13 di kemaman - Google Blog Search |
Kem Hufaz Cilik dan MyNAZIM Camp manfaat cuti persekolahan <b>di</b> <b>...</b> Posted: 07 Dec 2013 08:15 PM PST CHUKAI, 30 Nov. – "Penganjuran Kem Hufaz Cilik dan "MyNAZIM Camp" tahun 2013 anjuran Biro Keluarga dan Masyarakat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kemaman kali ini telah berjaya mengisi masa terluang cuti persekolahan dengan mencapai objektif yang telah ditetapkan", jelas pengarah kem, Puan Norlydawati binti Dzulkifli. Tambah beliau lagi, "Di antara objektif diadakan kem-kem tersebut adalah untuk melahirkan generasi yang bijak al-quran, menggarap bakat kepemimpinan dan membentuk peribadi berakhlak mulia dalam diri peserta kem." Sambutan yang diterima oleh masyarakat di Kemaman adalah amat menggalakkan yang mana permohonan untuk menyertai Kem Hufaz Cilik terpaksa ditolak kerana sudah memenuhi kuota yang telah ditetapkan oleh penganjur. Manakala penyertaan untuk 'MyNAZIM Camp' berkonsepkan 'outdoor' yang tinggal di dalam khemah telah mendapat pendaftaran seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Kami mendapat sokongan sepenuhnya daripada ibu bapa untuk mengadakan kem-kem sebegini pada musim cuti sekolah dan ini menunjukkan secara umumnya ibu bapa mula sedar bahawa cuti persekolahan perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh anak-anak dengan pelbagai aktiviti berfaedah. Berbeza dengan sebelum ini, 'MyNAZIM Camp' edisi ke-2 kali ini dibawakan dengan suasana lebih lasak dengan konsep perkhemahan berbanding sebelum ini, iaitu para peserta hanya bermalam di chalet untuk melatih peserta untuk lebih berdikari dan memupuk semangat kerjasama. Sepanjang 'MyNAZIM Camp', para peserta diminta untuk menyediakan makanan sendiri berdasarkan peralatan dan bahan mentah yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Terang Puan Norlydawati lagi, tema kem pada kali ini menekankan kepada peserta tentang kepentingan rasa berterima kasih dan mensyukuri nikmat Allah s.w.t. walaupun berada di kem yang berkonsepkan perkhemahan. "Namun, pada masa yang sama, kami tetap dengan beberapa konsep asas kem kami iaitu tidak meninggalkan kepentingan unsur-unsur kerohanian seperti slot 'survival solat', adab tayamum dan banyak lagi", tegas Puan Norlydawati. Beliau mengakhiri temubual dengan mengharapkan agar cuti persekolahan digunakan sepenuhnya dengan perkara berfaedah dan ibu bapa memberikan dorongan kepada anak-anak untuk tidak membuang masa dengan begitu sahaja. Kem Hufaz Cilik dan "MyNAZIM Camp" merupakan salah satu daripada pelbagai program anjuran ISMA yang dibuka untuk masyarakat umum dan individu di Kemaman yang berminat untuk mengikuti perkembangan lanjut program anjuran ISMA boleh menghubungi talian hotline ISMA Kemaman di 018-9661500. |
You are subscribed to email updates from di kemaman - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan