13 di seberang takir - Google Blog Search |
T E G A N U K I TA: Nelayan <b>Seberang Takir</b> terima bantuan Posted: 15 Dec 2012 07:14 PM PST Oleh: Noraini Jusoh Seramai 450 nelayan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir menerima bantuan melalui Program Bantuan Nelayan Ihsan Samudera Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Dato' Haji Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, melalui program tersebut sejumlah RM157,500 diperuntukkan pihak kerajaan untuk meringankan beban nelayan di kawasan terbabit. "Sudah menjadi tradisi kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno membantu golongan nelayan di sini terutamanya apabila tiba musim tengkujuh. "Dengan pemberian wang tunai RM200 dan barangan keperluan dapur diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban golongan nelayan dalam menyediakan keperluan harian keluarga mereka," ujarnya. Beliau berkata demikian di sidang media selepas menyerahkan sumbangan kepada golongan nelayan bersempena Karnival Kekeluargaan 1Malaysia DUN Seberang Takir 2012 bertempat di Bangunan Penyelaras Umno DUN tersebut, baru-baru ini. Katanya, dengan pemberian bantuan tersebut ditambah dengan elaun sara hidup bulanan nelayan sebanyak RM200 dapat digunakan sebaiknya kerana kebanyakan penduduk di DUN Seberang Takir bergantung hidup kepada hasil laut. Dato' Haji Ahmad Razif merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri turut mengharapkan golongan nelayan di kawasan terbabit menyokong kerajaan sedia ada kerana telah terbukti nasib mereka sentiasa terbela dibawah pimpinan BN dan Umno. |
You are subscribed to email updates from di seberang takir - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan