini PAS Pulau Pinang masih tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Ketua Pemuda nya si Yusni Mat Piah????

Kalau dah lupa apa mamat tu dah buat di Sungai Acheh sila baca di SINI dan berapa harganya lihat di SINI

Analisis: Pertembungan getir <b>di Kuala Besut</b> - Utusan Online

Posted: 26 Jun 2013 10:29 PM PDT

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB

KUALA TERENGGANU - Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pastinya bakal merasai suasana sambutan Aidilfitri lebih awal atau lebih panjang tahun ini, jika pilihan raya kecil (PRK) diadakan dalam bulan Ramadan atau Syawal.

Kerusi DUN berkenaan ditakdirkan kosong semula hanya selepas lebih sebulan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berlalu apabila penyandangnya, Dr. A Rahman Mokhtar,55, meninggal dunia pagi semalam dan PRK akan diadakan dalam temph 60 hari.

Seminggu sebelum meninggal, Allahyarham yang begitu disenangi penduduk masih meneruskan tugasan akhirnya dengan menyertai sidang Dewan Undangan Negeri biarpun menyedari kesihatannya sudah cukup kritikal ketika itu namun disembunyi kepada umum.

Malah beliau masih ingin mencari kesempatan akhir untuk menemui rakyat di kawasannya dalam satu majlis meraikan kemenangan Barisan Nasional ketika sepatutnya sudah menerima rawatan rapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini dengan pengawasan penuh oleh pakar.

Sudah menjadi resam agak 'kejam' dalam politik apabila saat seorang wakil rakyat tenat dan disusuli kematian, soal PRK akan lebih diperkatakan umum.

Pemergian Allahyarham yang memaksa berlakunya PRK pertama selepas PRU-13, merancak permainan politik dengan gendangan yang terus bergema dan tidak berkesudahan di negara ini selepas pilihan raya umum apabila terus diheret berpanjangan oleh pembangkang yang merasa mereka berhak menang.

Sama ada anda berasa cukup jelak, cuak dengan sinario permainan para pemimpin politik yang berterusan mengejar kuasa kini yang mencetuskann fenomena jauh lebih membimbangkan berbanding jerebu, anda terpaksa menerima keadaan ini.

DUN Kuala Besut meliputi kawasan lingkaran pantai dan pulau.

Allahyarham anak Pulau Perhentian dan mengakhiri hayatnya sebagai pemimpin di kawasan tanah besar dan pulau yang mempunyai tautan kuat dengan kehidupannya selama dua penggal.

Jika disorot seimbas lalu, sememangnya Kuala Besut boleh dianggap kawasan kubu UMNO dengan rekod pencapaian PRU 2004 memperlihatkan ia menguasai 60 peratus undi manakala 61 peratus pada 2008 dan 58 peratus dalam PRU 2013.

Penguasaan UMNO ternyata kekal pada tahap seimbang sepanjang tiga penggal PRU di kawasan yang pengundi Melayunya mencecah hampir 99 peratus namun semua itu bersandarkan perjalanan

PRU-13 dan sebahagian rekod khidmat Allahyarham

Kuala Besut di kawasan tradisional Melayu dilihatkan sebagai salah satu medan pertembungan sebenar antara dua parti, UMNO dan Pas untuk menentukan pengaruh di kalangan kaum yang diwakili, bukannya Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang.

PRK kali ini cukup besar maknanya bagi kedua-dua parti di negeri ini walaupun tidak merubah apa-apa di peringkat negara dan dibayangkan menjadi cukup getir kerana bakal menentukan masa depan kerajaan BN di negeri ini yang cuma kekal berkuasa selepas PRU dengan kelebihan dua kerusi.

UMNO mesti mengekalkan kelebihan itu untuk memastikan kerajaan tidak goyah dan dalam keadaan tidak menentu kerana jika kedudukan kerusi seimbang 16-16, buat pertama kalinya kedudukan DUN akan tergantung tanpa sokongan majoriti.

Ini pula kesempatan paling berharga buat Pas yang masih ghairah mengimpikan untuk kembali berkuasa setelah disingkirkan rakyat setelah sepenggal diberi kepercayaan dan cuma memerlukan tambahan sekitar 8 peratus undi untuk memenangi majoriti mudah.

Parti itu juga telah mengemukakan petisyen bagi membantah keputusan bagi kerusi DUN Kuala Besut dan Kuala Berang yang memuncakkan lagi harapan mereka.

Kekosongan yang berlaku mempercepatkan semula peluang Pas untuk kembali berkuasa tanpa perlu menunggu sepenggal lagi kerana jika berupaya menguasai Kuala Besut, kemungkinan DUN boleh dibubarkan dan membuka ruang pilihan raya semula di peringkat negeri.

Ini bagaikan pertembungan antara hidup dan mati dengan kedua-dua belah pihak pastinya akan berhempas pulas dengan mengumpulkan kekuatan jentera parti dari seluruh negara untuk memastikan kemenangan.

PKR kali bukan sekadar suatu pertembungan yang mungkin melebarkan lagi perpecahan umat Islam dan Melayu malah menentukan nasib negeri dan rakyat Terengganu. - UTUSAN ONLINE

ads