Selasa, 1 April 2014

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


Dua maut, dua parah kemalangan tiga kenderaan <b>di Setiu</b> <b>...</b>

Posted: 23 Mar 2014 08:18 PM PDT

Setiu – Dua maut, dua parah dan seorang cedera ringan dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu kereta, van dan MPV di Km52.9, Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu, berhampiran Kampung Sungai Lerek, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Abd Rahman Raja Mohamad berkata dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, pemandu kereta Proton Iswara Che Hassan Deraman, 60, dari Tumpat, Kelantan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya penumpang kereta itu Waehamah Nurisaem, 47, dari Bantak Bai, Narathiwat, Thailand meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Setiu.

Dua yang cedera parah ialah penumpang van Tuan Kamariah Tuan Besar, 54, dan anaknya Nini Nuraini Rosmawadi, 23, manakala seorang lagi anaknya Nurfatini, 17, hanya mengalami kecederaan ringan, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya suami Tuan Kamariah yang memandu van, Rosmawadi Ghazali, 51, pengajar di Pusat Latihan Perhutanan di Kuala Terengganu, isteri Che Hassan, Che Gayah Kasim dan pemandu MPV Normala Mat Noh dan suami serta dua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Setiu untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera juga dirawat di hospital sama. -bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads