Isnin, 17 Mac 2014

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


[ Update MH370 ] 8 Penduduk Dengar Bunyi Dentuman Kuat <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2014 06:00 PM PDT

Gambar:http://s1.ibtimes.com

Gambar:http://s1.ibtimes.com

Tragedi kehilangan pesawat MH370 terus misteri dan menjadi tanda tanya di manakah ianya berada. Walaupun terlalu banyak spekulasi dan berita namun kenyataan yang dikeluarkan oleh lapan penduduk ini tidak boleh dipandang enteng.

Astro Awani melaporkan lapan penduduk di Kampung Pantai Seberang Marang di sini mendakwa mendengar bunyi dentuman yang kuat pada pagi Sabtu lalu datang dari timur laut Pulau Kapas, kemungkinan ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang. Dentuman yang kuat itu menyebabkan mereka membuat laporan laporan di ibu pejabat polis Daerah Marang kira-kira pukul 10.30 pagi semalam.

Alias Salleh, 36 tahun berkata pada pukul 1.20 pagi berkenaan ketika beliau bersama tujuh lagi rakannya sedang bersantai duduk di bangku kira-kira 400 meter dari pantai Marang, tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi kuat seperti kipas kapal terbang.

"Bunyi yang kuat dan menakutkan itu dipercayai datang dari timur laut Pulau Kapas sebelum kami bergegas ke arah tersebut untuk mengesan punca bunyi itu. Kami mencari di sekitar Pantai Rhu Muda namun tidak menemui apa-apa yang mencurigakan," kata Alias.

Seorang lagi penduduk Mohd Yusri Mohd Yusof, 34, berkata bunyi yang kuat dan agak pelik itu pada awalnya disangkakan fenomena Tsunami. Bukan sahaja Mohd Yusri, beberapa kawannya termasuk pemancing dan nelayan turut mendengar bunyi aneh berkenaan dari arah pantai.

"Bunyi bising yang kedengaran seperti kipas kapal terbang itu dapat saya dan rakan-rakan dengar selama dua minit dan bunyi itu berdesing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads