Khamis, 5 Disember 2013

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


Pemuda 33 tahun maut kemalangan <b>di</b> Pulau Kerengga <b>Marang</b> <b>...</b>

Posted: 11 Nov 2013 04:59 PM PST

Kereta Perodua Alza rosak selepas terlibat perlanggaran dengan  sebuah kenderaan pacuan empat roda Isuzu D-Max dari arah Marang ke Dungun.

Kereta Perodua Alza rosak selepas terlibat perlanggaran dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda Isuzu D-Max dari arah Marang ke Dungun.

Hasrat seorang bapa untuk menjenguk anaknya yang demam tidak kesampaian selepas dia maut dalam nahas di Kilometer 29 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Marang Resort dan Safari Pulau Kerengga di sini.

Kejadian itu berlaku ketika Zuhaifuazlan Mukhtar, 33, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Binjai Rendah untuk menjenguk anaknya yang demam.

Mangsa bekerja di Kuantan Pahang dan dia dikatakan sering berulang alik untuk menjenguk isteri dan tiga anaknya.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya berkata, kejadian itu dipercayai berlaku setelah pemandu pacuan empat roda Muhamed Rifaie Mohd Zaman, 19, cuba memotong beberapa kenderaan namun gagal lalu merempuh Perodua Alza dipandu mangsa dari arah bertentangan.

"Akibat pertembungan itu, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata Muhamed Rifaie, yang bekerja sebagai penyelia kedai keropok di Gong Beris, patah kaki kanan.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah. – Bernama

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads