Berikut hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak umno/BN berkuasa lebih setengah abad yang lalu. Namun, jika dikumpul, ianya mencecah ratusan billion Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan umno/BN.
1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyakRM12.7 billion.
Tun Dr Ling Liong Sikmengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilaiRM12.7 bilionitu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskanpembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayudi Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.
2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.
Harga asal pembelian:€1.14 billion (RM4.52 billion)
Kos Senggaraan jangka panjang:€999.15 juta(RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.
Permohonan tambahandaripada Kementerian pertahanan padaSidang Belanjawan 2011
RM417 jutauntuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene
RM56 jutauntuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).
Sebelum ini, kerajaan sudah membayar€999.15 juta(RM3.964 billion) - Rujuk di atas.
3. Kerugian pembelian aset oleh Sime DarbyRM1.6 billion.
Kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gasBulhanine dan Maydan Mahzam di Qatarserta projekhidroelektrik Bakun.
MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Mahathir (PM ketika itu) untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyakRM1.7 billionbertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, Mirzan.
19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyakRM510 juta.
20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripadaApproved Permit (AP)yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion.
21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyakRM4.1 billion.
22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyakRM6.75 billion.
23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyakRM3.2 billion.
24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)
25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugianRM30 billionpada tahun 1990-an.
26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).
27. Menggunakan dana awam sebanyakRM10 billiondalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.
28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugianRM700 juta.
29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro)mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18?
30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyakRM7.4 billion(antara tahun 2004 – 2007)
31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyakRM500 jutadengaRM1 jutasetahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).
32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayarRM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita)RM404,726dan Abdul Hamid Othman (Agama)RM549,675pada setiap tahun.
33. Kerajaan telah membelanjakanRM3.2 billionuntuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayarRM2.21 billionuntuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.
Kerajaan telah membayarRM6kbagi setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk 'mengendali secara atas-angin' pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.
34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selamScorpeneiaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlahRM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.
35. Kerajaan membuat bayaranRM300 jutasebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.
36. RM1.3 billiontelah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih 'Customs, Immigration and Quarantine' (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.
37. MembelanjakanRM100 jutauntuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.
38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja –RM40 juta
39. Dianggarkan sebanyakRM500 jutasetahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara
40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia –RM30 jutadanRM5.7 jutadalam bentuk pemberian tiket percuma.
41. Menanggung kerugian sebanyakRM2.4 jutauntuk pembelian dakwat kekal
42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlahRM38.5 billionkepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.
43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyakRM32 jutanilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.
44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyakRM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyakRM1.5 jutatelah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)
45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyakRM4.486 billion.
46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.
47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilaiRM192.54 juta.
50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyakRM8.3 juta.
51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyakRM3.5 juta.
52. Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilaiberbillion-billion ringgit.
53. Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilaiberbillion-billion ringgit.
54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui.
Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang ini -Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui keuntungan Petronas.
55. RM5700untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*)
56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilaiRM113dalam tempoh beberapa minit. (*)
57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan hargaRM30,000(*)
58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan hargaRM480(*)
59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan hargaRM13,500(*)
60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan hargaRM143.(*)
(*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.
61. Perbelanjaan kempen1Malaysiayang dibayar kepada APCO sebanyakRM76.8 juta.
62. Membayar subsidiRM17 billionkepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)
63. Cincin berlian bernilaiUSD24 jutauntuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?
64. Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanjaRM1.4 juta.
65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanjaRM50 juta.
66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyakRM3.3 billion.
67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugiRM6.75 bilion
68. Rosmah sewa bilik hotelRM100,000satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!
69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadarRM65,100untuk sehari semalam.
70. "Lawatan Sambil Belajar" ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlahRM134,317.76.
71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi 'Permata Negara'nya.
72. Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanjaRM4.5 jutauntuk tempoh TIGA hari.
73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyakRM12.5 juta.
74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyakRM160,000sebulan.
75. Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi 'fluidized bed gasification' yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun.
CHECK-LIST INIAKAN TERUS DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA.
Sunyi pula blog kita semalam kan. Maaflah, sibuk di HQ. Balik office pun dah petang sangat. So, ingat hari ni nak cerita tentang sebuah restoran di Jerteh, Terengganu.
Sebenarnya, dah 2 kali singgah di sini. First time singgah dulu dah rasa sedap sangat makanannya, so singgah lagi kali ke-2. Dan juga kita pun tak berapa pasti lokasi yang sebenarnya. Dulu masa mula2, kita tertidur, hubby stop kat sini. So, ingatkan di Pasir Mas lagi. Tapi, 2nd time cari ianya di kawasan Jerteh rupanya. Tak pasti dalam Besut ke, atau Jerteh, tapi lebih kurang la kan.
Oleh kerana masa ke RP tu kami tak berapa makan sangat sebab tak pandai lagi cari kedai makan yang best, so perut masing2 memangs angat laparlah masa tu. Rancangan azal, nak makan di KT, tapi on the way tu, nampak pula kedai nie macam meriah sikit.
Inilah kedainya. Gelapp jer kan, sebab malam. Hehehehe. Tapi kedai nie macam kawasan rehat. Ada signboard besar Keropok Losong kat depan kedai tu. Kedai nie pula, attached dengan sebuah surau. Ini bahagian dalam kedai. Semuaaaa meja batu tau. Set 8 orang punya meja. Kerusi kayu semuanya. Ha, kat hujung tu, suraunya. Ada ceramah agama kat situ. Ramai juga jemaahnya. Syukur... Ini, masa datang berdua dengan hubby. Tomyam, udang black pepper dengan sotong celup tepung. Semuanya sangat sedap. Tom yam dia memang sedappp, melekat! Tengok kaler pun dah tahu kan? Sotongnya pula memang exactly seperti amna yang kita idamkan. Cruncy but yet soft and a bit chewy. Langsung tak mcm cekodok. Sedappp.... Kami order ikan juga. Stim asam rasanya nie. Sedappp sangat. Kuahnya tu bila dihirup memang sangat menyegarkan. Rasa macam masam2, tapi mild jer dengan broth ikan yang soothing sangat bila masuk ke mulut. Ikan pun fresh...isinya kental dan segala rempah stim tu meresap ke dalam isi ikan.
Oleh kerana rasa sedap, kami singgah lagi. This time dengan Adam pula. Tapi this time, kami kan dah kenyang, makan kat Cafe Maraschino di Rantau Panjang tu kan. So, singgah di sini sekadar berehat dan untuk solat jer. Adam dia ikut jemaah sekali sebab dia tak berapa confident nak buat solat jamak. Bukan main seronok lagi dia dapat berjemaah kat sini. Owh, lagi satu, Adam sangat seronok berjemaah di Masjid Besar Kuala Terengganu tu. Tapi masa tu dia belum berkhatan lagi, so kena la diri di saf belakang. Hahahahaha. Bila dah berkhatan, dia lebih seronok ke masjid untuk berjemaah. Haih..Adam...Adam.
Since, dah kenyang, maka kami order simple food jer. Just alas perut sebab perjalanan masih jauh lagi.
Hubby pun makan bihun goreng jer. Cuma, kami teringin nak rasa ikan bakar Indonesia yang ada di jual di situ. Orderlah satu, tapi rasanya sangat so and so jer. Nak snap gambar pun tak selera. Order lagi stong goreng tepung, sebab terkenangkan yang hari tu, tapi yang datangnya cekodok sotong. Keciwaaa sangat. Cook dah bertukarkah? Sebab kuey tiaw tomyam kita tu pun cair bair jer... Eishh, ralat sangat rasanya. Hubby dok cemuh kita...dia kata dah tau sotong tu dia goreng mcm cekodok, buat apa order lagi? Masalahnya, kita bertekak2 dengan hubby kata yang dulu punya sedap. Hubby jer yang dah tertukar dengan kedai lain punya kot. Mujur ada bukti.... tu, gambar kat atas tu.
So, dalam masa beberapa bulan, restoran yang sama, dish yang sama, rasa yang berbeza?
Sebentar tadi (5.30 pagi) dikhabarkan kemalangan ngeri membabitkan sebuah bas ekspres dan kereta berlaku di hadapan Institut Kemahiran Belia Negara,Kemasik Terengganu.Kini menunggu maklumat lanjut angka korban kerana kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut telah terbakar dan pemandu serta penumpang masih terperangkap.Harap maklum.
KEMAMAN - Empat mangsa rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan bas di depan IKBN Kemasik di sini kira-kira jam 1 pagi tadi.
Kesemua empat mangsa yang rentung merupakan pemandu kereta dan tiga penumpangnya. Pemandu yang terbunuh dikenali sebagai Sabiren Sulaiman, 45; dari Batu Pahat, Johor; isterinya, Halina Said, 40; dan dua anak mereka Siti Khalijah, 12 dan Siti Aishah.
Semenjak bekerja di Kuantan, gua sempat meneroka beberapa spot memancing. Antara spot yang kerap gua kunjungi adalah spot ikan bulan di pantai Balok selain beberapa spot ikan haruan di kawasan ladang kelapa sawit di jalan menuju ke Jabor. Gua juga ada melakukan kunjungan ke spot-spot yang dikatakan berpotensi untuk mengilat si raja muara, sang siakap iaitu di Kuala Balok, Esplanade Kuantan, dan Kuantan 'breakwater' atau pemecah ombak Kuantan namun masih tiada rezeki. Gua akan terus mencuba!
Soalan lisan saya di Persidangan Dewan Undangan Neegeri Terengganu berhubung dengan status hak milik kerajaan Terengganu ke atas penemuan kawasan minyak di medan minyak Bertam PM 307 akhirnya di jawab oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.
Jawapan yang diberikan oleh beliau amat memeranjatkan banyak pihak. Tanpa berselindung, beliau telah memberikan beberapa fakta penting mengenai penemuan hasil minyak di kawasan tersebut.
Beliau menyatakan bahawa;
"Kita (Kerajaan Terengganu) menerima surat dari syarikat Lundin Oil (syarikat carigali yang berpangkalan di Sweden) yang melaksanakan kerja-kerja carigali di kawasan berkenaan (dengan kerjasama Petronas Carigali) mengesahkan bahawa ia adalah di kawasan perairan Terengganu...
Dengan penemuan rizab tambahan ini, Terengganu dijangka memperoleh tambahan royalti sebanyak RM100 juta setahun atau bergantung kepada anggaran pengeluaran."
Berpandukan jawapan ini, kawasan medan minyak yang baru di temui di Blok PM 307 Bertam yang terletak di luar pantai Semenanjung antara Terengganu dan Pahang kini sah menjadi milik rakyat Terengganu.
Medan minyak itu terletak kira-kira 160 kilometer di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan dengan sempadan Terengganu dan Pahang, pada kedalaman air 76 meter.
Ahmad Said juga turut mengesahkan bahawa kerajaan negeri ada menulis surat kepada Petronas mengenai status penemuan minyak itu, namun sehingga kini belum lagi menerima jawapan.
Namun pendedahan terbuka Menteri Besar Terengganu ini mempunyai implikasi undang-undang dan kedaulatan sesebauh negeri yang bernaung di bawah sistem Persekutuan.
Yang paling penting adalah tindakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak yang terlebih dahulu mengistiharkan pada 30 Oktober lalu bahawa negeri Pahang dan bukannya Terengganu berhak menerima royalti di medan minyak Bertam tersebut.
Perdana Menteri juga menegaskan bahawa negeri Pahang dijangka menerima royalti sekitar RM100 juta setahun, bergantung kepada anggaran pengeluaran, apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga tahun 2014.
Pengumuman 'anugerah royalti minyak' oleh Perdana Menteri kepada negeri Pahang ini telah membuka kembali terlalu banyak persoalan besar.
Ia jelas menafikan hak rakyat dan kedaulatan negeri Terengganu yang berpegang teguh kepada semangat Federalisma dan keluhuran perlembagaan negara.
Begitu juga dengan kedudukan Akta Perjanjian Petrolium yang ditandatangani pada tahun 1975 antara kerajaan negeri-negeri dan kerajaan Persekutuan bersama Petronas.
Perjanjajian ini jelas menjamin hak royalti sebanyak 5 peratus kepada negeri-negeri yang ditemui hasil minyak dan gas di perairan sempadan negeri masing-masing.
Persoalan besar adalah, apakah perjanjian asal diantara kerajaan-kerajaan negeri dengan Petronas yang ditandatangani pada tahun 1975 itu sudah tidak diterima-pakai lagi?
Dan apakah setiap penemuan hasil minyak termasuk di Sabah dan Sarawak kini boleh di agih-agihkan kemana-mana sahaja negeri hanya dengan kuasa mutlak Perdana Menteri?
Isu royalti minyak kepada negeri-negeri mula timbul sebaik sahaja Pas berjaya menawan negeri Terengganu pada pilihanraya umum ke 11 tahun 1999.
Pada 5 September 2000, di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed, Kerajaan Persekutuan telah mengambil keputusan untuk menarik balik royalti minyak Terengganu.
Beliau menyatakan bahawa "pembayaran royalti lima peratus kepada Terengganu selama 25 tahun oleh Petronas adalah satu kesilapan dan hanya MOU semata-mata'.
Jadi dimanakah maruah dan hak negeri Terengganu Darul Iman sebagai sebuah negeri yang berdaulat dan negeri yang berpayungkan Tuanku Al-Sultan, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud?
ni ditambah lagi dengan tindakan 'mengehsankan' royalti minyak Terengganu di bawah Dana Khas Persekutuan yang jelas menzalimi rakyat Terengganu yang majoritinya Melayu dan beragama Islam.
Bagi saya apa yang berlaku bukanlah isu hasil minyak yang diperolehi itu berada samada di dalam atau diluar tiga nautika dari persisir pantai negeri.
Kenapa ini tidak berlaku di Sabah dan Sarawak? Apa yang dilakukan adalah kerana dendam dan diskriminasi politik yang berjalan sejak berpuluh-puluh tahun.
Lebih parah lagi mereka sanggup menghina dan menghukum negeri yang 96 peratus penduduknya adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Amat wajar diamati kembali sikap pengasas pertama Petronas, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang telah menunjukkan sifat seorang negarawan tulen.
Beliau berani berdiri dipersada politik tanahair bagi membetulkan fakta yang diselewengkan khususnya dalam perkara pembayaran royalti pertoleum kepada negeri Terengganu, Kelantan dan negeri-negeri lain. Beliau dengan tegas menyatakan hak royalti kepada mana-mana negeri termasuk Terengganu dan Kelantan mesti ditunaikan oleh Petronas berpandukan kepada perjanjian asal pada tahun 1975.
Isu hak royalti minyak Bertam kepada negeri Terengganu adalah persoalan kedaulatan dan maruah negeri yang berdaulat.
Setiap rakyat Terengganu biarpun berbeza pandangan politik dan parti, semestinya mempertahankan hak ini demi kebaikan negeri Darul Iman ini.
Semua rakyat Terengganu yang sayangkan negerinya harus bersatu dalam mempertahankan hak negeri daripada diambil oleh negeri lain.
* Penulis adalah Penolong Setiausaha Agong PAS dan Adun Batu Burok, Terengganu. Email: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it Twitter: @syedazman
Seiring dengan sekolah yang beperwatakan silat, ramai jaguh-jaguh silat berjaya dilahirkan di Sk Bukit Besi, sehingga ade yang ke peringkat kebangsaan. Di bawah bimbingan guru silat merangkap guru kaunseling, hampir setiap tahun melahirkan wakil ke pertandingan peringkat kebangsaan. Tahniah diucapkan
Seramai 450 nelayan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir menerima bantuan melalui Program Bantuan Nelayan Ihsan Samudera Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Dato' Haji Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, melalui program tersebut sejumlah RM157,500 diperuntukkan pihak kerajaan untuk meringankan beban nelayan di kawasan terbabit.
"Sudah menjadi tradisi kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno membantu golongan nelayan di sini terutamanya apabila tiba musim tengkujuh.
"Dengan pemberian wang tunai RM200 dan barangan keperluan dapur diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban golongan nelayan dalam menyediakan keperluan harian keluarga mereka," ujarnya.
Beliau berkata demikian di sidang media selepas menyerahkan sumbangan kepada golongan nelayan bersempena Karnival Kekeluargaan 1Malaysia DUN Seberang Takir 2012 bertempat di Bangunan Penyelaras Umno DUN tersebut, baru-baru ini.
Katanya, dengan pemberian bantuan tersebut ditambah dengan elaun sara hidup bulanan nelayan sebanyak RM200 dapat digunakan sebaiknya kerana kebanyakan penduduk di DUN Seberang Takir bergantung hidup kepada hasil laut.
Dato' Haji Ahmad Razif merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri turut mengharapkan golongan nelayan di kawasan terbabit menyokong kerajaan sedia ada kerana telah terbukti nasib mereka sentiasa terbela dibawah pimpinan BN dan Umno.
ANWAR: Jika Najib yakin, beliau perlu nyatakan kesediaan untuk bertanding Abdul Hadi di Parlimen Marang. Pix: SM AminKUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengikut langkah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam menyatakan kesediaannya bertanding di Marang, yang kini disandang Abdul Hadi.
Bagaimanapun, Anwar menjelaskan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) belum memutuskan untuk meletakkan Presiden PAS itu untuk bertanding di Pekan.
"Kami belum membincangkan perkara itu... Hadi kata beliau akan tunduk kepada keputusan PAS, jadi kita tunggu keputusan parti.
"Tetapi kita ada kekuatan di sana (Pekan), pada tahun 1999, Najib pernah hampir tewas... jika benar beliau yakin, beliau perlu nyatakan kesediaan untuk bertanding di Parlimen Marang," katanya.
Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi yang sebelum ini menyatakan kesediaan untuk bertanding di kerusi yang diwakili Najib ketika ini dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini menyuarakan sokongan terhadap kenyataan Abdul Hadi yang untuk menentang Najib di Pekan.
Najib mewakili kerusi Parlimen Pekan sejak tahun 1976 selepas kemangkatan bapanya, bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak pada tahun yang sama.
Beliau sebelum ini pernah menerima kemenangan dengan majoriti kecil di Pekan sewaktu PRU ke-10 pada tahun 1999.
Berbanding dengan Najib yang tidak pernah tewas di Pekan, Hadi pernah beberapa kali kalah di Marang, sekaligus menunjukkan tidak ada kawasan yang betul-betul selamat untuk Abdul Hadi.
Tindakan Abdul Hadi itu umpama "membunuh karier politiknya" kerana ia dijangka sekiranya perkara itu berlaku, Abdul Hadi akan mengalami kekalahan yang memalukan.
Demonstrasi membantah kezaliman Zionis ini bertempat di Kampung Baru Tebing Tembah Paka Dungun Terengganu dan ia bermula selepas solat jumaat..
Aku sampai agak lewat sedikit.. keadaan demonstrasi sangat aman, polis pon tidak kelihatan.. aku salute kepada mereka termasuk kanak kanak yang begitu bersemangat.. mereka hadir tanpa paksaan.. hanya dengan senjata rasa cinta bersama..
Dalam masa yang sama aku hairan dengan Ahli Majlis Syura Ulama Muda Umno yang memberi fatwa bahawa "tiada jihad di Palestin", boikot produk Israel adalah kebodohan".. apa pun dia adalah Ulama, aku pula "orang biasa" (cap ayam)yang mahukan keamanan dunia sejagat..
SERIUS : PENEMUAN TEROWONG MISTERI BAWAH TANAH DI PALEKBANG, KELANTAN | Anda semua sudah pasti tertanya-tanya apakah sebenarnya yang berlaku di sini kerana ia masih lagi belum mendapat perhatian media setakat ini. Ada juga sumber menambah bahawa terowong ini dikatakan sepanjang 100 kilometer. Persoalannya di sini, bagaimana terowong ini boleh ditemui dan apakah misteri disebaliknya? Kesahihannya masih belum dipastikan lagi. Ikuti ulasan di bawah ini.
Melalui perkhabaran yang diterima, terowong ini pada mulanya dijumpai oleh beberapa pekerja kontraktor ketika kerja-kerja pembinaan dijalankan disana..Dikatakan terowong Palekbang Tumpat yang dijumpai ini mungkin mengubah landskap sejarah yang tidak pernah terungkai selama ini dan masih menjadi misteri.
Masyarakat sekitar kawasan Palekbang Tumpat dan Kelantan khususnya yang mengetahui tentang terowong bawah tanah ini dikatakan mula menjenguk tempat penemuan terowong yang mungkin dibina telah lama dahulu tapi tidak diketahui sebelum ini..
Pihak berkuasa tempatan, polis, tentera mula mengawal rapi tempat penemuan terowong purba misteri yang ditemui di sana buat masa ini..
Melalui info yang diterima terowong Palekbang Tumpat, Kelantan ini dikatakan:
Merentasi Sungai Kelantan (panjangnya dikatakan hampir 100km) Sebagai kubu bawah tanah yang pernah digunakan oleh tentera Jepun dahulu Kota purba Raja Siam yang mengandungi harta karun Tempat simpanan emas yang digunakan oleh kerajaan melayu purba
Dikatakan pihak bomba Malaysia masih lagi menjalankan kerja-kerja menyedut air untuk dikeluarkan dari terowong tersebut bagi memudahkan kerja-kerja dijalankan oleh pihak bertanggungjawab ketika ini..
Pihak dari Jabatan Arkeologi hanya dapat memasuki sebahagian sahaja dalam terowong tersebut kerana laluan terowong ini di penuhi air..
Dijangkakan juga kepanjangan terowong ini boleh mencecah hingga ke Tak Bai, Siam..
Sumber daripada : FB Kelab Pencinta Sejarah Kelantan
1. Terowong Bawah Tanah yang dipercaya dijumpai oleh kontraktor ini adalah kawasan "pat dahat"..dimana terowong ini digunakan oleh sebilangan tentera jepun untuk menyerang tanah melayu kelantan..melalui bawah terowong ini juga, tentera jepun membawa segala peralatan perang dan radar serta harta untuk ke sesebuah markas. Tetapi tentera jepun bukan keseluruhan melalui kawasan "pat dahat" itu..pada masa ini kawasan dan persekitaran terowong seluas "pintu rumah" dan keadaan geografi pada tahun 1930-1945 tidak seperti hari ini. KPSK menggambarkan "pat dahat" daripada sumber yang pernah bekerja di lapangan terbang Lalang Luas, Machang dan Gong Kedak. Jadi apa yang kita lihat hari ini mungkin bukan pintu utama nak masuk ke dalam terowong. Sebab ada yang pernah masuk dalam terowong seperti ini di Gong Kedak pada tahun 1970an akhirnya keluar dalam keadaan mendukacitakan.
2. Sebab ambo pernah kato di KPSK bahawa suatu ketika dahulu Kelantan ni pernah berlaku satu peristiwa di mana "ghaibnya" kerajaan Chermin, "ghaibya" kerajaan Cik Siti Wan Kembang, "ghaibnya" kerajaan Raja Kumar di Pulau Sabar ( sejajar dengan Palekbang hari ini, lokasi sudah jadi Sungai Kelantan separuhnya ) adalah kesinambungan gapo berlaku hari ini..Palekbang hari ini adalah asalnya separuh Kerajaan Kelantan Purba..Kerajaan Raja Kumar di Pulau Sabar dan segala harta jepun di bawa dari markas utama dan sementara Siam ke Tanah Melayu xkan bawok naik kapal laut..mesti melalui darat..ko guana..??? tepuk amai amai belalang kupu kupu..tepuk ramai ramai nanti antara kita dapat tahu.
3. Jadi xhairanlah kalu Palekbang ni ada kontraktor napok lubang dale air..dan dalam lubang tuh penuh dengan air..dan bomba pun sedup nak suruh kering air, nak masuk dale lubang nak cari "pade bola", logik ko akal dale terowong ada pade bola..semuanya bare mistik belako..lagumana kalu lube ni ada arus sapa ko Kuala Takbai..????xkan nak suruh kering air dale tuh, amik masa belako tuh..kemungkinan kebangkitan kerajaan 2 raja bersaudara akan timbul dale masa terdekat..
Sumber daripada: FB This is Kota Bharu
Kawasan larangan di Palekbang dimana tempat dikatakan terdapat penemuan sesuatu yang misteri di tapak bersejarah bekas pelabuhan Palekbang. Kelihatan kerja-kerja membersih giat dijalankan oleh beberapa orang petugas . Sementara di kawasan lapang berhampiran pam pasir Hj. Manaf kelihatan lebih sepuluh orang berkhemah dan mungkin sedang merancang sesuatu.
terdapat sebuah lubang yang kelihatan agak dalam seperti sebuah telaga lama atau terowong yang sebelum ini mungkin tertimbus .
Apapun tempat tu dapat dilihat dengan mata sendiri petang ni. Yang perlu dikorek bukan sekadar terowong tetapi juga sejarah masa silam Palekbang yang suatu ketika dulu dikhabarkan pernah menjadi sebuah bandar pelabuhan.
Mungkin jawapan tepat boleh diberikan oleh penduduk sekitar kawasan tersebut atau tunggu sehingga penemuan terowong Palekbang Tumpat, Kelantan ini diumumkan secara rasmi oleh pihak bertanggungjawab..Apapun kita tunggu dan lihat.
Versi Tambahan
Berikut adalah sedikit sebanyak komen atau update yang aku dapat dari beberapa buat forum dan facebook serta kenalan-kenalan. Update akan aku lakukan dari masa kesemasa. :
# Pihak tentera dan polis sedang mengepung satu kawasan di dalam hutan dekat Palekbang, Tumpat, Kelantan.
# Kawasan telah dikepung sejak 2 hari lepas.
# Bomba sedang menyedut air.
# Satelit kaji bumi untuk membuat imbasan x-tray ke kawasan terbabit dijangka akan melalui kawasan itu pada hari ini.
# "menurut org2 kt situ, bnda ni kena dirahsiakan dulu wat smentara waktu. sementara pihak2 berkuasa yg berkenaan sdg menyiasat. alah.. ala2 pyramid melayu style lah. bukak sikit2 je. yang pasti, pihak arkeologi, muzeum n antikuiti, sejarah, kerajaan negeri dan tntunya pihak keselamatan sdg berkampung dikawasan tsbt saat ini. namun tiada pihak media.
yg telibat sedang dipagar pihak berkuasa bg mengelak pencerobohan. lokasinya bukanlah dlm hutan rimba or pedalaman krn tiada hutan di tumpat. ia terletak di tebing sungai, strategically located close to KB city. Terdapat rangkaian terowong bawah tanah yang kompleks sehingga berKM2 ke….. … dan ada…..menunggu keputusan imbasan satellite yg sah."
# "Dgr cerita penemuan emas yamashita kat sana… Admin blog shahpaskal jgk yg buat pengesahan"
# "cerita yg ambo dengar…. katanya la… seorang cina duk tanam cerucuk buat jambatan… tetiba muncul seekor buaya putih,,, then buaya putih ghoyat ko dia… "cukup2 la duk tanam cerucuk kat sini…. berenti lah… pasal kat bawah ada "kubu" … lama…." itulah berita yang hamba dengar… dan tidak dapat dipastikan kesahihan cerita tersebut…."
# "Pihak kerajaan telah menjumpai terowong panjang di Palekbang, Tumpat, Kelantan yang berisi emas dan peralatan perang milik Jepun. Ini merupakan tinggalan terbesar selepas Perang Dunia Kedua di Malaysia yang diumum terus kepada awam."
# "Ambo gi kelih ptg td mmg rmai situ..bomba dok sedut air x abih2 lg,polis,jabatan miniral & geosains (betul ko ejo nih) pn ado.x kurang jgk rmai ore kg dok tgk. Terowong tu sbenarnyo menghala ko sempadan thailand.dulu puok2 ni wt seludup brg dll..loni musm boh,hujan xbrenti jd terowong tu penuh dgn air..sebelum ni ore x jupo lg terowong tu sapa la kontraktor jupo..nnti ambo update lg…"
# "so,emangnyer confirmla terowong..so mmg xder la pyramid? xde la peninggalan srivijaya? xde la emas yamashita? cuma terowong seludup beras jew?frust…"
# "so..versi rasminya, itu terowong seludup beras? bila nak kluar teori konspirashit, kerajaan malaysia menyembunyikan fakta sebenar berkenaan penemuan terowong tersebut? bahwa mmg ada dijumpai sesuatu di dalam itu tapi terpaksa di"gelap"kan beritanya demi KESELAMATAN negara?"
# "Ini mungkin penemuan terhebat dalam sejarah tetapi unit propaganda akan cover up. …. mungkin akan declare 'hanya sebuah terowong kosong'sedangkan isinya dah ghaib kena angkut dek. …… (aku tak berani tulis nanti masuk ISA)"
# "sebenarnya sejak last week ada orang tetiba sangat berminat mengenai topik ISTANA PURBA RAJA SIAM DI TUMPAT, KELANTAN. …..kita anggap cuma isu terpencil dan tak ambil berat. …….. sehinggalah kita dapat info bahawa tentera dah sampai ke Palekbang, Tumpat. ……"
# "Bomba sedut air tak habis2 lagi sejak 2 hari lepas. – Boleh bayangkan besar mana tempat bawah tanah itu???
# "lokasi terowong ini ialah di seberang Bandar Kota Bharu sahaja. Facing area between Kg Cina-Hotel River View"
# "kalau betul mungkin terowong zaman jepun dan polis dan tentera yg menutup kawasan tuh utk keselamatan mungkin takut ada bom2 peninggalan zaman jepun……"
# "saya bagi clue: Jepun hantar spy ke Kelantan sebelum Perang Dunia II. Jepun dapat tahu bahawa dahulukala di tengah2 Sungai Kelantan ada sebuah pulau yang merupakan pusat pentadbiran. Kawasan itu juga merupakan kota purba. ……….. Pernah didengar cerita orang mati lemas ditelan pusar air. …… tapi mayat jumpa di tempat lain yang jaraknya 100km. …. seperti ada terowong. …… Askar Jepun terdesak, mereka sanggup cari kota purba/terowong rahsia tinggalan kerajaan purba untuk dijadikan bunker/markas bawah tanah. KONTRAKTOR JAMBATAN SULTAN YAHYA PETRA DEPAN TESCO mengadu sukar untuk piling beberapa batang tiang sehingga menyebabkan tiang di seberang Pasir Pekan tidak siappppppp. …….. Tidak jauh daripadanya, kontraktor mengorek pasir pula menjumpai sesuatu. …."
# "anda takkan percaya bahawa apa yang dijumpai di Kelantan ini akan menyebabkan chapter tambahan Perang Dunia ke 2 akan terbongkar dan mat salleh dari selluruh dunia akan datang ke Kelantan. ….. CNN pon akan ke Kelantan. tapi saya takkan tulis banyak. kalau nak tahu, pergi sendiri ke Kelantan"
# "Ceritanya jadi amat panjang apabila penjajah British tahu berkenaan terowong yang amat panjang dibina oleh tamadun purba, dan tahu pasal Piramid di sempadan Kelantan-Pahang tetapi mereka merahsiakannya. ….. Askar Jepun pula menggunakan terowong ini semasa Perang Dunia II dan menyorok emas dan senjata mereka di dalam terowong ini. ……."
# "abang ipar aku ada pergi td….bukan piramid melayu la….penemuan kubu dan terowong jepun masa diorang serang tanah melayu…..ditutup sebab dah jd tempat arkeologi…..tempat tu dijumpai sebab berdasarkan peta yg dibawa dari jepun…..dan satu lagi penemuan penting adalah lapangan terbang zaman jepun pun dah dijumpai di wilayah gua musang. peta dari jepun? peta asal? benarkah ini?"
# "dgr cerita diorg ada jumpa terowong rahsia Jepun heading towards Thailand. A very long tunnel. Waiting for satellite imaging confirmation."
# "berita terbaru..unit cawangan khas telah menagkap ejen pihak negara luar kerana cuba mengorek rahsia ini…"
# "palekbang sebahagian kelantan purba..raja masa tu x silap raja kumar.."
# "Setakat loni (7.56pm)..kawase tuh dikawal ketat puok2 tentera & polis..org kg xleh masuk lgsung doh kawase tuh…napok banyok jgk 'sb' dok bkeliarn tgh2 ore ramai..ambo x raso demo nih jupo stakat terowong emas & kota lamo..mungkin jupo benda lain lg slain tu hok lg misteri…sbb tghari td napok tigo empat butir land rover cermin gelap masuk situ siap dgn escort lg..pahtu napok skuad pkaian putih dgn topeng gas (chemical clothing) masuk situ…ambo update smula.."
# "menurut kata saing ambo… kawasan palekbang tu merupakan kwsn kubu tentera jepon mase mula2 dtg tanah melayu dulu selepas mereka mendarat d pantai sabak n then baru pwgi palekbang… masih ade saki baki tinggalan tentera jepon yg ade… antarany perigi lame dan bubu pthanan… yg keadaan menjadi kecohnya sbb ade pihak muzium dtg utk mengkaji tmpt tu… mereka telah menemui terowong didalam perigi yg mane sblom ini tidak dketahui umum.. pnduduk kg pon xtau dalam perigi tu ade trowong… dalam trowong tu mereka mjumpai tinggalan perang seperti senjata dan peluru… mgkn sbb tu la askar n polis dpanggil…"
# "rasanya dah takde ape kot..kalau ada bom ngan peluru pun rasanya askar dan polis dah setelkan..dah takde askar yang jaga tempat tu hari ni..yang ada pun ahli arkeologi yang nak kaji kesan peninggalan sejarah tempat tu..yang kata jumpa emas bagai tu tak kot.."
# "terowong ni panjangnye 100km menghubungkan kg takbai thailand."
# "Perkara ini tersebar, ekoran Kontraktor yang sedang menjalankan pembinaan telah menemui satu struktur bawah tanah yang meragukan hingga mereka telah memangil Bomba untuk menyedut air dari satu tempat pembinaan mereka. Dari sini, Bomba telah memaklumkan kepada pihak tentera dan polis kerana apa yang mereka temui adalah diluar bidang kuasa mereka."
# "Sumber kami di Palekbang menyatakan bahawa, struktur dalam tanah tersebut mengandungi bahan letupan (belerang) dalam kuantiti yang banyak dan ianya didakwa adalah tinggalan Perang Dunia ke-2. Sumber kami yang lain pula menyatakan bahawa mereka yang mempunyai "pas keselamatan" sahaja boleh memasuki kawasan ini."
# "Apa yang ditemui dikawasan tersebut memang kami tidak ketahui lagi. Hingga saat ini ianya masih dibawah kawalan pihak ATM."