Isnin, 27 Januari 2014

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


Ar Rahnu Bank Rakyat akan dibuka <b>di Kuala Berang</b>. - teganuki ta

Posted: 16 Jan 2014 03:00 PM PST

Oleh: Aminudin Ismail. 

BANDAR PERMAISURI: Penduduk sekitar Kuala Berang yang mahu membuat gadaian secara Islam tidak perlu lagi ke Kuala Terengganu kerana Ar Rahnu Bank Rakyat akan membuka cawanganya di bandar itu tidak lama lagi.

Pengurus Bank Rakyat Wilayah Timur, Azman Mustaffa berkata, pembukaan cawangan Ar Rahnu Bank rakyat Kuala Berang itu menjadikan jumlah cawangan Ar Rahnu di Terengganu ialah sebanyak lapan cawangan termasuklah cawangan terbaru di Marang.


"Paling baru ialah cawangan Marang yang dibuka baru-baru ini dan kita sudah luluskan pembukaan cawangan di Kuala Berang itu yang dijangka akan beroperasi tidak lama lagi.," katanya selepas Majlis Penyerahan Kunci Kunci Rumah Sumbangan Zakat Bank Rakyat kepada seorang penduduk di Dun Jabi, kelmarin.

Azman berkata, dalam tempoh sebulan dua lagi, pihaknya akan membuka sebuah cawangan baru di Cabang Tiga, Kuala Terengganu yang dipanggil 'Rakyat Ekses'.

"Rakyat ekses ini macam cawangan biasa juga, kita boleh buka akaun simpanan dan ada Ar Rahnu. Semua urusan deposit ada, cuma ia kecil berbandingan cawangan Bank Rakyat lain," katanya.

Menurut Azman, sebuah lagi cawangan iaitu di Daerah Setiu kini dalam kajian untuk dibuka dan pihak Bank Rakyat Wilayah Timur sudahpun membuat cadangan pembukaan itu.

Katanya, sambutan orang ramai terhadap Ar Rahnu Bank Rakyat amat mengalakan dan jumlah pelanggan pusat gadaian Islam semakin bertambah dari semasa ke semasa.

 

Kemalangan <b>di</b> Simpang Balai Polis <b>Kuala Berang</b> pada pagi 8 <b>...</b>

Posted: 07 Jan 2014 09:03 PM PST

Kemalangan melibatkan sebuah motosikal dengan sebuah kereta Perodua Myvi. Penunggang motosikal dikatakan cedera parah manakala pemandu kereta pula cedera ringan. Mangsa telah dibawa ke hospital berdekatan.

20140108-125708.jpg

20140108-125801.jpg

20140108-125912.jpg

20140108-125956.jpg

Seorang Lelaki Parah Ditembak <b>Di</b> Hadapan Rumah Dekat <b>Kuala</b> <b>...</b>

Posted: 04 Jan 2014 09:12 PM PST

- Sunday: 2014-01-05 13:12:10'.

mangsa-tembak-kuala-berang

Seorang lelaki dilaporkan kritikal selepas ditembak di hadapan rumahnya di Kampung Menjing, Kuala Berang jam 8.20 malam tadi.

Tembakan itu mengenai perut mangsa dikenali sebagai Mat Din Ahmad, 28 tahun.

Suspek tiba bersama seorang lagi rakan dengan menaiki kereta Kancil bernombor pendaftaran TAF 9770.

Sempat memberi salam, suspek memberitahu mahu bertemu mangsa.

Salah seorang adik mangsa yang berada di ruang tamu menjawab salam sebelum pintu rumah dibuka.

Suspek kemudian masuk semula ke dalam kereta di bahagian penumpang.

Dan ketika Mat Din keluar, suspek bertindak menembak mangsa, menembusi cermin depan kereta sebelum melarikan diri.

Mangsa yang rebah dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu sebelum dibawa ke unit rawatan rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads