di negeri terengganu - Google Blog Search |
- TAXI DRIVERS MIND: Memajukan Industri Teksi <b>di Terengganu</b>
- Kejam! Orang Islam <b>di</b> Tindas oleh Pentadbiran <b>Negeri Terengganu</b>
- Mangsa banjir <b>di Terengganu</b> menurun kepada 6,758 orang
TAXI DRIVERS MIND: Memajukan Industri Teksi <b>di Terengganu</b> Posted: 02 Dec 2013 09:11 PM PST Pada 28 November 2013, saya bersama 2 orang rakan dari Koperasi Pemandu Teksi Terminal 3, Subang Bhd. dijemput ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk berbincang mengenai langkah-langkah bagi memajukan industri teksi di Terengganu. Dimaklumkan perkhidmatan teksi di sini banyak bergantung kepada pelancong yang datang melawat dan pekerja asing. Kewujudan kereta sapu memburukan lagi keadaan. Melalui carian di Google, perbincangan dengan pihak UMT dan sesi lawatan ke beberapa perhentian teksi di Kuala Terengganu, saya menemui beberapa maklumat seperti berikut;-
Berdasarkan maklumat di atas, saya merasakan punca pengguna tempatan amat kurang menggunakan perkhidmatan teksi ialah kerana kadar tambang bagi perjalanan domestiknya yang tinggi. Faktor ini juga menyebabkan kereta sapu menjadi pilihan pengguna domestik. Kadar yang lebih munasabah bagi perjalanan sejauh 3KM ialah antara RM7 hingga RM9 sahaja berbanding RM20 sekarang ini. Saya tidaklah berkebolehan membuat kajian serta cadangan terperinci mengenai perkara ini, namun rasanya untuk meng"hidupkan" teksi di Terengganu, kita perlu pastikan pengguna domestik mampu menggunakan perkhidmatan ini untuk urusan seharian mereka (lebih kerap). Sekiranya dianggarkan 5% dari keseluruhan (1.1 juta) penduduk Terengganu adalah pengguna perkhidmatan teksi serta mereka (secara purata) mampu meningkatkan kekerapan penggunaan teksi kepada 2 kali seminggu, ia sudah mampu mewujudkan 440,000 perjalanan teksi sebulan. Jika purata tambang bagi perjalanan ini ialah RM8.00, maka ia akan memberikan pendapatan sebanyak RM3.52 juta kepada 1127 pemandu (purata RM3123 sebulan seorang). Pendapatan ini tidak termasuk dari penggunaan teksi oleh pelancong yang berkunjung pada musim-musim tertentu. Sekiranya maklumat yang saya kumpul di atas adalah benar dan langkah pengurangan tambang mampu mengatasi kesuraman industri teksi di sini, maka cabaran paling besar ialah untuk melaksanakannya. Bukan senang nak minta pemandu yang dah biasa dapat RM20/trip untuk turunkan kepada RM8. Untuk melaksanakan idea ini, antara langkah yang perlu dibuat ialah;-
Insya Allah, kejayaan dengan sebuah koperasi pemandu ini akan mudah diikuti oleh persatuan/koperasi pemandu yang lain di seluruh Terengganu. Wallahu A'alam. |
Kejam! Orang Islam <b>di</b> Tindas oleh Pentadbiran <b>Negeri Terengganu</b> Posted: 30 Nov 2013 09:19 PM PST |
Mangsa banjir <b>di Terengganu</b> menurun kepada 6,758 orang Posted: 06 Dec 2013 09:24 PM PST GELAGAT mangsa banjir yang membawa anaknya mengunakan pelambung setelah banjir mulai surut di Taman Rakyat Jaya, Dungun, Terengganu hari ini. - UTUSAN KUALA TERENGGANU 7 Dis. - Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Terengganu menurun kepada 6,758 orang pagi ini berbanding 7,167 orang malam tadi manakala Kuala Terengganu pula menjadi daerah terbaharu dilanda banjir. Menurut portal Majlis Keselamatan Negara, sebuah keluarga mengandungi enam orang dari Kuala Terengganu dipindahkan 9.30 malam tadi di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Felda Belara, setelah kawasan rumah mereka dinaiki air. Secara umumnya jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di beberapa kawasan yang terjejas di negeri ini mula berkurangan dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing semalam. Di Dungun, jumlah mangsa di pusat pemindahan menurun kepada 4,101 orang daripada 1,000 keluarga apabila hampir 240 orang dibenarkan pulang lewat malam tadi. Bagaimanapun mangsa di Kemaman pula masih kekal 2,450 orang daripada 595 keluarga. Mangsa di daerah Hulu Terengganu dan Marang juga kekal seperti semalam iaitu 157 (39 keluarga) di Hulu Terengganu dan 44 (15 keluarga) di Marang. Sehingga kini, sebanyak 1,650 keluarga telah dipindahkan ke 67 pusat pemindahan. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from di negeri terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan