13 di pulau perhentian - Google Blog Search |
MB Terengganu Kecewa Kelewatan Pembinaan Rumah Pangsa <b>Di</b> <b>...</b> Posted: 26 Mar 2014 11:53 AM PDT "Peringkat awal sebelum ini kerajaan dapat menerima alasan kontraktor kerana menghadapi masalah tapak yang banyak bongkahan batu tetapi setelah diselesaikan, pembinaannya masih lagi lewat." Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kecewa dengan kemajuan kerja pembinaan rumah pangsa mampu milik oleh kontraktor di sini yang didapati terlalu perlahan dan tidak mematuhi jadual asal pembinaannya. Menurutnya, sepatutnya pembinaan 200 unit rumah pangsa lima tingkat itu disiapkan pada akhir tahun ini namun sekarang pembinaan rumah tersebut hanya baru bermula dengan anggaran kemajuannya hanya beberapa peratus sahaja. "Peringkat awal sebelum ini kerajaan dapat menerima alasan kontraktor kerana menghadapi masalah tapak yang banyak bongkahan batu tetapi setelah diselesaikan pembinaannya masih lagi lewat," katanya kepada pemberita semalam. Beliau berkata demikian selepas melawat tapak projek pembinaan rumah pangsa tersebut dan masjid Pulau Perhentian sempena Mesyuarat Exco Kerajaan negeri yang berlangsung di pulau destinasi pelancongan itu semalam. Bagi mengatasi masalah itu daripada berulang, kerajaan negeri akan membuat pemantauan bagi memastikan janji dikotakan pihak kontraktor untuk menyiapkan projek itu menjelang tahun hadapan. Terdahulu Ahmad melawat kemajuan pembinaan masjid di pulau itu yang sebahagian bangunannya berada di atas air dan sebahagian lagi di darat, telah siap sebanyak 80 peratus dan akan mampu menampung kira-kira 350 jemaah pada satu-satu masa. Dalam perkembangan lain, beliau berkata Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menjalankan kerja menyambung bekalan elektrik 24 jam ke Pulau Perhentian membabitkan kos sebanyak RM32 juta menjelang Mei ini. "Kos pembinaan ini ditanggung separuh oleh kerajaan negeri manakala separuh lagi oleh TNB dan kemudahan itu akan dinikmati oleh penduduk pulau dan resort serta chalet membabitkan kedua-dua buah pulau berkenaan," katanya. |
You are subscribed to email updates from di pulau perhentian - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan