Selasa, 10 Disember 2013

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


Terkini Banjir : Kemaman 800 Dipindahkan Dan Kuantan 5 Laluan <b>...</b>

Posted: 02 Dec 2013 10:24 PM PST


Sebanyak lima laluan di sekitar daerah ini ditutup kepada semua kenderaan berikutan ditenggelami air akibat hujan berterusan sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusof berkata, laluan terbabit ialah hadapan Wisma Belia dan Kolej Universiti Shahputra, Kilometer 36 Jalan Gambang-Maran berdekatan Gambang Resort dan Batu 12 Jalan Gambang-Kuantan.

Tambahnya, turut ditutup adalah Kilometer 28 Jalan Kuantan-Sungai Lembing, Jejambat Sungai Ular di Pintasan Kuantan, Kilometer 21 Jalan Kuantan-Kemaman berhampiran Kampung Nyamuk ke Pelabuhan dan hadapan Sekolah Kebangsaan Sungai Soi di sini.

Selain itu katanya, tiga laluan lain pula hanya boleh dilalui kenderaan berat iaitu di Jalan Kuantan-Sungai Lembing berhampiran Kolej Profesional Mara, Jalan Kuantan-Kemaman berhampiran Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dan Jalan Balok ke pelabuhan.

Hampir 800 penduduk terpaksa dipindahkan ke 25 buah pusat pemindahan sehingga tengah hari ini akibat banjir dengan kesemuanya adalah dari daerah Kemaman.

Keadaan banjir dilaporkan semakin buruk dengan kebanyakan sungai utama di negeri ini sudah melepasi paras amaran.

Mangsa di Kemaman ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Ibok, Balai Raya Padang Kemunting, GPW Seberang Tayor, Masjid Batu 14, SK Seberang Tayor, Dewan Orang Ramai Teladas dan Surau Haji Osman.

Sebahagian lain ditempatkan di Dewan Orang Ramai Gong Cengal, SK Kemasik, Masjid Lama Padang Kubu, Rumah Tamu Padang Kubu, Dewan Oerang Ramai Batu 14, SK Telok Kalong, Masjid Kampung Batu 16 dan Dewan Sivik Pasir Gajah.

Beberapa batang jalan di daerah Kemaman/Dungun ditutup termasuk Jalan Kemasik/Air Jernih/Ibuk/Paman (Kampung Paya Seratus),

Jalan Air Putih/Teladas Sec 1.0 (Jambatan) yang ditenggelami

air sedalam 0.6 hingga 1.6 meter.

Jalan Jerangau/Jabor (Kampung Tebok) pula ditutup kerana air melintas manakala Jalan Jerangau/ Jabor (Ceneh) dibuka selorong disebabkan tanah runtuh.

Di Hulu Terengganu pula, jalan yang ditutup kepada semua kenderaan termasuk Jalan Bukit Diman/Pengkalan Ajal/Simpang Felda Tersat

(Pengkalan Ajal), jalan masuk utama Felda Mengkawang/Tersat (Kampung Lubuk Periuk), jalan masuk utama Felda Mengkawang/Tersat (Kampung Peneh).

Sementara itu, beberapa batang sungai utama telah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Dungun di Kuala Jengai, Sungai Tebak dan Sungai Cerol Kemaman, Sungai Kemaman dan Sungai Berang Hulu Terengganu.

Sungai Besut di Jambatan Keruak dan di Kampung La sudah melepasi paras amaran, begitu juga dengan Sungai Dungun di Pasir Raja, Sungai Setiu di Kampung Besut, Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Sungai Berang di Hulu Terengganu dan Sungai Marang di Pengkalan Berangan.

Keadaan banjir di negeri ini semakin buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 4,765 orang berikutan hujan lebat melanda negeri ini sejak pagi semalam.

Sehingga pukul 10.30 pagi ini Mersing merupakan daerah yang paling teruk terjejas dengan 4,247 mangsa dipindahkan ke 18 pusat pemindahan diikuti 402 mangsa di Segamat dipindahkan ke enam pusat pemindahan banjir.

Sementara itu, 85 mangsa dari daerah Kluang dipindahkan ke dua pusat pemindahan manakala 31 mangsa di daerah Kota Tinggi dipindahkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads