Ahad, 13 April 2014

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


Dua cedera dalam pergaduhan antara kumpulan <b>di Wakaf Tapai</b> <b>...</b>

Posted: 08 Apr 2014 07:09 PM PDT

Pergaduhan antara dua kumpulan mengakibatkan dua individu cedera Wakaf Tapai Marang.-Gambar hiasan

Dua lelaki cedera dilibas dengan parang dalam pergaduhan yang melibatkan dua kumpulan di Kampung Wakaf Tapai, Marang tengah malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 12.30 tengah malam yang melibatkan 16 individu termasuk seorang wanita, dipercayai mengenai masalah hutang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner K.Manoharan berkata anggota satu kumpulan yang terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita diserang dengan pedang dan parang oleh kumpulan yang satu lagi.

Beliau berkata ekoran itu dua lelaki yang berusia 32 dan 23 tahun cedera di pergelangan tangan serta belakang.

"Kita berjaya menahan tiga suspek termasuk seorang wanita yang berusia 17 tahun kira-kira pukul 2 pagi tadi ketika mereka datang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Manoharan berkata hasil pemeriksaan lanjut, pihak polis menemui dua bilah pedang, parang, buku lima serta badik yang dipercayai digunakan dalam kejadian pergaduhan itu, di dalam sebuah kereta.

Kedua-dua anggota kumpulan dipercayai berasal dari Kuala Terengganu dan Marang berusia antara 20-an hingga 30-an.

"Kita telah mengenal pasti beberapa suspek yang terlibat dan kita nasihatkan mereka agar menyerahkan diri di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya. – Bernama

RUSUHAN BERSENJATA <b>DI WAKAF TAPAI</b> | PORTAL PAHANGKU

Posted: 09 Apr 2014 06:30 AM PDT

Kuala Terengganu - Dua cedera dalam satu kejadian rusuhan bersenjata melibatkan dua kumpulan akibat pertikaian dipercayai berkaitan hutang di Wakaf Tapai, Marang, kira-kira jam 12.30 malam kelmarin.
Susulan kejadian itu, polis menahan dua lelaki masing-masing berumur 23 dan 32 tahun serta seorang perempuan berusia 17 tahun, dipercayai teman wanita salah seorang suspek yang ditahan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian tersebut berlaku berhadapan dengan sebuah kedai serbaneka 24 jam di Wakaf Tapai.
"Berdasarkan maklumat awal, sekumpulan tujuh lelaki dan seorang perempuan telah menaiki dua kereta untuk berjumpa dengan sekumpulan lagi yang terdiri daripada lapan lelaki untuk berbincang mengenai masalah hutang.
"Dalam pertemuan itu, tiba-tiba kumpulan yang berada di Wakaf Tapai telah menyerang kumpulan satu lagi dengan pedang dan parang.
"Dua daripada mereka mengalami kecederaan selepas diserang sebelum mereka melarikan diri," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, di sini, semalam.
Susulan itu, pihak polis menahan tiga orang iaitu dua yang cedera dan seorang perempuan.
Polis kini sedang mengesan 13 lagi individu daripada kedua-dua kumpulan.
Manoharan berkata, pihaknya sudah mengenal pasti beberapa individu terbabit dan telah memeriksa rumah mereka.
"Suspek lelaki yang berusia 23 tahun telah mengalami kecederaan di belikat kanan dan pergelangan tangan kanan, manakala seorang lagi suspek berusia 32 tahun cedera di bahagian belakang.
"Tangkapan dibuat semasa mereka sedang menerima rawatan di hospital dan semasa membuat laporan di balai polis," katanya.
Kata Manoharan, pihaknya percaya kebanyakan suspek berasal dari Marang dan Kuala Terengganu.
"Kita juga berjaya merampas salah sebuah Persona yang digunakan kumpulan terbabit dan daripada kereta ini, kita menemui dua bilah pedang samurai, sebilah parang, satu buku lima dan satu badik," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan menggunakan senjata dan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera.
"Pihak polis menasihati semua yang terlibat untuk segera menyerah diri sebelum mereka ditangkap.
"Ahli keluarga atau rakan diminta turut menasihatkan individu terbabit agar menyerah diri. Kita sudah kenal pasti dan sedang mengesan mereka," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads