Khamis, 5 Disember 2013

13 di kijal - Google Blog Search

13 di kijal - Google Blog Search


Dunia Tanpa Sempadan: MAJLIS KHATAN DUN <b>KIJAL</b> KEMAMAN

Posted: 23 Nov 2013 06:21 PM PST

KEMAMAN 16 Nov – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menyifatkan parti pembangkang, khususnya PAS tidak ubah seperti saudagar janji yang wujud setiap kali menjelang pilihan raya. Menurutnya, ada antara janji itu langsung tidak masuk akal seperti untuk menghapuskan bayaran balik Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), menurunkan harga minyak dan bermacam lagi.
Menurut Ahmad, sekiranya pinjaman PTPTN dihapuskan dan harga minyak diturunkan sewaktu  sedangkan harga minyak dunia naik, negara akan jatuh muflis kerana tidak dapat menampung jumlah wang keluar yang banyak sedang hasil tidak bertambah.
Katanya, adalah malang dengan janji palsu yang ditaburkan Pakatan Rakyat pada PRU 13 lalu, ramai rakyat yang terpedaya menyebabkan BN kehilangan banyak kerusi DUN dan Parlimen.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis berkhatan beramai-ramai murid-murid sekolah rendah peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, di sini hari ini.
Menurutnya, apa yang sebenarnya berlaku ialah kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah membuat janji kosong sebaliknya telah mengeluarkan peruntukan besar bagi membangunkan negeri itu termasuk bidang pendidikan sebanyak RM 300 juta setahun.
Katanya lagi, beliau amat kesal dan kecewa dengan pihak pembangkang yang layak digelar   saudagar janji itu namun mash ramai yang percaya dan terpedaya.
Pada majlis itu seramai 200 murid dari semua sekolah rendah dalam DUN Kijal menyertai acara khatan beramai-ramai anjuran Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pekan Kijal.
Katanya, majlis berkhatan itu bertujuan memupuk semangat muhibah dalam kalangan semua penduduk dan murid sekolah dalam kawasan DUN Kijal selain dapat menjimatkan masa dan perbelanjaan.
Sebelum itu, Menteri Besar telah melakukan majlis menepung tawar, menyuap pulut kuning dan memandikan semua peserta berkhatan.
Sementara itu, dua pelajar yang ditemui melahirkan rasa gembira kerana berpeluang menyertai program tersebut dan ianya adalah satu kenangan manis yang tidak dapat dilupakan.

Syed Bin Herman dari SK Seri Bandi 2 berkata, rasa takut untuk berkhatan memang ada, tetapi seronok bila bersama rakan rakan sebaya. Rakannya Mohd Imran Azihar Hashim pule merasa seronok dimandi olih bomba dan tidak merasa takut untuk berkhatan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads