Isnin, 17 Mac 2014

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di bukit besi</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Mar 2014 01:50 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

calon pkr <b>bukit besi</b> menang saman hj hadi rm2 juta - teganuki ta

Posted: 24 Feb 2014 07:33 PM PST

Apakah agaknya perasaan penyokong Pas apabila angkara calon PKR Dewan Undangan Negeri Bukit Besi (dalam PRU 13) baru-baru ini, Mohd Shamsul Mat Amin telah menyebabkan pada 17 Februari lalu Presiden Pas, Dato' Seri Abdul Hadi Awang diperintah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu membayar ganti rugi RM2juta berhubung kes saman fitnah oleh Presiden Pas itu.
  Tidakkah ini suatu penghinaan dan tindakan melampau PKR terhadap ahli dan penyokong Pas kerana membabitkan maruah parti mereka apabila Presiden parti yang bernama "Islam" itu disaman RM2 juga kerana perbuatan fitnah dan bagaimana dengan sokongan Pas kepada PKR dalam Pilihanraya Kecil Dun Kajang nanti?
 Dalam penghakiman tersebut, Presiden Pas YB Dato' Seri Hadi Awang diperintah membayar gantirugi sejumlah RM 2 juta kepada calon PKR Dewan Undangan Negeri Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin berhubung kes saman fitnah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu. Mahkamah turut memerintahkan Abdul Hadi membayar 5% setahun ke atas jumlah ganti rugi itu dari tarikh writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM 1,500.
  Menurut plaintif Mohd Shamsul yg juga Ketua Angkatan Muda PKR Dungun yg menfailkan saman itu bertujuan membersihkan namanya susulan ceramah Defenden Hj Hadi di Kg Alor Limbat Tebakang Marang pd PRU 13 yg mengaitkan nama plaintif dengan pil kuda, sekali gus menjatuhkan maruah dan keluarganya serta menjejaskan reputasinya sebagai calon PKR juga ahli perniagaan.

Dalam pernyataan tuntutan Plaintif Mohd Shamsul mendakwa fitnah Defenden Hadi menyebabkan beliau menghadapi tekanan emosi, mental, cemuhan , penghinaan serta dipandang serong oleh masyarakat. Sebelum ini, kira-kira bulan Ramadhan lalu setelah sekian memendam rasa, calon PKR, bagi kerusi DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, ketika pilihanraya umum yang lalu, tampil membuat kenyataan bagi menyelar Presiden Pas, Haji Abdul Hadi Awang.
  Ia ekoran dari kenyataan bekas menteri besar Terengganu itu ketika berceramah di Tebakang Alor Limbat, Marang yang mengatakan "ada calon PKR tukang edar pil kuda dan sokong komunis'. Semasa kempen PRU-13 yang lalu, Presiden Pas itu ketika berucap dalam satu majlis ceramah mengatakan dia mendapat maklumat ada calon yang membuat kerja 'haram' iaitu menjual pil kuda dan mempunyai fahaman bertentangan apabila meletakkan gambar pejuang revolusi komunis di Rusia iaitu Karl Marx, Vladimir Lenin dan Joseph Stalin di markas parti mereka. Dia turut menegaskan Pas tidak boleh menerima calon sebegitu dan tindakan itu diambil agar 'syaitan-syaitan' tidak boleh masuk dalam pakatan pembangkang. Ia bagi menjelaskan isu kenapa Pas terpaksa bertanding di kawasan tertentu sehingga menyebabkan pertindihan sesama sendiri.
  Menurut Shamsul disebabkan kenyataan itu juga, dia sering diejek dan diaibkan oleh masyarakat di kampungnya. Malah nama baiknya dan keluarga turut terjejas, mengalami masalah kemurungan di samping menjejaskan perniagaannya. Beliau yang tidak dapat menahan sebak, terpaksa berhenti beberapa kali ketika membacakan kenyataannya.
"Disebabkan kenyataan tersebut, ia telah menjatuhkan maruah saya, malah masyarakat (di kampung) mengangap saya adalah pengedar pil kuda.
 Tuduhan tersebut sangat berat…. (terpaksa berhenti seketika kerana sebak) dan serius. "Saya perlu membersihkan nama nama baik saya dari angkara fitnah ini. Justeru itu, saya akan failkan kes fitnah ini ke mahkamah dalam waktu terdekat dan tindakan saman malu saya ini wajar diambil kerana ia adalah fitnah dan menjurus kepada usaha merendahkan reputasi saya sebagai seorang pemimpin politik" katanya ketika sidang media beberapa bulan yang lalu. Shamsul yang ditemani oleh bapanya dan Ketua Pengarah Pilihanraya PKR, Negeri Terengganu, Yahya Zakaria turut menjelaskannya tindakan itu langsung tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan ia semata-mata dilakukan bertujuan untuk membersihkan nama baik keluarganya.
 Menurut Shamsul yang juga merupakan seorang Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) selain beliau dua lagi bekas calon dari PKR Terengganu akan turut mengambil tindakan yang sama dalam masa yang terdekat. Jadi ternyatalah apa yang disuarakan oleh calon PKR Bukit Besi itu bukan suatu kenyataan semata-mata, tetapi kini telah menjadi kenyataan apabila mahkamah telah membuat keputusan.
 Persoalannya, dengan perbuatan memalukan Presiden Pas itu, apakah Pas akan membantu PKR dalam PRK Dun Kajang nanti? Dan kalau membantu, apakah akan membantu dengan sepenuh hati bila hati sudah terguris dengan saman ke atas pemimpin mereka itu oleh calon PKR Bukit Besi itu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads