13 di jerteh - Google Blog Search |
My Rainbow...: Makan <b>di Jerteh</b> Posted: 19 Dec 2012 06:39 PM PST Assalamualaikum..... Sunyi pula blog kita semalam kan. Maaflah, sibuk di HQ. Balik office pun dah petang sangat. So, ingat hari ni nak cerita tentang sebuah restoran di Jerteh, Terengganu. Sebenarnya, dah 2 kali singgah di sini. First time singgah dulu dah rasa sedap sangat makanannya, so singgah lagi kali ke-2. Dan juga kita pun tak berapa pasti lokasi yang sebenarnya. Dulu masa mula2, kita tertidur, hubby stop kat sini. So, ingatkan di Pasir Mas lagi. Tapi, 2nd time cari ianya di kawasan Jerteh rupanya. Tak pasti dalam Besut ke, atau Jerteh, tapi lebih kurang la kan. Oleh kerana masa ke RP tu kami tak berapa makan sangat sebab tak pandai lagi cari kedai makan yang best, so perut masing2 memangs angat laparlah masa tu. Rancangan azal, nak makan di KT, tapi on the way tu, nampak pula kedai nie macam meriah sikit. Inilah kedainya. Gelapp jer kan, sebab malam. Hehehehe. Tapi kedai nie macam kawasan rehat. Ada signboard besar Keropok Losong kat depan kedai tu. Kedai nie pula, attached dengan sebuah surau. Ini bahagian dalam kedai. Semuaaaa meja batu tau. Set 8 orang punya meja. Kerusi kayu semuanya. Ha, kat hujung tu, suraunya. Ada ceramah agama kat situ. Ramai juga jemaahnya. Syukur... Ini, masa datang berdua dengan hubby. Tomyam, udang black pepper dengan sotong celup tepung. Semuanya sangat sedap. Tom yam dia memang sedappp, melekat! Tengok kaler pun dah tahu kan? Sotongnya pula memang exactly seperti amna yang kita idamkan. Cruncy but yet soft and a bit chewy. Langsung tak mcm cekodok. Sedappp.... Kami order ikan juga. Stim asam rasanya nie. Sedappp sangat. Kuahnya tu bila dihirup memang sangat menyegarkan. Rasa macam masam2, tapi mild jer dengan broth ikan yang soothing sangat bila masuk ke mulut. Ikan pun fresh...isinya kental dan segala rempah stim tu meresap ke dalam isi ikan.Oleh kerana rasa sedap, kami singgah lagi. This time dengan Adam pula. Tapi this time, kami kan dah kenyang, makan kat Cafe Maraschino di Rantau Panjang tu kan. So, singgah di sini sekadar berehat dan untuk solat jer. Adam dia ikut jemaah sekali sebab dia tak berapa confident nak buat solat jamak. Bukan main seronok lagi dia dapat berjemaah kat sini. Owh, lagi satu, Adam sangat seronok berjemaah di Masjid Besar Kuala Terengganu tu. Tapi masa tu dia belum berkhatan lagi, so kena la diri di saf belakang. Hahahahaha. Bila dah berkhatan, dia lebih seronok ke masjid untuk berjemaah. Haih..Adam...Adam. Since, dah kenyang, maka kami order simple food jer. Just alas perut sebab perjalanan masih jauh lagi. Hubby pun makan bihun goreng jer. Cuma, kami teringin nak rasa ikan bakar Indonesia yang ada di jual di situ. Orderlah satu, tapi rasanya sangat so and so jer. Nak snap gambar pun tak selera. Order lagi stong goreng tepung, sebab terkenangkan yang hari tu, tapi yang datangnya cekodok sotong. Keciwaaa sangat. Cook dah bertukarkah? Sebab kuey tiaw tomyam kita tu pun cair bair jer... Eishh, ralat sangat rasanya. Hubby dok cemuh kita...dia kata dah tau sotong tu dia goreng mcm cekodok, buat apa order lagi? Masalahnya, kita bertekak2 dengan hubby kata yang dulu punya sedap. Hubby jer yang dah tertukar dengan kedai lain punya kot. Mujur ada bukti.... tu, gambar kat atas tu. So, dalam masa beberapa bulan, restoran yang sama, dish yang sama, rasa yang berbeza? . |
You are subscribed to email updates from di jerteh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan