Isnin, 27 Januari 2014

13 di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di kemasik</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Jan 2014 11:20 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pantai <b>Kemasik</b> dan Tanah Lot Part 2 - Kaki Travel - Blogger

Posted: 03 Nov 2013 06:09 PM PST

Bersyukur ke hadrat  illahi 
Saya berasa begitu teruja apabila dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Terengganu apabila menyusuri jalan pantai. Perjalanan ini begitu dinanti-nanti oleh kami. Ini kerana di sepanjang jalan pantai ini banyak lokasi menarik yang boleh kami singgah. Lagipun, saya telah dibesarkan dan dilahirkan di tepi pantai selama 26 tahun. Sebahagian besar hidup saya berkampung di pinggiran pantai.  
Sememangnya saya berminat dengan bukit batu di Pantai Kemasik. Sungguh menakjubkan dan terpesona dengan keindahan alam ciptaan Allah SWT. Tanah Lot di Bali begitu unik dan besar. Namun begitu, Tanah Lot Kemaman punya begitu kerdil sekali. Apa sekalipun, saya tetap bersyukur dan berasa bangga dengan kurniaan dan pemberian Allah kepada kita. Hatiku terus bermonolog seperti berikut :
'Apa yang ada jarang disyukuri. Apa yang tiada sering dirisaukan. Kenikmatan yang dikecapi baru akan terasa bila hilang apa yang diburu timbul rasa jemu bila sudah di dalam gengaman dunia. Ibarat air laut diminum hanya menambah haus nafsu. Bagaikan fatamorgana di padang pasir panas yang membahang disangka air dunia dan nafsu bagai bayang-bayang dilihat ada ditangkap, hilang tuhan leraikanlah dunia yg mendiam di dalam hatiku kerana di situ tidak kumampu mengumpul dua cinta. Hanya cintamu kuharap tumbuh dibajai bangkai dunia yg kubunuh.'
Anda boleh memanjat batu besar bagi melihat panorama dari sudut yang berbeza tetapi dinasihatkan berhati-hati. Pakai pakaian dan kasut yang sesuai. Pantai Kemasik adalah pantai yang amat indah dengan kejernihan  air yang disinari pasir keemasannya. Ini disebabkan Pantai Kemasik menghadap lautan lepas menyebabkan tiada lumpur mendak pada kawasan pantai ini. Terdapat tebing bukit berbatu di sebelah Pantai Kemasik ini.
Pantai ini juga menjadi tumpuan photographer untuk merakam suasana matahari terbit di samping merakam panorama serta aktiviti-aktiviti nelayan yang pastinya menjanjikan satu kepuasan bagi anda.
Sekiranya anda berkunjung ke kemasik, jangan lupa singgah ke pusat membeli belah yang moden, Mesra Mall  Pusat ini mempunyai satu-satu kompleks panggung wayang (Cineplex) di Terengganu, pusat bowling 24- lorong, gelanggang skuasy, sebuah gelanggang futsal berhawa dingin, dan medan selera kontemporari di reka khas dalam kompleks membeli belah ini. MESRA MALL telah dibuka pada 10 Oktober 2009, MESRA MALL telah dibina di atas tapak seluas 30 ekar, dengan keluasan binaan 315,000 kaki persegi lebih daripada satu tingkat. Ia berfungsi sama seperti mall di bandar-bandar besar yang lain dengan mempunyai campuran perkedaian runcit dan gudang pakaian dengan jenama global yang menjadikan Mesra Mall sebagai hub atau pusat sehenti untuk membeli-belah, perbankan, makan, leisure dan hiburan bagi penduduk Kemasik dan Kemaman. Mesra Mall telah dibangunkan oleh Metro Kemasik Sdn Bhd dan adalah anak syarikat milik penuh KLCC (Holdings) Sdn Bhd.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads