Ahad, 15 Disember 2013

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Pengedar Shaklee <b>di Kuala Terengganu</b>, Marang, Hulu Terengganu <b>...</b>

Posted: 09 Dec 2013 11:38 PM PST

Assalamulaikum...Saya pengedar Shaklee di Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Besut dan kawasan sekitar. Untuk COD anda boleh la hubungi saya Zakiah (sms/call 010-4186861  ), pm di facebook zakiah mathasan Antara produk yang disediakan adalah Set hamil, Set pantang, Set Penyusuan, Set kesihatan optimum, Set Kesihatan optimum, Set alahan / resdung / alergi , Vitamin untuk kanak-kanak dan lain-lain lagi hanya yang terbaik dari Shaklee. "

Alhamdulillah...Makin lama makin bertambah pengedar-pengedar Shaklee dibawah bimbingan saya. Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan produk secara cod di kawasan  Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Besut Terengganu.boleh la berhubung dengan Zakiah ye.Zakiah kini aktif di laman facebook. Jika tidak keberatan boleh add friend dengan nya.
Untuk info lanjut atau pesanan
Shaklee Independent Distributor (SID 920211)
sms/ whatsapp : 012-6102263
Cod area : Putra heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan, Shah Alam 

Banjir terburuk pernah berlaku <b>di Terengganu</b> | <b>Terengganu</b> Today

Posted: 10 Dec 2013 04:32 PM PST

Tanah runtuh di Taman Kirana Kuala Berang.

Banjir di Terengganu kali ini sememangnya memberi 'mimpi buruk' buat sebahagian daripada rakyat negeri ini.

Dilihat sebagai banjir paling buruk yang melanda negeri ini dengan pelbagai insiden kerosakan demi kerosakan berlaku, termasuk hujan luar biasa yang terjadi 100 tahun sekali di Kemaman, ia nyata memberi kesan yang cukup besar.

Malah, banjir kali ini turut menyebabkan daerah Kemaman lumpuh buat seketika, sehingga bekalan makanan terputus serta berlaku kejadian di luar jangkaan.

Ekoran bencana itu, Jambatan Sungai Limbong, Chukai, runtuh manakala kepala Jambatan Kuala Kejir, Hulu Terengganu hampir putus dan terpaksa ditutup kepada semua kenderaan.

Selain itu ratusan kenderaan rosak akibat ditenggelami air, premis, gerai dan rumah pula rosak teruk menyebabkan penduduk menanggung kerugian yang bukan sedikit.

Terbaru, dalam kejadian hujan lebat semalam, lima daerah dinaiki air dengan hanya Besut dan Kuala Terengganu bebas daripada banjir.

Jalan di Taman Kirana, Kuala Berang turut rosak akibat mendapan dan terpaksa ditutup kepada semua jenis kenderaan, semalam.

Sehingga jam 7 petang semalam, portal banjir negeri Terengganu mencatatkan seramai 14,320 mangsa ditempatkan di 71 pusat pemindahan melibatkan lima daerah, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan Setiu.

Angka itu menunjukkan, jumlah mangsa banjir di Terengganu sedikit menurun berbanding kelmarin, seramai 14,609 mangsa, walaupun hujan lebat melanda negeri itu, semalam.

Kemaman dan Marang turut mencatatkan penurunan jumlah mangsa banjir, masing-masing 10,894 mangsa di 31 pusat pemindahan dan 2,487 mangsa di dua pusat pemindahan.

Keadaan banjir di hadapan Sekolah Kebangsaan Tengkawang, Hulu Terengganu semalam.

Manakala Dungun pula mencatatkan hampir 50 peratus peningkatan mangsa berbanding semalam yang hanya 1,251 orang, menjadikan 2,502 mangsa daripada 650 keluarga di 16 pusat pemindahan.

Hulu Terengganu pula mengalami banjir gelombang kedua apabila mangsa terakhir dibenarkan pulang Ahad lalu, kembali diarahkan berpindah apabila air naik mendadak.

Seramai 790 mangsa ditempatkan di 20 pusat pemindahan di Hulu Terengganu manakala Setiu mencatatkan sejumlah 113 mangsa daripada 33 keluarga dipindahkan di dua pusat pemindahan.

Sementara itu, dua sungai berada pada paras berbahaya iaitu Sungai Dungun di Kuala Jengai dan Sungai Telemong di Kuala Ping.

Sembilan lagi sungai dicatatkan pada paras berjaga-jaga, (Kemaman) – Sungai Tebak di Jambatan Tebak, (Dungun) – Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, (Marang) – Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan, (Hulu Terengganu) – Sungai Berang di Kampung Menerong, (Setiu) – Sungai Setiu di Kampung Besut, Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri dan Sungai Nerus di Kampung Langkap, (Besut) – Sungai Besut di Jambatan Keruak dan Sungai Besut di Kampung La.-sh

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Kemalangan: Empat maut <b>di Hulu Terengganu</b> – Perak Today

Posted: 05 Oct 2013 12:45 PM PDT

gambar hiasan:-

gambar hiasan:-

HULU TERENGGANU – Empat orang termasuk sepasang suami isteri maut dalam nahas membabitkan dua buah kereta di Kampung Baru Ajil, Bukit Apit, di sini hari ini.

Kejadian 4.49 petang di Km 2 Jalan Pengkalan Berangan-Marang itu menyebabkan Abdullah Mamat, 54, yang memandu Proton Saga dan isterinya Che Mah Awang, 44, serta pemandu Proton Wira, Jusoh Ibrahim, 39, maut di tempat kejadian.

Seorang lagi mangsa yang juga kakak angkat Che Mah, Mek Kenanga Bakar, 50, meninggal dunia kira-kira dua jam kemudian di Hospital Hulu Terengganu, kata Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Ismail Muslim ketika dihubungi Bernama.

Katanya nahas berlaku apabila kereta Proton Wira yang menghala ke Kuala Berang itu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Proton Saga terbabit.

Sementara itu, anak Mek Kenanga, Raja Mohamad Tarmizam Raja Muda, 18, berkata kejadian berlaku ketika ibunya dalam perjalanan melawatnya di Kem Program Latihan Khidmat Negara Cador, Marang.

"Saya tunggu mereka sampai pukul 6.30 petang namun ibu dan pakcik tidak juga tiba, sebelum saya dimaklumkan mengenai berita kemalangan itu," katanya ketika ditemui pemberita di hospital berkenaan.

"Semalam saya telefon mak minta dia datang namun mak cakap tak nak datang tapi saya tetap pujuk suruh dia datang," kata anak ketujuh daripada lapan beradik itu lagi.

Sementara itu isteri Jusoh, Siti Zabedah Muda, 38, berkata suaminya bekerja di Marang dan berulang-alik setiap hari ke Ajil.

"Saya bercadang berhenti kerja hujung bulan ini untuk mengikut arwah di Marang, tapi sudah takdir ini berlaku," katanya.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads